Assalamu'alaikum dan salam sejahtera semua pembaca dan players IUFC. Nampaknya sudah 3 minggu blog IUFC tiada update. Al-maklumlah,pelajar2 MMU menghadapi minggu yang agak sibuk. Bukannya minggu program atau malam minggu tetapi minggu peperiksaan. Diharapkan agar semua players IUFC telah menghadapi peperiksaan masing2 dengan cemerlang!
Sedang di alam percutian ini,kangen pula saya pada blog IUFC yang telah lama tiada update. Jadi, untuk dijadikan santapan para pembaca dan players2 IUFC sekelian, moleklah kiranya saya menyajikan sedikit tips2 untuk kekal cergas agar players2 IUFC dapat bersedia lebih awal untuk berjuang di dalam Liga Perdana MMU (kononnya). Seperti kata2 naqib saya dalam usrah beliau, al-aqli salim fi jasmi salim (aqal yang sihat datang dari tubuh yang sihat). Janganlah kita lalai menjaga stamina dan kecergasan kita semasa cuti. Yelah,di rumah makanan macam heaven ye tak! Jangan ada yang dapat pingat PJK pula bila buka cuti nanti! PJK tu pingat Perut Jalan Kedepan lah!
Berikut merupakan video yang sesuai untuk menguatkan kaki kita :-
Berikut pula merupakan video sampingan,bagi mereka yang bercita2 tinggi untuk menjadi hero dalam filem yang bakal diarahkan oleh Mamat Khalid yang bertajuk Silat Assassin (rekaan semata2,jgn percaya ye!) :-
Salam rindu.
Pilihan raya PBT, siapa untung siapa rugi
5 years ago
Comments
No response to “Salam Percutian”
Post a Comment | Post Comments (Atom)
Post a Comment
Assalamualaikum.. sila komen secara berhemah dan disukai ramai ye.. semua da besar rasenye bole paham.. TQ~