Pijak bola dan jatuh~

31 July 2009

salam alayk.
moga masih dalam lindungan dan kasih sayang Nya.

mengapa perlu berduka sedang kita masih ada masa utk mengubah suka menjadi duka. chill je.

1st Half
-kita mula dengan permainan kita. semua yang dirancang hampir menjadi. cuma nasib xmenyebelahi kita. alangkah malangnya.
-kesilapan yg dibuat kecil ja , masih ada masa baiki kelemahan itu. don weri
-cuaca pon xmenentu ditambah pula dgn kesihatan pemain yg tidak memberangsangkan.
-stamina tidak boleh dijual beli. sendiri mahu cari :)

2nd Half
-ketajaman sepakan dan hantaran masih kurang tepat. ada saja pemain mereka yg laju memotong bola.
-kurangnya komunikasi last man hingga buat kesalahan yg memalukan maruah.
-semua pancit. haish

tilikan awal, kita masih di posisi yang kurang selesa dalam liga divisyen 2 ini. kita kene kutip mata penuh dalam 2 perlawanan mendatang utk kekal dalam liga divisyen 2. jom kita menang!!!!

IUFC vs Noobie [Persediaan dan Coretan Harapan]

29 July 2009

Bismillah...=)

"Mengawal kubu Islam sehari semalam kerana Allah adalah lebih baik daripada berpuasa sebulan dan sembahyang pada waktu malamnya"

-Riwayat Muslim-

Salam sejahtera ke atas baginda Rasulullah S.A.W dan para sahabat. Setinggi-tinggi junjungan dan terima kasih kepada Allah S.W.T yang masih membenarkan kita yang hina ini hidup untuk satu hari lagi.

Details untuk perlawanan adalah seperti berikut:

Perlawanan: IUFC vs Noobie

Masa: 4.30 P.M

Tarikh: 30 Julai 2009

Tempat: Stadium Dahlia

Jersi: Oren tapi sile bawak jersi biru juge ye.


Sedikit peringatan buat rakan-rakan:

1) Ini adalah perlawanan yang amat penting bagi pasukan IUFC dalam usaha mengekalkan kedudukan dalam liga MMU. Diharapkan semua pemain dapat bersedia awal bagi memantapkan lagi fizikal dan juga mental dalam menghadapi pihak lawan.


2) Sila set mental anda mengikut posisi masing-masing untuk memberikan idea yang bernas dalam mencari gol-gol yang berharga.


3) Yang paling penting, JANGAN SESEKALI DOWN apabila kita ketinggalan ataupun telah dibocori sebuah gol. Ayuh kita lakukan semula gerakan-gerakan yang merbahaya daripada bawah!


4) Masa permainan adalah lebih kurang dalam setengah jam bagi setiap separuh masa. Oleh itu, kita masih banyak masa untuk merencana kembali strategi-strategi yang dapat memerangkap pihak lawan! INGAT PESANAN YANG KE-3 diatas....

5) Kita membawa imej Islam di padang. Oleh itu, dinasihati rakan-rakan semua dapat menutup bahagian yang wajib kita tutup demi kebahagiaan hari muka...=)

6) Kapten untuk perlawanan esok adalah saudara Mayo. Untuk bahagian pertahanan, Saudara Najmuddin akan bertindak sebagai ketua dan bahagian tengah akan diketuai oleh saudara Obi Wan Kenobi. To be a good leader, we must act first as a follower.

7) Ayuh tiupkan semangat jihad dalam diri setiap individu IUFC dalam mencari keredhaan Allah S.W.T.!!!

8) Sila hadirkan diri dalam pukul 4.11 P.M untuk sesi memanaskan badan.



sekian saja coretan diriku yang naif ini. Berjumpa kita di padang Dahlia k...=)

Jazakallah...



-Kasyah-

-Perindu Bidadari Putih-


Trailer

salam..

anda peminat setia cite upin & ipin?..
tertunggu-tunggu aksi seterusnya kembar seiras ini?..
sanggup tempah 1 panggung MBO semata-mata nk tgk cite Geng bersama-sama rakan anda?..

anda memang x matang..

mempersembahkan..


coming soon.. yeah.. (aku x tengok pon ahaha..)

4th League Match: IUFC vs Saje Suke

25 July 2009

Bismillah...=)


Bertemu kembali kita di rancangan "Hari-Hari Bola" yang dibawakan khas oleh kopi Janda "Kopi Malam Jumaat Anda". Anda bersama saya untuk mengupas topik yang suam-suam kuku iaitu pertemuan diantara IUFC vs Saje Suke yang telah berlangsung minggu lalu yang dipancarkan khas dari Stadium Dahlia MMU Melaka.

Cuaca pada hari kejadian adalah mendung dengan salji telah dilaporkan telah berhenti turun sejurus selepas perlawanan bermula. Suhu yang dicatatkan adalah serendah 31 Darjah Celcius di bawah paras beku dan kelihatan penguin serta timun laut berkeliaran tanpa arah tuju di sekitar padang. Pihak Zoo Negara terpaksa dipanggil untuk mententeramkan keadaan yang mula kecoh dek kerna kehadiran Singa Laut yang menguap tanpa berhenti sambil mengeluarkan nafas yang harum selepas terjebak dalam aktiviti shisha di Melaka Raya.

Perlawanan dimulakan oleh pasukan Saje Suke yang berjersi Kuning air dan mula melakukan serangan terhadap pasukan IUFC yang berjersi Oren pada hari kejadian. Saudara Manaf diamanahkan sebagai penjaga gawang IUFC dan dibantu oleh barisan pertahanan yang terdiri daripada saudara Amirul, Zaidi, Orix, dan Mayo. Nadi bahagian tengah dijanakan oleh saudara Ayie, Obi Wan Kenobi, Aswad serta Saeed. Manakala bahagian serangan diterajui oleh saudara Amiroso dan dibantu oleh saudara Had dalam pengembaraan mencari gol pendahuluan. Pasukan Saje Suke yang diletakkan sebagai pilihan pada perlawanan ini mula mengorak langkah mencari gol pendahuluan dengan menyerang melalui sayap kanan namun dapat dibentes keras oleh saudara Amirul yang bertindak sebagai pertahanan kiri dan juga dibantu oleh saudara ayie sebagai penyerang sayap kiri pasukan IUFC. Pelbagai pertembungan dan bentesan keras dapat disaksikan dalam perlawanan ini kerana perbezaan saiz yang begitu ketara antara dua pasukan. Namun bak kata saudara Ayie, "size doen't matter" telah membuatkan saudara Amirul dengan perasaan tanpa was-was mengawasi pergerakan penyerang pasukan saje suke. Pasukan Saje suke membuat pelbagai taktik serangan namun masih lagi menemui jalan buntu dek kerna ketangkasan saudara Manaf dalam melayangkan badan beliau menempis bola. Selang 15 minit pertama perlawanan, gol tunggal perlawanan dijelmakan oleh pasukan saje suke yang telah mendapat suntikan semangat oleh penyokong luar. Gol tersebut terhasil apabila pertahanan IUFC gagal menanduk kemas yang menyebabkan bola tersebut dipintas oleh penyerang pasukan saje suke dan dengan penuh bergaya menerjahkan bola tersebut ke dalam jaring.

Namun begitu, Alhamdulillah pasukan IUFC dapat menerima gol tersebut sebagai cabaran untuk meneruskan perlawanan. Bagi separuh masa yang kedua, Gerakan satu dua antara saudara Ayie dan Aswad sering kali mengucarkacirkan pertahanan pihak lawan namun berjaya dibatasi dengan kelajuan dan kekemasan pertahanan saje suke. Peluang gol IUFC hadir tatkala saudara Ayie menerima umpanan kemas daripada Saudara Aswad namun bola itu hanya singgah di helaian rambut beliau sahaja. Pelbagai percubaan menarik dapat disaksikan dengan saudara Amiroso dapat meloloskan dirinya yang kurus itu daripada perangkap offside namun berjaya dihalang oleh penjaga gol pasukan saje suke akibat permukaan padang yang kurang rata. Pasukan IUFC dan Saje suke terus mengasak ke kubu lawan masing-masing untuk mendapatkan defisit gol yang lebih banyak demi keselesaan hari kemudian. Namun begitu perlawanan ditamatkan dengan pasukan IUFC tewas 1-0 kepada pasukan saje suke. Tahniah kepada kedua pasukan yang menunjukkan aksi yang memberansangkan dalam perlawanan tersebut.


Antara Pengajaran yang Dapat Diambil:

1) Kikislah perasaan mental down dalam diri setiap pemain IUFC. Kita adalah sepasukan yang terdiri daripada 11 orang pemain yang membawa imej Islam. Jika seorang dijangkiti penyakit mental down dek kerna kesilapan yang satu saja, seluruh pasukan akan mengalaminya skali. Bak kata pepatah "Cubit peha kanan, peha kiri pun turut sakit".

2) Kemenangan dan kekalahan adalah ujian daripada Allah S.W.T .Jika gagal menjaringkan gol, itu telah ditetapkan dalam ketentuan Illahi. Jika Allah nak bola itu masuk ke jaring, sepak bola tu pakai ibu jari kaki pun confirm akan masuk kerana Allah S.W.T adalah berkuasa atas segalanya. Namun Allah S.W.T telah berfirman "Kami tidak akan mengubah nasib sesuatu bangsa sehingga bangsa itu berusaha mengubah nasibnya sendiri".Jika dalam konteks IUFC, kita seharusnya lebih gigih berlatih dan bertawakal kepada Allah S.W.T.

3) Cuba kita ambil sejarah sahabat Rasulullah S.A.W, demi Islam mereka sanggup berkorban segalanya sama ada nyawa ataupun harta benda. Contoh adalah Muadz Bin Amru, beliau berperang sehinggakan tangan kiri beliau terkulai ditetak oleh pihak musuh dalam peperangan Uhud. Apabila beliau merasakan tangan kirinya mengganggu pergerakannya, beliau bertindak memijak tangan kirinya dan menariknya sehingga putus! Begitulah semangat yang harus kita contohi kawan-kawan.

4) Saya selaku pengurus pasukan pada perlawanan tersebut sangatlah berbangga atas usaha anda semua! Kita dapat menyerap tekanan dan perasaan mental down kita tatkala ketinggalan 1-0!!Tahniah kepada anda semua!!!!!!!Biar kita kalah bermaruah, usah berputus asa sebelum wisel penamat dibunyikan!


*Correct me if i had mistaken anything, Jazakallah....=)



kasyah
-Perindu Si Wangi-

"Two EE's Adventure as Muslim"

24 July 2009

Bismillah...


Untuk mengisi masa lapang kita pada hari sabtu ni, pihak IUFC dengan kerjasama PEMBINA MELAKA telah mengusahakan satu seminar.

Details adalah seperti berikut:

Topik: "Pengembaraan Dua EE Sebagai Seorang Muslim"
Penceramah: Saudara Lukman Al-Hakim
Tarikh: 25/7/2009
Masa: 8.30 A.M - 5.00 P.M
Tempat: Ibu Pejabat ISMA Melaka


Pengangkutan dan makanan disediakan oleh pihak penganjur. Segalanya adalah percuma! Sila berkumpul di roundabout MMU pada pukul 8.00 A.M. Untuk pengesahan, sila hubungi saudara Wan Najmuddin di talian bebas tol 013-6812495 sebelum jam 11 malam ini.


*saye x memaksa korang join program ni, tapi semua adalah digalakkan turut serta untuk mengeratkan silaturrahim antara sepasukan IUFC. Duduk goyang kaki dalam bilik seminar je beb. Mane tau malam tu kita leyh gi men boling plak kat MITC plak..hehehe...masih dalam perancangan!


kasyah
-Perindu Si Wangi-

Perjumpaan Pertama Biro Sukan dan Kebudayaan

23 July 2009

Assalamu'alaikum

Perhatian kepada semua pemain iufc yang dikasihi sekelian. Institusi Usrah akan mengadakan perjumpaan biro yang pertama. Pemain-pemain iufc adalah berada di bawah Biro Sukan dan Kebudayaan.

Perjumpaan Pertama Biro Sukan dan Kebudayaan akan diadakan seperti berikut:-
Tempat : CLC 2001
Tarikh : 23 Julai 2009 ( hari ini ! )
Masa : 9mlm

Semua diwajibkan hadir,kehadiran akan diambil.

Sekian,
Majulah sukan untuk agama
Ape yang penting?Kerjasama!

BAJU BARU WEHH!!

22 July 2009

Assalamualaikum..

ini tahun aa kita manyak untung maa.. pasal dapat masuk itu league..
jadi.. pehak pengulusan dengan ini mengumunkan kita akan buat
JERSEY BALU!!..
bukan sekadar jersey..
T-SHIRT BALU pun ada!!
jadi.. kita akan dapat
2 BAJU!! choi!!

setelah menambil kila kilaan undi.. dukacita diumumkan jersey balu kita berwarna HIJAU manakala t-shirt balu berwarna MELAH..
hitam tidak tersenalai.. minta maaf.. choi!!

jersey hijau dalam ploses survey untuk mendapatkan kain dan harga terbaik.. manakala t-shirt melah telah berjaya dijumpai.. choi!!

ini design t-shirt melah.. choi!!
**updated** tambah logo

belsetuju atau tidak dengan design ini, sila komen ya..
sila tinggalkan saiz baju anda sekali..
choi choi choi!!

Ulasan IUFC vs MKG Junior

20 July 2009

Bismillah...=)

oleh kerana saya kerje overtime hari ni, let cut it short k.

Satu MMU melaka dah tau yang keputusan perlawanan hari khamis lepas tidak menyebelahi IUFC yang tewas 3-2 terhadap pasukan MKG Junior. IUFC telah meleadingkan diri seramai 2-0 pada 10 minit pertama perlawanan. Namun berjaya ditumbangkan dengan defisit 3 gol daripada pasukan pihak lawan.

Berikut adalah pengajaran dan pembelajaran yang kita peroleh daripada perlawanan tersebut:

1) Jangan sesekali meluahkan perasaan marah@kecewa anda terhadap teman sepermainan. Langkah ini amatlah seharusnya dibendung demi menjaga kecomelan serta ketulusan permainan tersebut. Peringatan kepada semua pemain IUFC!TIADA LAGI ISTILAH MARAH yang patut wujud dalam setiap individu IUFC!!Jika Ingkar, buruklah mukanya diceramah oleh pihak atasan IUFC yang gila kuasa itu..huhuhu

2) Percaya kepada teman sepermainan adalah salah satu pengajaran yang kita perolehi hari tu. Lepas ni saya sebagai pemangku Manager akan sedaya upaya walaupun memang berupaya akan memberikan peluang kepada semua pemain IUFC untuk turun bersama berjuang di padang.Tiada pemain antarabangsa pun saya tidak kisah..Jika kalah pun kita-kita ni je..lebih manis kekalahan tersebut.Cuma satu yang saya minta, Tolong berjuang bermati-matian ketika diberikan peluang tersebut. dan kita perlu ingat peluang tidak datang buat kali keduanya.Ingatlah~

3) Mind setting adalah salah satu perkara yang paling harmoni ketika perlawanan berlangsung. Untuk pengetahuan teman-teman, Pasukan IUFC yang once in a time ago adalah salah satu pasukan yang tidak ingat berapa mereka telah jaringkan.Cuma lepas perlawanan baru mereka menghitung jumlah jaringan. Ape2 pun, kita mesti bubuh seramai mungkin gol ketika setiap perlawanan yang berlangsung.

4) Jika mempunyai cadangan, sila kemukakan cadangan anda sebelum perlawanan berlangsung. ini adalah perlawanan kita bersama, sesiapa pun buleh mengutarakan pandangan masing-masing.

5) IUFC ni akan mental down jika dibolosi dengan sebijik gol saja. dari mula IUFC dihidupkan sehinggalah detik ini kita masih sebegitu rupa. IUFC masih leading 2-1 tempoh hari namun kita semua mental down. peliknyeeeeeee!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

6) Apabila melihat bahagian pertahanan diserang tanpa segan silu oleh pihak lawan.. silalah merajinkan diri anda yang bermain di atas untuk membantu insan-insan yang kesepian dibawah itu.Mula bentuk kembali pasukan daripada bahagian bawah. Kita bermain dan melaungkan slogan kita..APE YANG PENTING???KERJESAME!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!jangan sekadar melodi indah tersebut singgah dibibir sahaja.Buktikan ia!!!!!!!!!

7) Football is a team show, not a one man show. maka dengan itu, kita berkorban bersama-sama. pahit manis bersama. susah, senang, sakit, patah kaki, patah hati, tercabut bulu kaki adalah rona-rona dan kenangan kita sepasukan yang bernama IUFC!

Pasukan kita adalah kita..tanpa kita, apalah IUFC.terpulang kepada kita untuk menyerikan majlis tersebut.


Ayuh kita berjuang menegakkan syiar Islam dan kita tunjukkan yang kita mampu setanding dengan para syuhada' lampau!



Untuk game Saje suke, sila hadirkan diri di padang pada pukul 5 petang hari kejadian. Diharapkan semua dapat memberikan kerjasama dan bawalah sepasang baju oren dan biru dan juga penutup aurat yang bersesuaian demi kebahagiaan hari muka.

Jazakallah...=)


kasyah
-perindu si wangi-

Once reds always a reds~


training day


ManUtd vs Malaysia XI


Nani celebrating



p/s:byk lagi gamba :P, tgk flickr aku je lah nnti. xpon tgk live mlm ni masih sempat. gudluck next game weh

Next Match: vs Saje Suke

Assalamualaikum..

dek kerana terkasima dengan kekalahan ketika menentang MKG, pihak pengurusan IUFC dengan sesuke-suki mengambil keputusan drastik merombak barisan utama bg perlawanan menentang Saje Suke nanti.. ramalan kesebelasan utama adalah seperti berikut.. siap taktik lagi haa..

21 Julai 2009 (Selasa)
5.30 pm
Stadium Dahlia
Jersi: oren pon bawak.. biru pon bawak..


"ni kalo tak menang ni aku jual reban ayam belakang rumah aku tu haa.. sabau je le.. h@^$#+g!!.." luah seorang pakcik yg tidak ingin dikenali ketika ditemui di stadium hang tuah..

selamat berjuang sahabatku.. semoga Allah bersamamu..


ALLAH MENYAYANGI HAMBANYA YANG SENTIASA BERTAUBAT

Selamat Hari Lahir!

17 July 2009


Ucapan ini ditujukan khas buat saudara UCOP yang menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke-22 pada hari ini, 17 Julai.

Semoga dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki.. Tahun depan kawen lagi.. (ade kene mengene ke?)


DUNIA INI CUMA PERSINGGAHAN.. HIDUP HANYA BERMULA SELEPAS MATI..



Remedies

Salam'alaik.
Afshussalam bainakum.


saje nk kongsi video ni.sebab stiap kali aku tgk video ni aku rase berkobar2 dan semangat lebeh sket.tp tgk je tak gune.kene la praktiskan ape yg professional ni ckp.dorang ckp berdasarkn ape yg dorg wat sehari2an.







saje nk bg tgk video2.bg semangat dtg kembali.
kalau nak menang,kene la semangat 100% spanjang perlawanan.dari wisel start smpai wisel penamat.mental kene focus 100% gak.kalu tak,badan tak dpt perform.

wassalam,
Manager.

Down :(

16 July 2009

Assalamualaikum,
utk semua pemain.

sori kalo aku penyebab kalah, sori sbb x pandai handle team, sori jugak sbb ape2 ah yg korang rase aku buat salah. ini bukan post orang hati pink, ini post mintak maap :)

tugas kapten bukan down kan anak buah, tapi satukan semua anak buah, tapi aku xdpt buat ptg td. aku down ahahhahha! tension gak aa ble da bolos kan.

utk manap, ko mmg casillas habis aa. terbang ag, hebat gle ar!! good job. utk defend, kita buat mistake sikit je td. yg laen semua ok, pasni kte mantapkan line kte je, then mmg solid ar. tengah ni problem sikit td, disebabkan kte x fit ag utk buat overlap etc. pasni wing kte men compress masuk ke dalam, means kalo dari langit nampak macam anak panah ar bentuknye. sbb kte pon maen lone striker, so mane leh tahan amir sorang je nk amik bola, kte yg kene supply kat die, so kalo da kasik tuh, kena la golkan wahai amiroso.

taktik manager da bg, kte men short pass, sbb derang laju dan lebih teratur. kte xle nk men long pass, derang pandai offside trap. first half taktik berjaya dilaksanakan, tapi ble lepas gol tuh yg slack sket, ilang tah kemana semua orang. hahaha
tapi kte kene bangga aa gak sbb kte lead dulu, cume syg kte x le nk maintain smpi habis. kalo xpasni semua mesti gerun ngan iu nye aa. skang ni kte xkan ag dpandang senget, team lain pon xkan amik senang ag ngan kte, so manfaatkan mind game yg kte da ade skang nie. kte pon boleh je nk menang dgn sape2 asal kte semua stay as a team.

yg motto tuh jgn jerit sukesuke je, ble kte jerit kte amalkan, sbb itu motto kte!!! sorang player xkan boleh menang dengan sebelas player.

dan berbalik kepada yang asas, muhasabah balik diri kte. semua yg dtg dari Allah. tuh semua orang tahu. dan kte pon bole merancang je. janji usaha

IUFC vs MKG Junior [Details]

15 July 2009

Bismillah....

Ape kabar rakan-rakan sekalian? sihat? dah makan? dah minum? harapnye dah sume tu...
untuk pengetahuan teman-teman sekalian, IUFC akan bermain untuk perlawanan ketiga. Segala persediaan ader saye sediakan dibawah:

Perlawanan: IUFC vs MKG Junior
Tarikh: 16 Julai 2009
Masa: 5.30 P.M
Tempat: Stadium Dahlia


Sila hadir ke lokasi kejadian selewat-lewatnya pada 5.15 P.M untuk mengelakkan kesesakan lalu lintas dan jangan membawa diri sahaja. sila bawa but bola, stokin panjang, Shin Pad(bukan shin chan ye), dan yang paling penting sila bawa baju yang berwarna Biru terang seperti Jersi Malaysia. Jika x faham, bawak je ler baju kaler biru..janji biru!jangan otak biru sudeh...

Ramalan kesebelasan utama:


Seperti disepakati secara berjemaah pada petang ahad, saya telah memberi 3 pilihan kepada teman-teman untuk menutup lutut kita ketika perlawanan berlangsung.

Antara pilihan tersebut adalah:
1) Tights sampai bawah lutut atau pun sampai buku lali.
2) 3 quater short.
3) Knee guard yang dapat menutup lutut.

Jika mempunyai masalah untuk memenuhi syarat tersebut, teman-teman buleh menghubungi saya melalui komen di blog ini ataupun SMS ke 012-4304495.

Kuatkan semangat, bulatkan tekad dan disertakan doa serta latihan yang cukup, InsyaAllah kita dapat memenangi perlawanan ini.Ameen....=)



Kasyah
-Perindu bidadari putih-

Skill Budak Sekolah

14 July 2009

Assalamualaikum..

player2 IUFC dikehendaki mempelajari skill2 yg ditunjukkan dlm video ni.. berjaya buat 1 pon jadik la.. nak jadik juara league kene la ade style..




dan tulun jgn bwat perangai cenggini tyme match oke.. keciwa orang tua korg tgk anak dia beraksi sedemikian rupe..




nway.. ni video iufc tyme muktamar aritu.. camat nonton..

IU Next Event: Muktamar Sanawi (AGM)

12 July 2009


Assalamualaikum..

Institusi Usrah akan mengadakan satu mesyuarat agung tahunan atau Muktamar Sanawi yang akan membincangkan laporan aktiviti-aktiviti kelab sepanjang tahun pengajian yang lalu dan juga agenda-agenda kelab untuk sesi yang akan datang.

  • Tarikh: 14/07/2009 (Selasa)
  • Masa: 8 malam
  • Tempat: Exam Hall

Anda semua dijemput hadir. Player yang tak hadir mungkin bakal dikenakan penggantungan 1 perlawanan khamis depan. SAPS point dan makan-makan disediakan. Ajak la jiran-jiran, orang kampung sekali yek.

“USRAH MEANS FAMILY”

Usrah Institution
Multimedia University
Melaka Campus

Planning IUFC Yang Terdekat!

09 July 2009

Bismillah...

tadi saye mendapat satu cadangan daripada saudara Aswad tentang sesuatu. Antara perbincangan adalah seperti berikut:

1) semua players diwajibkan mempunyai baju yang sama kaler. Justeru itu, pihak atasan IUFC akan membeli satu set baju yang sama kaler untuk pertembungan dengan pasukan yang mempunyai sama kaler dengan jersi IUFC iaitu kaler OREN. Mahukah anda memakai baju sponser kalo biru yang begitu XXXXXXXXL itu?mari fikirkan sama-sama.Harga baju tersebut adalah dalam sekitar RM 5.00.Kaler baju adalah terhad pada kaler ini sahaja. Merah, Hijau dan juga Hitam. Sila balas posting ini untuk sebarang cadangan tentang warna dan kesungguhan untuk mempunyai baju ini.

2) Official training IUFC akan diadakan pada setiap petang ahad bermula minggu ini dalam pukul 5.30 PM. Ini adalah untuk memantapkan strategi dan juga fitness setiap players. Untuk minggu ini, akan dijalankan penggambaran untuk montage IUFC pada muktamar sanawi Institusi Usrah pada minggu hadapan. Semua pemain diwajibkan hadir pada sesi Official training tersebut. Duit RM 5.00 untuk baju tersebut juga akan dikutip pada masa ini.

Jika sesiapa tidak dapat hadir, sila inform melalui posting ini!Kerjasama rakan-rakan amatlah disayangi...=)


-kasyah-
-perindu bidadari kuning-

offside

08 July 2009

bole je kan kalo nk kongsi ilmu ;p
offside rule : let the video do the talking

persefahaman derang tinggi gle

ni pon same, gle hebat


meh kte train cmni, haha

2nd League Match: IUFC vs UPG FC

07 July 2009

Bismillah...=)

Tanggal 7 Julai 2009 membawa suatu lagi sejarah dalam penglibatan IUFC dalam arena bola sepak MMU yang dicintai ini. Pada tanggal itulah suatu perlawanan yang amat penting lagi important bagi pasukan IUFC yang telah turun menentang pasukan UPG FC buat kali ke-17 ratusnya.

tabik hormat ketika menyanyikan lagu rasmi IUFC, 'KERJEE SAME'


Pada perlawanan ini, banyak perubahan dari segala segi dapat dilihat dengan kejadian Mayo Sapik sebagai kapten pasukan IUFC. Beliau telah mendapat ilham dengan menyaksikan semangat seorang pakcik menyokong pasukan kesayangannya ketika segerombolan pemain IUFC ke stadium kubu pada sebelah malam sebelum perlawanan ini. Tahniah kepada Mayo Sapik kerana menjadikan pakcik itu idola anda!

captain mayo bersama manaf casillas


Perubahan seterusnya adalah saudara akashah telah diberi tanggungjawab menjana motivasi dan bimbingan ditepi padang merangkap jawatan MANAGER IUFC SEKETIKA setelah saudara ucop sibuk menguruskan kewangan rumahtangga beliau.oppss!hehehe

aksi separa manja akashah


Semua pemain IUFC bersiap sedia untuk memulakan perlawanan. Saudara Amiroso dengan selambenye menvolunteerkan diri untuk mengetuai laungan semangat "APA YANG PENTING? KERJESAME!!!!" dengan penuh berdedikasi. Setelah diberi penerangan tentang taktik dan 1st line-up oleh saudara akashah, pasukan IUFC yang berjersi OREN telah masuk ke padang untuk ditentang pasukan UPG FC yang berjersi putih.

muadz, ayie, shahirul & yusuf tekun mendengar amanat manager


Saudara Manaf telah diamanahkan untuk menjadi penjaga gawang manakala saudara amirul, mayo sapik, cik wan din serta shahirul ditugaskan dibahagian pertahanan IUFC. Untuk nadi tengah IUFC dianggotai oleh saudara ayie, ubi wan kenobi, zaidi, saeed dan juga Muadz manakala penyerang "lonely" diilhamkan oleh saudara yusuf. Untuk perlawanan ini, strategi 4-5-1 diguna pakai untuk mengekang kemaraan pasukan UPG FC yang dikenali ramai dengan kelajuan serta kelicikan membaca pergerakan lawan.

strategi baeek punyee..


Perlawanan dimulakan dengan tiupan wisel permulaan oleh pengadil perlawanan yang ditugaskan untuk menjaga keadilan demi kesejahteraan bersama. Pasukan IUFC memulakan serangan dari sebelah kiri namun pantas dikekang oleh pertahanan UPG FC yang begitu mencairkan hati.Bola berlegar-legar di kawasan tepi permainan pada 10 minit pertama dan kedua-dua pasukan begitu berhati-hati membuat sebarang serangan ke kubu lawan. Gol pertama pasukan IUFC hadir pada minit ke 12 perlawanan yang dijaringkan oleh saudara Saeed yang mendapat lorongan dan sokongan moral daripada saudara Zaidi. Dengan rembatan dari jarak lebih kurang 15 meter dari pintu gol telah berjaya menewaskan penjaga garisan gol UPG FC yang begitu kental mempertahankan kubu beliau. Gol tersebut disambut dengan penuh kesyukuran oleh saudara ayie dengan memeluk rakan sepasukannya iaitu saudara Yusuf dengan penuh kasih sayang. Perlawanan diteruskan dengan kedua-dua pasukan saling berbalas serangan namun berjaya ditapis oleh barisan pertahanan masing-masing sehingga ke wisel penamat separuh masa pertama.

saeed : 1st goal


sesi motivasi ketika half time


Setelah disuntik dengan kata-kata semangat oleh pengurus, pasukan IUFC masuk semula ke padang untuk mencari lagi gol. Kini pasukan IUFC telah membuat sedikit perubahan dalam merencanakan lagi gerakan-gerakan berbahaya dengan menggunakan taktik 4-4-2. Saudara Muadz digantikan dengan saudara Ijat,saudara zaidi ditukarkan dengan saudara Amiroso, saudara Abu dimasukkan mengganti saudara shahirul dan saudara yusuf digantikan dengan saudara Aswad bagi memantapkan lagi jentera IUFC. Gol kedua pasukan IUFC telah berjaya dijaringkan oleh saudara Amiroso setelah mendapat hantaran silang dari saudara yusuf dan menyebabkan saudara amiroso mudah menolak masuk bola ke gawang pihak lawan. Gol tersebut diraikan bersama dengan penuh senyuman dari pihak atasan IUFC.

amiroso : 2nd goal


Perlawanan diteruskan dengan UPG FC membuat serangan-serangan yang berbahaya namun berjaya dipatahkan oleh jentera pertahanan IUFC yang diketuai oleh saudara Najmuddin. Dalam usaha mengekang pihak lawan, saudara Ayie telah dianugerahkan kad kuning setelah dengan tidak sengaja menyelitkan kaki beliau di antara dua lutut pihak lawan. Tahniah kepada beliau kerna usaha beliau yang berbudi bahase tersebut.

gaya tak bersalah ayie


Gol ketiga perlawanan telah diilhamkan sekali lagi oleh saudara Amiroso tatkala mendapat lorongan bola dari saudara yusuf yang berjaya dikejar pantas oleh beliau untuk menguis masuk bola tersebut ke dalam tiang gol pihak lawan. Gol tersebut sedikit sebanyak menguatkan lagi semangat pasukan IUFC dalam usaha memburu lebih banyak gol namun masih menemui jalan buntu dek kerna kepintaran pihak lawan membuat perangkap Offside. Perlawanan ditamatkan tanpa pertumpahan darah dengan keputusan memihak kepada pasukan IUFC menang 3-0 menentang pasukan UPG FC.

aksi kemenangan


Antara pengajaran yang diperolehi:

1) Tekadkan semangat, kuatkan keazaman. Kita mampu mengubahnye!
2) Mantapkan lagi finishing bagi jentera serangan IUFC.
3) Jangan sesekali riak dengan keputusan ini. Mungkin ini adalah ujian Illahi untuk menguji kesetiaan kita terhadap perjuangan IUFC selama ini.
4) Fitness masih menghantui kita. Jom lari petang ni!!


Yang setia mencari bidadari itu,
kasyah.

Kepten baru

Attention please!!
This is ur captain speaking. :p

haha, terima kasih semua kerana usaha mati-matian nk kekalkan rekod tanpa kalah dengan UPG!!
good job semua. Kepada yang xdpt nk gol td, mungkin belum tiba masa anda untuk bersinar. haha
kepada yg gol, jgn nk riak. Maybe nasib je tuh!!! ade byk peluang lagi yang terlepas. anyway nice job untuk semua.

Kepada yang digulingkan, aku x tahu menahu pasal ini. hehe, tbe2 kashah suro aku jadi. so salahkan akashah. Aku x terlibat.
x kesah aa sape pon yang kapten atau jadi manager, sume same je. sume bole suarakan pendapat masing2. bukan kapten dan manager yang paling betul. ktorang manusia gak. so kalo ade pape idea bernas utk bagi kita jadi champ, sila kemukakan tanpa segan silu ye.

bg yg habis kelas awal, atau xde klas waktu petang silalah turun padang dahlia hari-hari utk training, bg yg sedar diri mereka cepat pancit, silalah rajinkan diri joging, stamina xle kongsi ooo, sendiri mau usaha.

dah ah, penat taip

Pengungungungan!

Najmuddin diturunkan pangkat daripada jawatan captain dan pihak pengurusan IUFC telah melantik MAYO sebagai captain planet terbaru..
Keputusan ini dibuat atas dasar suke same suke dan gile kuase..

Akasyah diamanahkan sebagai caretaker manager utk sementara waktu menggantikan Ucop yg sedang bizi scan barcode barangan di pasaraya southpark-son..

Khabar angin perpindahan Aswad dari IUFC ke Rovers ternyata suam-suam kuku setelah beliau bermain dengan penuh riang bersama pasukan IUFC ketika menundukkan UPGFC petang tadi.
Sapo yang buek kabo angin ni, den pon tatau..
"Kesetiaan itu adalah lurah hidup setiap pemain bola.." kata Aswad, meninggalkan para wartawan terpinga-pinga kebingungan..

IUFC menang mudah 3-0 ke atas UPGFC sebentar tadi. Gol dijaringkan oleh aku takmo cite ko bace sendiri kat sidebar sebelah..
Ulasan sukan bersama karam syah walia akan ke udara sebentar lagi.

Sekian. Saye Duang. Assalamualaikum..

Next Match!! IUFC vs UPGFC

Ratusan peminat IUFC dijangka membanjiri sekitar Padang Dahlia untuk menyaksikan perlawanan jiran tertangga antara 2 pasukan underdog dalam Liga MMU Divisyen 2 pada petang ini.

IUFC diramalkan akan membariskan kesemua 4 pemain importnya (tambahan 2 pemain baru) dalam perlawanan wajib menang ini.

Ramalan kesebelasan utama IUFC adalah seperti berikut:


Untuk pengetahuan adik-adik, manager petang ini ialah AKASYAH menggantikan Ucop yang agak bizi.

Bersedialah anda sume ye..

Ur Voice

03 July 2009

What are the good and bad things about our football club?


Ini masa untuk kita fikirkan balik apa kekuatan yang kita ada tapi tak dipergunakan dan apa kelemahan yang perlu kita baiki :)

mohon suarakan pendapat korang! we promise we won't bite you!

Malaysian XI vs Manchester United: what's your pundit?

VS




Assalamualaikum..

Seperti mana yang telah diketahui umum, pasukan Bola sepak Malaysia akan ditentang oleh pasukan Manchester United dalam perlawanan persahabatan di Stadium Bukit Jalil pada 18 Julai 2009 ini.

Dapatkah pasukan Malaysia dapat menyerap serangan yang bertali arus daripada pasukan Manchester United?

Adakah alasan padang stadium umpama padang ragut rumput sebagai alasan yang munasabah ketika Chelsea menewaskan pasukan Malaysia dengan jumlah yang sedikit iaitu 2-0?

Apa pandangan anda tentang perlawanan ini?berapakah jumlah gol yang berjaya pasukan Malaysia lepaskan?

Atau pun pasukan Malaysia dapat membuat kejutan dengan menewaskan pasukan Manchester United?

Adakah logo ini dapat menyedarkan
pasukan kebangsaan tentang prestasi mereka?


kata-kata anda dapat mengubah senario bola sepak tanah air yang tercinta ini...=)

1st League Match: IUFC vs End Of Line

01 July 2009

Bismillah...=)

Alhamdulillah, IUFC telah secara rasminya telah terjebak dalam kancah liga bola sepak MMU Melaka iaitu dengan menyertai Bahagian Kedua Liga Bola Sepak MMU Melaka[Sesukati je bagi nama pertandingan tu].

Pada tarikh 30 Jun 2009, IUFC telah memulakan perjuangan dalam arena Divisyen Kedua dengan menentang pasukan End Of Line[E.O.L] yang rata-rata dibarisi oleh pemain-pemain yang berpengalaman dalam arena bola sepak MMU. Perlawanan tersebut dimulakan dengan IUFC berjersi serba Biru dan E.O.L berjersi Oren pada tepat jam 5.16 P.M..Pasukan IUFC diwakili oleh Manaf bertindak sebagai penjaga gol. Shahirul,Mayo Sapik,Wan Din, Izzuan bermain dibahagian pertahanan. Obi Wan Kenobi,Ayie,Ijat dan member yusuf mengepalai bahagian tengah dan amiroso serta yusuf bertindak di barisan hadapan..

Perlawanan bermula dengan pasukan E.O.L membuat serangan demi serangan untuk mencari gol pendahuluan namun berjaya dikekang oleh barisan pertahanan IUFC yang gagah berani disukai ramai..Lebih kurang pada minit ke-7, IUFC telah berjaya menjaringkan gol melalui penyerang berbadan sasa dan tinggi iaitu amiroso yang tidak mensia-siakan peluang keemasan apabila pertahanan tengah E.O.L terbuat "miss kick" lalu bola itu diterjahkan ke jaring oleh amiroso tanpa segan silunya. kedua-dua pasukan tergamam dengan jaringan tersebut dan masing-masing cuba mengawal emosi untuk menghadapi realiti yang mendatang. perlawanan kembali seimbang dengan kedua-dua pasukan membuat serangan untuk mencari gol namun akhirnya bola berada di kawasan semak samun yang terletak berhampiran. Separuh masa pertama berkesudahan dengan kedudukan IUFC mendahului E.O.L dengan satu jaringan.

Setelah berehat selama 5 minit dan mendengar amanat-amanat daripada pengurus pasukan iaitu Tuanku Yusuf Razli, pasukan IUFC meneruskan separuh masa kedua dengan semangat yang kental. Namun kekentalan semangat IUFC cuba digugat dengan jaringan penyamaan oleh pasukan E.O.L seawal minit ke 4 separuh masa kedua bermula.Gol berpunca daripada sepakan lambung yang amat melencong dari kawasan kiri IUFC berjaya menewaskan barisan pertahanan IUFC dan disambut kemas oleh penyerang E.O.L untuk menyamakan jumlah jaringan. Perlawanan diteruskan dengan pasukan E.O.L menguasai separuh masa kedua dan jarang-jarang sekali bola diperserangkan oleh pasukan IUFC ke kubu lawan. Untuk menguatkan lagi impak barisan pejuang IUFC, beberapa pertukaran dibuat sepanjang perlawanan iaitu shahirul diganti oleh Abu Husin,Izzat ditukarkan dengan Aizul dan member yusuf diganti oleh Kamal Jepun.Pertahanan dan penjaga gol IUFC kental menahan segala asakan pihak lawan demi menjaga pintu gol IUFC dibolosi buat sekian kalinya sehingga ke akhir perlawanan. Perlawanan berkesudahan seri 1-1 antara pasukan IUFC dan pasukan End Of Line. Tahniah kepada teman-teman seangkatan atas keputusan perlawanan ini....=)

Antara pengajaran yang diperoleh:

1) Jangan anggap IUFC adalah sebuah pasukan yang selalu menang. Bola itu bulat,apa-apa benda pun buleh terjadi.
2) Jangan membuat sebarang 'tackle' yang tidak diperlukan.Kawal perasaan ketika bermain kerana matlamat kita adalah untuk menaikkan syiar Islam di padang bola.Peringatan manje buat Abu Husin dan teman-teman lain.
3) Sebelum bermain, kita perlukan strategi permainan dan perlulah mengikut strategi tersebut.Lepas ni sebelum game, kita bincang strategi apa yang kita nak pakai.[Malam sebelum tu bz tengok bola Melaka vs Kolumpo kat stadium kubu,sampai terlupa nak bincang]
4) Bola sepak adalah permainan secara berkumpulan. Maka dengan sewajarnya dipermainkan secara berkumpulan. Peringatan separa manja buat yusuf dan teman-teman lain.
5) Bahagian tengah adalah nadi setiap pasukan. Kematian bahagian tengah akan mengundang malapetaka bagi sesebuah pasukan.
6) Pemain yang belum bersedia untuk bermain adalah seharusnya tidak diturunkan kerana ini adalah perlawanan yang penting, bukannya perlawanan persahabatan.
7) Ingatlah apa objektif dan tujuan IUFC dibentuk semula. Janganlah lari daripada matlamat asal kita semua.
8) Stamina adalah aset penting bagi seseorang ahli sukan. Larilah dengan sekuat hati demi keamanan sejagat.
9) Allah S.W.T membantu sesiapa yang membantu agamaNya....=)


sebarang komentar buleh diulasi dibahagian bawah..sekian terima kasih...=)

-Karam "Syah" Walia-
-Pengulas Sukan IUFC Ternama-

LAGU RASMI

  1. Para pemain IUFC diminta berdiri ketika menyanyikan lagu rasmi ini.
  2. Semua pemain mestilah menyanyikan lagu ini setiap kali ianya berkumandang. No exclusion.
  3. Lirik telah disertakan. Takde alasan x reti nyanyi (kecuali anda tidak reti membaca)
  4. Aswad tolong lead.

FRIENDLY


Want to have a friendly match with us?
Just contact our manager, Mr. Ucop and the contact details pasted on the sidebar.
You can also leave your contact information on the comment space below.

TQ~