Perutusan Diraja Sempena Aidilfitri

21 September 2009

Bismillah...=)

Kepada semua yang berkaitan dengan IUFC termasuklah para pemain,penyokong setia,pengadil perlawanan,jurulatih,barisan tanzim Institusi Usrah dan barisan tanzim IUFC sendiri...Assalamualaikum...=)

Bersyukur atas ehsan Illahi dapat kita berpeluang menyambut Aidilfitri dan berjaya melaksanakan amalan berpuasa sepanjang bulan Ramadhan, semoga kita mendapat pahala yang berlipat kali ganda dan diberi perlindungan dari Tuan Penguasa Dunia, Allah S.W.T...=)

Disini saya selaku wakil dari pasukan IUFC ingin mengucapkan selamat menyambut aidilfitri dan juga menyusun sepuluh jari memohon ampun maaf atas segala kesilapan kami sepanjang berjihad dalam arena bola sepak MMU ini. Ini termasuklah kepada pengadil perlawanan yang kami selalu membantah keputusan beliau, tidak lupa jua kepada rakan-rakan seperjuangan kami di kelab yang lain, yang turut menerima terjahan, hentakan, sikuan dan kemanjaan pemain IUFC tatkala bermain. itu semua hanya sekadar cara kami menunjukkan kasih sayang kami terhadap anda. Sekali lagi, kami memohon ampun maaf.Ambil yang jernih dan buang yang keruh...=)

Jangan dilupakan amalan sunat yang telah dilakukan sepanjang bulan Ramadhan lalu dan teruskanlah amalan-amalan tersebut untuk 11 bulan yang akan mendatang. Berpuasa 6 hari di bulan Syawal adalah salah satu amalan sunat yang amat digalakkan. Barangsiapa yang berpuasa 6 hari di bulan Syawal, seakan beliau berpuasa selama satu tahun. Rebutlah ia sebelum terlambat...=)

Sehingga kita bertemu lagi di Ramadhan yang mendatang,InsyaAllah. Selamat menjamu selera dan bermaafan antara kita..


"Allahuakbar..Allahuakbar...Allahuakbar....walillahilham"



-Mohamad Akashah Mohamad Suri-
-Penyimpan Mohor Besar Pemain-Pemain IUFC-

Perjuangan IUFC Semester 1

12 September 2009


Bismillah...=)

assalamualaikum sebagai pembuka kata buat rakan-rakan seperjuangan sekalian. Alhamdulillah kita masih lagi hidup untuk meneruskan misi kita dalam memburu rahmat Allah yang terbuka luas buat semua insan. Sisa-sisa Ramadhan masih lagi dalam genggaman kita,insyaAllah..Jesteru itu, ayuh kita memperbanyakkan amalan kerana di bulan Ramadhan ini, ganjaran pahala untuk amalan wajib ditingkatkan sehingga 700 kali ganda.

Posting kali ini adalah untuk memperingatkan kembali perjuangan IUFC sepanjang Semester 1 2009/2010. Segala informasi tentang pencapaian IUFC buleh dilihat di Laman Web MMU Soccer Club

Pencapaian kita haruslah ditingkatkan lagi selari dengan motif utama penubuhan pasukan IUFC ini. Ingatlah pesanan orang-orang yang terdahulu daripada kita, IUFC hanya memerlukan pemain yang komited dan rendah diri dalam pasukan ini. Sekian sahaja coretan daripada ku. Semoga kita komited dan rendah diri dalam memperjuangkan agama Allah S.W.T....


-Ingatlah Allah. Nescaya Allah akan ingat pada kita-
-kasyah49-



Hakikat Kehambaan

10 September 2009

Durrani : Hakikat

Pabila terasa diawasi Tuhan
Rasa berdosa setiap masa
Rasa hina diri dgn Tuhan
Rasa syukur dengan nikmat Nya

Jiwa derita dengan dosa
Hati rasa kurang amal pada Nya
Itulah hakikat sifat kehambaan
Bahagia...

Allah ya Allah

Mukmin sejati sentiasa waspada
Dari dosa tanpa sengaja
Apatah lagi dosa yang nyata
Umpama gunung jatuh padanya

Segala-galanya untuk Tuhannya
Jiwa derita dengan dosa
Hati rasa kurang amal pada Nya
Itulah hakikat sifat kehambaan
Bahagia...

harmony|sohibbul-wafi|smtkl

Selamat Ulang Tahun Sayang~

04 September 2009

Segmen "Selamat Ulang Tahun Sayang~" kali ini menjadi giliran Nurul Ridhwan Bin Sulaiman @ Duang yang kini telah meningkat dewasa kepada umur 22 tahun.Walaupun beliau mempunyai fizikal yang agak-agak cumil bak kata Akhi Mong,"tangan baby,kaki baby,muka baby",tapi percayalah bahawa beliau telah berumur 22 tahun.Bukan lagi seorang budak sekolah ataupun budak mentah apetah lagi budak getah.

Diingatkan kepada Akhi Duang,semoga tetapkan pendirian dalam menempuhi hidup yang penuh suka dan duka.Tetapkanlah pendirianmu kepada sabda Illahi dan taatlah kepada seruan Nabi.

Selamat Hari Lahir diucapkan kepada Duang.Semoga dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki juga semoga bahagia ke anak cucu dan sampai ke akhirnya nanti.

Hadirnya Ramadhan Al-Mubarak

23 August 2009

AHLAN WA SAHLAN YA RAMADHAN AL MUBARAK



Salman Al Farisi berkata, "Rasulullah SAW berkhutbah kepada kami di hari akhir dalam bulan Syaaban dengan sabdanya :

"Wahai manusia! Telah datang kepada kamu bulan yang hebat, bulan yang diberkati, bulan yang di dalamnya terdapat satu malam yang lebih baik dari 1000 bulan, bulan yang Allah wajibkan berpuasa disiang harinya, menjadikan solat tarawikh sebagai solat sunat dimalamnya. Sesiapa yang bertaqarrub (mendekatkan diri kepada Allah) dengan mengerjakan salah satu amalan kebaikan yang fardhu maka Allah menggandakan pahalanya sebanyak 70 kali amalan fardhu di bulan-bulan yang lain. Ramadhan adalah bulan sabar, sedang balasan bagi sabar adalah syurga. Ramadhan adalah bulan muwasah, bulan yang di dalamnya ditambah rezeki bagi orang-orang yang beriman. Sesiapa yang menjamu seseorang berbuka puasa, maka amalan itu merupakan pengampunan bagi dosa-dosanya, menyelamatkan dirinya dari api neraka dan baginya sebanyak pahala orang yang berpuasa tersebut tanpa mengurangkan sedikitpun pahala orang yang berpuasa itu.

Para sahabat bertanya, "Ya Rasulullah! Tidak semua dari kami mampu untuk memberi orang untuk berbuka puasa". Rasulullah SAW menjawab, "Allah memberi pahala tersebut (walaupun) kepada seseorang yang memberi buka puasa kepada seseorang yang berpuasa (walaupun) dengan sebijik kurma, secawan air kosong, atau setuguk susu. Sesungguhnya Ramadhan adalah bulan dimana awalnya rahmat, pertengahanya keampunan dan akhirnya selamat dari neraka. Perbanyakkanlah di dalam bulan Ramadhan 4 perkara. Dua perkara darinya menyebabkan Tuhan redha kepada kamu. Dua perkara lagi kamu sangat memerlukannya. Dua perkara yang menyebabkan Tuhanmu redha kepada kamu ialah kamu (mengucapkan) mempersaksikan bahawa tiada tuhan melainkan Allah dan kamu meminta keampunanNya. Dua perkara yang kamu memerlukannya ialah kamu memohon syurga dari Allah dan kamu memohon dariNya supaya dijauhkan dari Neraka".




Riwayat Ibnu Khuzaimah

Salam Ramadhan, berlumba-lumbalah kita kepada kebaikan di bulan ini.. Jadikanlah pesanan Rasulullah SAW ini sebagai kekuatan untuk mempertingkatkan amalan dan agar tidak kita tergolong dalam orang-orang yang mempersia-siakan Ramadhan.. Rasailah kehadirannya dan zahirkanlah, InsyaAllah moga diakhirnya kita semua peroleh kemenangan..

Ayuh teman-teman sekalian, usah dilepaskan peluang keemasan ini!bangkitlah dari tidur mu itu!Jihad yang terbesar adalah jihad melawan hawa nafsu!!!buktikan yang kita mampu melakukannya!!!!