Hadirnya Ramadhan Al-Mubarak

23 August 2009

AHLAN WA SAHLAN YA RAMADHAN AL MUBARAK



Salman Al Farisi berkata, "Rasulullah SAW berkhutbah kepada kami di hari akhir dalam bulan Syaaban dengan sabdanya :

"Wahai manusia! Telah datang kepada kamu bulan yang hebat, bulan yang diberkati, bulan yang di dalamnya terdapat satu malam yang lebih baik dari 1000 bulan, bulan yang Allah wajibkan berpuasa disiang harinya, menjadikan solat tarawikh sebagai solat sunat dimalamnya. Sesiapa yang bertaqarrub (mendekatkan diri kepada Allah) dengan mengerjakan salah satu amalan kebaikan yang fardhu maka Allah menggandakan pahalanya sebanyak 70 kali amalan fardhu di bulan-bulan yang lain. Ramadhan adalah bulan sabar, sedang balasan bagi sabar adalah syurga. Ramadhan adalah bulan muwasah, bulan yang di dalamnya ditambah rezeki bagi orang-orang yang beriman. Sesiapa yang menjamu seseorang berbuka puasa, maka amalan itu merupakan pengampunan bagi dosa-dosanya, menyelamatkan dirinya dari api neraka dan baginya sebanyak pahala orang yang berpuasa tersebut tanpa mengurangkan sedikitpun pahala orang yang berpuasa itu.

Para sahabat bertanya, "Ya Rasulullah! Tidak semua dari kami mampu untuk memberi orang untuk berbuka puasa". Rasulullah SAW menjawab, "Allah memberi pahala tersebut (walaupun) kepada seseorang yang memberi buka puasa kepada seseorang yang berpuasa (walaupun) dengan sebijik kurma, secawan air kosong, atau setuguk susu. Sesungguhnya Ramadhan adalah bulan dimana awalnya rahmat, pertengahanya keampunan dan akhirnya selamat dari neraka. Perbanyakkanlah di dalam bulan Ramadhan 4 perkara. Dua perkara darinya menyebabkan Tuhan redha kepada kamu. Dua perkara lagi kamu sangat memerlukannya. Dua perkara yang menyebabkan Tuhanmu redha kepada kamu ialah kamu (mengucapkan) mempersaksikan bahawa tiada tuhan melainkan Allah dan kamu meminta keampunanNya. Dua perkara yang kamu memerlukannya ialah kamu memohon syurga dari Allah dan kamu memohon dariNya supaya dijauhkan dari Neraka".




Riwayat Ibnu Khuzaimah

Salam Ramadhan, berlumba-lumbalah kita kepada kebaikan di bulan ini.. Jadikanlah pesanan Rasulullah SAW ini sebagai kekuatan untuk mempertingkatkan amalan dan agar tidak kita tergolong dalam orang-orang yang mempersia-siakan Ramadhan.. Rasailah kehadirannya dan zahirkanlah, InsyaAllah moga diakhirnya kita semua peroleh kemenangan..

Ayuh teman-teman sekalian, usah dilepaskan peluang keemasan ini!bangkitlah dari tidur mu itu!Jihad yang terbesar adalah jihad melawan hawa nafsu!!!buktikan yang kita mampu melakukannya!!!!


Taklimat Ringkas [IUFC vs SCC]

17 August 2009

Dengan nama Allah S.W.T yang Maha berkuasa dan Maha pengasih...

Butiran mengenai perlawanan adalah seperti berikut:

Perlawanan: IUFC vs SCC
Tempat: Padang Dahlia
Masa: 5.30 P.M
Tarikh: 18/8/2009 (Selasa)
Jersi: Oren

Diharapkan agar rakan-rakan dapat turun seawal jam 5.00 P.M untuk sesi memanaskan badan demi menjaga ketangkasan kelak. Semoga kita dapat memberikan segala komitmen dalam memenangi perlawanan terakhir Liga MMU Divisyen Dua ini.


Jazakallah...=)


Mohamad Akashah Mohamad Suri
Pengutip Cukai Taksiran IUFC 2009

Last Official Training For Semester 1

14 August 2009

Bismillah

Details as follows:

Date: 16/08/2009(This Coming Sunday)
Time: 5.30 P.M
Place: Dahlia Field


your coorporation are highly appreciated, thank you...=)


-kasyah49-
perindu bidadari putih

IUFC Official T-Shirt Arrived!!

13 August 2009

Bismillah...

for those who had ordered the IUFC Official T-shirt, the shirt had arrived this morning. All of u can collect the shirt starting tonight.

Details as follows:

Place: Ucop's Palace
Date: 13/8/2009
Time: 8.30 P.M - 9.30 P.M
Fees: RM 20.00 per T


Your coorporation are highly appreciated. thank you...=)


-kasyah-
-Lake Crocodile-

Seminar Penghayatan Ramadhan [Jom Join!]

Assalamualaikum w.b.t

Innalhamdulillah. Asyhadu alla ila ha illallah wa asyhadu anna Muhammadan abduhu wa rasuluh. Allahumma balighna Ramadhan. Alhamdulillah, kita diberi kesempatan untuk berjuang menghampiri pintu Ramadhan. Mungkinnya sampai, mungkin juga terlebih dahulu disentak bertemu yang Esa. Moga Allah kurniakan peluang buat menambah amal yang masih kurang.

InsyaAllah, Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) Cawangan Melaka dengan kerjasama Persatuan Belia Islam Nasional (PEMBINA) Melaka juga diatas sokongan padu Jabatan Agama Islama Melaka (JAIM) akan menganjurkan Seminar Penghayatan Ramadhan 1430H seperti makluman di bawah:

Hari : Ahad

Tarikh : 16 Ogos 2009 bersamaan 25 SyaĆ¢ban 1430 Hijriyah

Tempat : Masjid Al-Azim, Melaka

Masa : 8:30 pagi - 1:30 tengahari

Bayaran : Percuma termasuk disediakan makan thari

Pengisian :

Kertas Kerja 1: Seminar Kepentingan Ramadhan Pada Individu Muslim

Kertas Kerja 2: Fiqh Ramadhan

Kertas Kerja 3: Forum dan Soal-Jawab Ramadhan


Seminar Penghayatan Ramadhan 1430H

Seminar ini antara lainnya bertujuan menghidupkan persediaan menjelang Ramadhan, mengajak penduduk sekitar Melaka khususnya para siswa/i untuk bersama merasai kerinduan bertandangnya bulan mulia ini disamping memberikan peluang para hadirin mendengar perkongsian ilmu juga melangsaikan segala kemusykilan yang sekian lama bersarang di lubuk hati berkisar perihal Ramadhan.

InsyaAllah, Islamic Smart Team (i-smart) di bawah kelolaan STAD akan menyediakan pengangkutan pergi ke Masjid al-Azim. Kepada yang berminat, diharap dapat memberikan Nama dan ID kepada nama di bawah. Kita juga akan membuka meja pendaftaran selepas solat Juma'at di masjid al-Irsyad MMU. Sebarang pertanyaan lanjut juga dialukan:

HAZRI | 013 - 6316405
AIZAM | 013 - 6285880
NAWWAR | 013 - 6285010

Justeru, menjadi harapan agar dapat dihebahkan dan disampaikan kepada yang lain. Hanya pada Allah kita mengharapkan ganjaran, insyaAllah. Semoga usaha yang sedikit ini mampu membakar semangat berlumba-lumba mengejar kebaikan dalam bulan Ramadhan.

Semoga bermanfaat.

"Membina Generasi al-Quran"

Wassalam...=)

SELAMAT HARI TUA~

10 August 2009

diucapkan buat abg kasyah kite yg menyambut hari lahirnya yang ke-22 (ingatkan da 38.. dah macam bapak org dah aku tengok) pada 10 Ogos 2009, 2.30 petang..

ololololo buat-buat comel..


diharapkan anda terus hidup dengan dipenuhi keimanan dan keinsafan sepanjang masa..
jaga kesihatan..
berhenti merempit..
kurangkan aktiviti sedut-menyedut..
kami sayang anda..


Wassalam~


FUTSAL ON SUNDAY NIGHT !!

07 August 2009

Assalamu'alaikum.

IUFC akan mengadakan futsal untuk menggantikan hari-hari latihan yang telah tertinggal bagi menyediakan diri masing-masing untuk perlawanan hari Selasa menentang Garuda FC.Maklumat yang telah muktamad adalah seperti yang berikut :-

Tempat : Sports Planet Cheng,Melaka
Hari : Ahad (9 Ogos 2009)
Masa : 10.00-12.00 malam

Semua pemain IUFC dikehendaki mengikuti program futsal ini. Sila berkumpul di rumah Manager pada pukul 9.00 malam dan kita akan berkonvoi ke tempat kejadian.

Senarai pemain :-

1. Mr. Manager
2. Akashah
3. Duang
4. Aie
5. Mannaf
6. Mayo
7. Zaidi
8. Aimirul
9. Shahirul
10. Abu Husain
11. Wan Najmudin
12. Obi Wan Kenobi
13. Ijat Vaizante
14. Aswad
15. Amiroso
16. Hakimi (Orix)
17. Hazri
18. Hadri (Had)
19. Bukhari
20. Kamal (Jepon)

Semua pemain akan di bahagikan kepada 4 grup. Queen stay,means that 1 grup tu kalau menang akan stay sebanyak 2 perlawanan berturut2 sahaja baru tukar dgn grup laen.
Kalau ada nama2 yg tertinggal tlg inform ok.

Wassalam.

News Regarding IUFC Official T-Shirt

04 August 2009

Assalamualaikum...=)

Details regarding the t-shirt as follows:

Price: RM20.00 per shirt
Last Payment: 10/08/2009
Receive Shirt Date: 10/08/2009 [9.00 P.M]
Place: Ucop's House


On the 9th August 2009, IUFC officials are planning to have futsal match between IUFC players. If there any suggestion, please reply through this post. Your consideration are highly appreciated. syukran....=)


Kasyah
-IUFC Officials 2009-


5th League Match: IUFC vs Noobie

Bismillah...=)

Kita bersiaran secara separa langsung dari Kedai Runcit RS Sejati Sungai Petani untuk membincangkan secara sesedap rasa mengenai perlawanan IUFC yang ke-5 bagi kategori divisyen kedua Liga MMU Melaka yang dibawakan khas oleh Kopi Janda "Kopi Peneman Malam Hari Anda".

IUFC yang berjersi Oren melangkah dengan penuh gagah dalam mencari 3 mata penuh untuk membuka lembaran sejarah bagi memperoleh kedudukan yang selesa dalam liga MMU menentang pasukan Noobie yang berjersi kuning. Cuaca pada petang itu adalah setinggi 31 darjah celcius dengan Heat Stroke dan dehidration menjadi igauan utama para pemain. Pasukan IUFC yang dibarisi oleh saudara Manaf menjadi penjaga gawang dan dibantu oleh barisan pertahanan yang dibintangi oleh saudara Mayo Sapik, Wan Najmuddin, Shahirul dan Abu. Manakala bagi barisan tengah dijana oleh saudara Obi Wan Kenobi, Ijat, Ayie, Zaidi dan Aswad. Bagi barisan penyerang, saudara Yusuf bertindak sebagai lone striker dalam mencari gol pendahuluan.

Wisel permulaan ditiup dan pasukan Noobie memulakan sepakan mula dan terus menyerang dari bahagian pertahanan kanan namun berjaya dipatahkan oleh jentera pertahanan IUFC. Pasukan IUFC terus melakar serangan dari bahagian tengah namun berjaya dikekang hebat oleh barisan pemain pasukan IUFC. Bola berlegar-legar di tengah padang tanpa rasa belas kasihan. Gol pertama perlawanan hadir pada seawal minit ke-10 melalui penyerang pasukan Noobie yang berjaya memintas hantaran pemain tengah IUFC dan membuat hantaran lintang dan disudahi dengan kemas untuk mendahului pasukan IUFC 1-0. Gol tersebut membuat pasukan IUFC tersentak dan barisan pemain mula membuat pakatan demi menerobos gawang pasukan Noobie. Pasukan IUFC mempunyai 3 peluang keemasan yang akhirnya bertukar menjadi besi karat apabila gagal menyempurnakan peluang tersebut dan separuh masa pertama berakhir dengan pasukan IUFC ketinggalan satu gol kepada pasukan Noobie.

Bagi separuh masa kedua, aksi kedua-dua pasukan bertambah sengit dengan bersulamkan terjahan keras dan rembatan kencang dalam mencari lebih banyak gol. Pasukan IUFC membuat sedikit pertukaran yang membabitkan kemasukan saudara amiroso, saeed dan Orix untuk menggantikan saudara shahirul, Yusuf dan Ijat dalam misi memburu lebih banyak jaringan. Gol kedua hadir tika kealpaan pertahanan IUFC yang gagal mengeluarkan bola dari kawasan bahaya yang menyebabkan penyerang pasukan Noobie membuat rembatan deras yang menewaskan saudara manaf. Gol tersebut sedikit sebanyak dapat memancarkan sinar-sinar kekecewaan di wajah para pemain IUFC yang penat disimbahi tiupan udara panas padang pasir sahara. Permainan diteruskan dengan pasukan IUFC membuat beberapa gerakan merbahaya namun masih gagal menewaskan penjaga gol pasukan Noobie. Beberapa insiden yang mendebarkan dapat dilihat apabila 4 kali keting saudara Aswad diterjah namun pengadil perlawanan hanya beranggapan itu hanyalah gurauan manja oleh pasukan pihak lawan. Satu lagi aksi yang mendebarkan ialah aksi saudara Mayo Sapik mengawal bola yang mempesonakan seluruh hadirin yang kekaguman mengukir senyuman terhadap beliau[Jangan ler buat lagi camtu k..sayu den nengoknye]. Sayugia wisel penamat ditiup menandakan pasukan IUFC tewas 2-0 kepada pasukan Noobie. Pada sebelah malamnya, post mortem tentang perlawanan tersebut diadakan di Restoran Times di BBU sambil aksi sedut menyedut berlangsung. Syukran Jazzilan kepada yang hadir memberi sokongan. Sokongan dan doa anda amat bermakna buat kami...=)


-From Sungai Petani...With Love-
Kasyah