IUFC Friendly Match

13 November 2009

Assalamualaikum and a very good day to all..

As stated by Mr Yusuf Razli, there'll be a friendly match against GARUDA FC to improve our tacticals,fitness and physical for the upcoming MMU President Cup.

Here's the details about the match:

Date: 15/11/2009 (Sunday)
Time: 5.00 P.M
Place: Dahlia Field
Jersey: Red

Your commitment are highly appreciated. Thank you...=)


truly,
Mohamad Akashah Mohamad Suri
Cekgu Prektikel Bahase Inggeris IUFC

President Cup 2009

11 November 2009

Assalamu'alaikum dan selamat sejahtera semua.

Ingin dimaklumkan bahawa pada semester ini,IUFC akan menyertai tournament anjuran MMU Soccer Club iaitu President Cup. Berikut merupakan maklumat tournament tersebut :-

Tempat : Padang Dahlia
Tarikh : 5,6,12 dan 13 Disember (Week 6&7) * 27 November Raya Haji

Kita akan bermain secara liga,di mana terdapat 4 kumpulan (Group A,B,C,D) yang terdiri daripada 4 pasukan,bermakna terdapat 16 pasukan yang terlibat di dalam President Cup ini. Juara dan Naib Juara setiap kumpulan akan mara ke Quarter final.

Jadi diharapkan agar semua pemain-pemain IUFC dapat bersedia untuk menghadapi tournament ini. Training jangan dilupakan. Stamina perlu ditingkatkan.

Bagi pemain-pemain IUFC yang menghadapi masalah untuk menyertai tournament ini,silalah tinggalkan komen di bawah.


KAKAK MONG KAHWIN

09 November 2009

Alhamdulillah..

Selamat sudah Majlis Pernikahan dan Resepsi kakak Mong yang dilangsungkan di rumah Mong di Sg. Isap, Kuantan pada 6 & 7 November yang lalu.

SELAMAT PENGANTIN BARU buat Kak Zanariah & Abang Khairul

Majlis berjalan lancar tanpa sebarang gangguan, sama ada gangguan penyokong pasukan lawan mahupun gangguan serangan serangga. Majlis berlangsung dalam suasana yang indah dan cuaca yang cerah, walaupun hujan lebat di beberapa tempat lain di Pantai Timur.

Di pendekkan cerita..
Pemain kompang IU Melaka dijemput untuk memeriahkan lagi majlis tersebut. Kita saksikan sedikit demo daripada kami..



Pasukan kompang tersebut dianggotai sepenuhnya oleh pemain serta pegawai IUFC terdiri daripada:

1. Mong (midfielder) - beleka, ketua kompang
2. Duang (defender) - beleka
3. Aie (midfielder) - belalu
4. Ubi (midfielder) - belalu
5. Ucop (manager) - belalu
6. Azrul (fitness coach) - belalu
7. Ady (goalkeeper coach) - belalu

*kalo main gitar, beleka tu kira tukang goreng la.. belalu tu bass..

Ini adalah antara aktiviti-aktiviti sampingan yang dijalankan oleh IUFC selain bermain bola. Dalam masa yang sama, boleh train untuk menguatkan tangan-tangan kami (main bola bukan kena kuat kaki je, tangan pun kena kuat okey..)

Untuk menceritakan pengalaman kami sepanjang di sana, rasanya saudara Yusof Razli boleh menjalankan tanggungjawab tersebut. Mungkin dalam entry bertajuk "Kakak Mong Kahwin (Lagi)". Sekian.. Wallahu a'lam~

Futsal IUFC vs KUIM [Undefined]

02 November 2009


Assalamualaikum

Berikutan dengan keputusan bersama, dengan ini saya ingin mengumumkan bahawa perlawanan persahabatan antara IUFC dengan KUIM dibatalkan memandangkan keramaian teman-teman yang tidak dapat hadir untuk memeriahkan majlis. Pihak atasan IUFC ingin memohon maaf atas kebatalan perlawanan ini dan insyaAllah akan mencari mana-mana pasukan yang sudi bermesra dengan pasukan IUFC. Semoga kebahagiaan kita kekal abadi,InsyaAllah.

Akhir kata, sambutlah salam sayang dari ku dengan seadanya. Jazakallah...=)


Yang Merindui Kepada Yang Tak Sudi
Mohamad Akashah Mohamad Suri
JuruUkur Tanah Wakaf IUFC

Futsal IUFC vs KUIM [Respond Please]

01 November 2009


assalamualaikum...

seperti yang dijanjikan sebentar tadi. sila respon untuk menyatakan kehadiran anda atau ketidakhadiran anda di post ini sebelum esok untuk perlawanan persahabatan futsal antara IUFC vs KUIM yang dijadualkan pada petang rabu (4/11/2009) bertempat di KUIM.

Respon anda amatlah diharapkan dan kerjasama anda didahului dengan lafaz terima kasih..=)

Jazakallah...


Yang Tulus,
Mohamad Akashah Mohamad Suri
"Juruletih" IUFC