Frenly Match !

24 February 2010

Assalamu'alaikum semua,semoga sihat sentiasa.

Maklumat tentang perlawanan yang akan datang adalah sperti berikut :-

IUFC vs UPG (B)
26 Februari 2010 (Jumaat)
Pukul 5 petang
Padang Dahlia

Pakai Jersey atau T-shirt berwarna MERAH.
Sila bawa RM2 untuk bayaran pengadil perlawanan.

Selepas perlawanan persahabatan,akan diadakan perjumpaan IUFC berkenaan jersey baru dan tournament MMU Champions Cup.Perjumpaan tersebut :-
Masjid MMU
Pukul 9 malam
Bagi sesiapa yang belum lagi menjelaskan bayaran jersey,diharap dapat menjelaskannya pada malam tersebut.(last)


Terima Kasih.

Punca Kita Boleh Jadi Lemah

23 February 2010


Assalamualaikum~


Terlebih dahulu, terima kasih berjuta-juta kepada tuan moderator Blog kerana beri kebenaran untuk saya berkongsi di sini.


Alhamdulillah... dari dulu hingga kini, IUFC telah berjaya menunjukkan peningkatan. Syukur kepada Allah SWT kerana kita sekarang telah berada dalam Liga Divisyen Dua.


Tapi, bagi sesiapa yang telah lama berada dalam IUFC, semakin hari kita juga lihat, terdapat tanda-tanda kita juga semakin menurun pencapaiannya. Memanglah diakui, ada turun naiknya dalam permainan & perlawanan malah perjalanan hidup kita sendiri. Tapi pencapaian kita tetap tidak konsisten walaupun latihan ada dibuat (tak kira latihan secara rasmi atau usaha sendiri).


Setiap kali selepas perlawanan, kita akan berbincang & lihat setiap kelemahan yang ada. Dalam pasukan kita pulak tuh ada yang hebat-hebat bermain, jadi banyak pandangan, pendapat, cadangan & sebagainya diberi untuk memperbaiki kelemahan-kelemahan. Rasanya semua rakan-rakan telah maklum apa dia kelemahan-kelemahan tu semua...


Cumanya.... sedar atau tidak? Semua kelemahan yang kita lontar dan diskusi tu hanyalah kelemahan teknikal & kemahiran. DI MANA PUNCA SEBENAR KELEMAHAN PASUKAN KITA?. Saya yakin, KELEMAHAN ITU ADA PADA DIRI KITA SENDIRI! Pernah kita terfikir begini???


Saya ingin kongsikan apa yang diterima dari seorang sahabat...:



Saya teringat kisah Saidina Umar R.A. yang lebih risaukan dosa-dosa tenteranya berbanding strategi/kekuatan pasukan mereka dan strategi/kekuatan musuh mereka. Lebih kurang begini kata-kata Saidina Umar R.A.:

"Kita dapat menang dalam pertempuran kerana pertolongan Allah, bukan kerana kekuatan kita. Kita menang kerana maksiat dan dosa yang dilakukan oleh tentera musuh. jika kita melakukan maksiat, maka lihatlah kita sama sahaja seperti mereka."



Ya! DOSA boleh menyebabkan hati kita lemah dan kekuatan kita boleh merudum dengan mendadak. Kerana apa?

Dosa kita menyebabkan kita makin jauh dengan Allah, bila kita makin jauh dengan Allah, sudah pasti pertolongan Allah SUSAH nak sampai kepada kita.

Semakin kita kurang menghindari dosa, maka lihatlah bencana bakal menimpa kita satu masa nanti. Bukan setakat tuan empunya badan yg melakukan dosa, tapi memberi kesan buruk kepada seluruh pasukan.

Contoh mudah:

Jika kita banyak lakukan dosa, maka titik hitam akan menutupi hati kita, maka semangat untuk berjuang dan bermain akan makin merudum, maka tidak lama nanti ia akan terkesan pada gerak kerja pasukan, dan lama-kelamaan jika tuan empunya badan tidak membersihkan kembali dosanya , maka ia akan terus futur.. dan merasa lemah untuk terus bekerjasama dengan rakan-rakan pasukan yang lain.. maka akan hancurlah pasukan dan segala perancangannya selepas itu..

Ini hadis nabi yang berkaitan,

Rasulullah SAW bersabda: “Seorang mukmin apabila dia melakukan dosa, akan muncullah bintik hitam di dalam jiwanya. Apabila dia bertaubat dan menghentikan dosanya serta beristighfar, maka hilanglah bintik hitam itu. Sekiranya dia meneruskan perbuatan dosanya, maka bertambahlah bintik hitam itu pada hatinya, sehingga tertutup seluruh hatinya.”


Hadith riwayat Al-Baihaqi.


Dosa itu kita tahu ada dua, kecil dan besar. Saya pasti dosa-dosa besar itu boleh kita elakkan dengan mudah kerana ianya jelas. Bagaimana dengan dosa kecil? Selalu kita lakukan sama ada sedar atau tak bukan? Mungkin ada yang berkata: “Alah... kecik je. Balik kang aku taubat la.” Senang betul mulut melontar, tapi bila balik rumah bukan taubat pun. Lupa semuanya.


Rakan-rakan sekalian, jangan dilihat dosa yang kecil itu remeh! Kita rasa ianya dosa kecil, tapi dipandangan Allah SWT, adakah kita tahu sebesar mana dosa tu? Adakah kita tahu seberat mana? Dan yang paling kita tidak tahu, sama ada dosa itu tadi diampunkan atau tidak sekiranya kita memohon keampunan??


Kalau menabung, sikit-sikit lama-lama jadi bukit. Dosa pun macam tu jugak, sikit-sikit tapi kalau banyak kali buat lama-lama jadi banyak! Dan mungkin ianya boleh membawa kita untuk buat dosa besar pulak. Nak ke jadi macam tu?? Dah tentu tak nak. Pahala nak la betul tak?


Jadi kesimpulan:

Ya, bagi saya PUNCA UTAMA PASUKAN KITA BOLEH JADI LEMAH ialah..... D...... O......... S....... A.....

DOSA

Dosa saya dan kita semua..

Apa caranya untuk memperbaiki?

1) Kita semua insyallah dirahmati Allah dan bertaubatlah dan pohon ampun pada Allah, mahu pun dosa yang kecil atau besar.
2) Tambahkan amalan kebaikan lebih daripada sebelum ni
3) Muhasabah diri dan selalu beristghfar.


p/s:

Saya juga sering lemah dan futur, tapi dengan muhasabah diri dan merenung dosa-dosa kita, insyAllah semangat akan datang kembali.. Apa yg dikata di atas cukup senang tapi susah nak beramal..tapi mari kita cuba untuk beramal..

Wallahu’alam...



"If you can't make it, it is your own FAULT"





Official Training Edisi Ke-139

20 February 2010

Assalamualaikum dan salam sayang untuk rakan-rakan..

Sesi kejurulatihan akan diadakan seperti butiran tersebut:

Masa: 5.00 P.M
Tempat: Padang Dahlia
Tarikh: 21 Februari 2010 / Ahad
Kelengkapan: RM 5.00 untuk bayaran yuran semester ni. (Seperti yg telah dijanjikan semua)

jumpa disana!!!!

Lagu Tema Trening kita edisi kali ni!



yang kacak,
Fahrin Ahmad

Laporan Mesyuarat IUFC

08 February 2010

Assalamu'alaikum dan salam sejahtera.

Syukur Alhamdulillah, masih diberikan nikmat kehidupan,iman dan islam dalam diri. Selawat dan salam buat junjungan Rasulullah S.A.W.

Moleklah kiranya laporan kali ini dimulakan dengan tazkirah, sepotong ayat Al-Quran dari surah An-Nisaa ayat ke 59 :-

"Wahai orang-orang yang beriman, taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kamu kepada Rasulullah dan kepada "Ulil-Amri" (orang-orang yang berkuasa) dari kalangan kamu. Kemudian jika kamu berbantah-bantah (berselisihan) dalam sesuatu perkara, maka hendaklah kamu mengembalikannya kepada (Kitab) Allah (Al-Quran) dan (Sunnah) RasulNya jika kamu benar beriman kepada Allah dan hari akhirat. Yang demikian adalah lebih baik (bagi kamu) dan lebih elok pula kesudahannya."

Huraian ayat : Taat kepada Allah dan Rasul tiada syarat. Taat kepada pemimpin bersyarat iaitu taat selagi tidak bercanggah dengan Allah dan Rasul.Tidak wajib taat kepada mana-mana makhluk dalam perkara melibatkan dosa. Dalam satu hadis, taat kepada raja, taat kepada Allah (taat kepada raja yang taat kepada Allah). Walaupun dipentah oleh seorang Habsyi yang kepalanya panjang atau seorang pemimpin yang cacat anggotanya, selagi tidak bertentangan dengan Islam.

Berbalik kepada laporan mesyuarat kali ini, dukacita diumumkan bahawa 3 orang pemain IUFC telah berhijrah. Antara pemain yang telah berhijrah dari IUFC ialah Wan Najmuddin, Rezal Tan dan Mayo Sapik. Wan Najmuddin keluar dari IUFC oleh kerana beliau telah berhenti dari pengajiannya di MMU demi membantu urusan perniagaan chalet bapanya di Setiu (IUFC dapat diskaun tau!). Rezal Tan pula terlalu sibuk dengan urusan sebagai Presiden SRC dan juga jawatan yang terbaru iaitu Manager UPG FC. Mayo Sapik pula telah berpindah ke MKG FC semasa January Transfer yang lalu dengan kos perpindahan yang berharga sehelai Captain Arm band. Memandangkan ketiga-tiga pemain tersebut bermain di posisi Defend Centre, IUFC mengalami masalah yang besar untuk mencari pengganti mereka. Jadi, bagi sesiapa yang berminat untuk menjadi pengganti bolehlah menyertai IUFC bermain setiap petang di padang Dahlia.

Diumumkan juga pengganti Captain IUFC untuk semester ini adalah Azri Mohamad. Semoga dengan perlantikan beliau sebagai Captain IUFC menambahkan lagi kerajinan dan kesungguhan beliau menyekat segala serangan yang dilancarkan dari pasukan lawan.

Sehubungan dengan itu, IUFC telah merancang satu perlawanan persahabatan. Maklumat perlawanan adalah seperti berikut :-

IUFC vs UPG (B) FC

Padang Dahlia

Khamis (11 Februari 2010)

4.45 Petang

Jersey Merah

Wajib RM 2 seorang (bayaran ref)

Sekian,Wassalam.