Official Training

31 October 2009

Assalamualaikum kepada teman seperjuangan sekalian.

Alhamdulillah dan sekalung ucapan tahniah kepada rakan semua kerana telah bermain dengan begitu semangat dalam menempuhi sesi perlawanan persahabatan pasukan IUFC bersama pasukan "Adik-Adik Taman Bukit Beruang Utama" dengan jaringan 6-1. Tahniah sekali lagi untuk semua!

Seperti yang telah dipersetujui dalam mesyuarat pertama, dengan ini saya dengan rendah dirinya menyatakan bahawa "Official Training" bagi pasukan IUFC adalah pada petang ahad ini bersamaan 1 November 2009 bertempat di Padang Dahlia tatkala jam telah menunjukkan pukul 5.00 P.M. Kehadiran kalian semua adalah diwajibkan memandangkan pertarungan sebenar akan muncul pada minggu kelima pengajian kita. Satu lagi, sila menutup apa yang telah diwajibkan ke atas kita semua sebagai umat islam. Rakan-rakan buleh memilih untuk memakai three quater shorts, knee guard yg panjang ataupun memakai tight. Pilihlah demi kebahagiaan di sana nanti.

Jazakallah...=)


Mohamad Akashah Mohamad Suri
Seorang Hamba Yang Kerdil


Laporan Ringkas Mesyuarat IUFC Sem-2

27 October 2009

Assalamu'alaikum,berikut merupakan laporan ringkas mesyuarat IUFC Semester 2 yang diadakan pada pukul 9.05 malam,27 Oktober 2009 di Masjid MMU.

1. Futsal Persahabatan antara IUFC vs Rebel FC pada 28Oktober 2009 :-
-berkumpul di taman BBU (rumah ucop) pada pukul 7.30 malam (tepat!)
-main 2 jam (8-10malam)
-bertempat di Sports Planet
-pengangkutan diuruskan oleh Mayo dan Maun
-pemain yang berminat ialah Akashah,Ucop,Aie,Yusuf Nigeria,Nazir,Had,Orix,Amiroso,Zaidi dan housemate,Kamel,Mayo,Shaherul,Manaf,Ijat Vaizante

2. Bola Sepak persahabatan antara IUFC vs PakCik BBU pada 30Okbtober 2009 :-
-bertempat di padang Dahlia,Pukul 5 petang
-permainan selama 40minit setiap separuh masa
-pengadil diuruskan oleh Aswad
-peralatan permainan seperti bola sepak dan kon diuruskan oleh Manaf dan Ucop
-strategi dan taktikal masih belum dibincangkan
-penjaga garisan terdiri daripada pemain kedua-dua pasukan

3. Futsal persahabatan antara IUFC vs Kolej Islam Melaka :-
-bertempat di Kolej Islam Melaka,Masjid Tanah
-pengangkutan oleh STAD

4. Latihan rasmi (intensif) telah ditetapkan pada setiap hari Ahad dan Isnin petang. Tetapi setiap pemain tetap digesa untuk turun berlatih (light training) pada setiap petang.


Sekian.

Meeting Semester Kedua

26 October 2009

Assalamualaikum

apa khabar wahai rakan-rakan seperjuangan ku?semoga sihat hendaknya.
di sini saya selaku pemain sayap pasukan IUFC ingin membuat suatu pengumuman tentang perjumpaan yang akan menghantui teman-teman sekalian. Butirannya adalah seperti berikut:

Tempat: Masjid MMU
Tarikh: 27/10/2009
Masa: 9.00 Malam


sila sertakan sekali pembayaran t-shirt seramai RM 20.00 kepada sesiapa yang tidak lagi menjelaskan pembayaran tersebut. sekian terima kasih.

yang tulus,
Mohamad Akashah Mohamad Suri
Peminat Nur Kasih


Salam Perantauan !

21 October 2009

Assalamu'alaikum,

Salam rindu kepada rakan taulan yang telah lama tidak ketemu. Moga kalian semua sihat sejahtera di samping keluarga tercinta. Seperti mana yang kita sedar,cuti semester kita hampir di penghujungnya. Diharapkan agar semua pemain-pemain dapat mengekalkan kecergasan kerana musim liga/piala akan bermula tidak lama lagi.

Diumumkan bahawa IUFC telah dijemput untuk bermain futsal dari pasukan Rebel FC. Berikut adalah keterangan tentang jemputan tersebut :-

Tempat : Sports Planet, Cheng
Tarikh : 28 Oktober 2009 (Hari Rabu)
Masa : Di antara Pukul 10 atau 11 Malam

Bagi sesiapa yang berminat untuk bermain futsal pada malam tersebut,dengan sukarelanya memberikan nama di ruangan Komen yang terdapat di bawah ataupun menghantar SMS kepada Manager IUFC (ucop).

Sehubungan dengan itu,saya berharap agar semua pemain-pemain IUFC dapat memulakan latihan ringan seperti jogging,berenang atau berkebun.Diharapkan juga agar semua pemain-pemain yang telah membaca nukilan ini untuk menghebahkan berita ini kepada pemain-pemain yang lain.