Doa Rabitah

18 November 2010


Amalkanlah Doa Rabitah ini setiap kali sebelum match oke !

Maksud doa :- updated format  -- Doa Rabitah (Peneguh Tautan Hati)

Ya Allah, Engkau mengetahui bahawa
hati-hati ini telah berkumpul kerana mengasihiMu,
bertemu untuk mematuhi perintahMu,
bersatu memikul beban dakwahMu,
hati ini telah mengikat janji setia untuk mendaulat
dan menyokong syariatMu,
maka eratkanlah Ya Allah akan ikatannya,
kekalkanlah kemesraan antara hati-hati ini pada jalannya,
penuhkanlah hati ini dengan
cahaya RabbaniMu yang tidak kunjung malap,
lapangkanlah hati ini dengan limpahan keimanan
dan keindahan tawakal kepadaMu,
hidup suburkanlah hati-hati ini dengan makrifahMu,
jika Engkau mentakdirkan kematian maka
matikanlah pemilik hati ini sebagai
para syuhada dalam perjuangan agamaMu.
Engkaulah sebaik-baik sandaran dan sebaik-baik penolong.
Ya Allah, perkenankanlah permintaan ini.

Kebajikan harta: utamakan yang terdekat

09 November 2010

Kebajikan harta: utamakan yang terdekat


Berkongsi harta dalam Islam ada caranya dan Islam telah mendidik kita dalam hal ini. Dalam menyantuni mereka yang memerlukan, pada dasarnya perlu mengikut urutan atau keutamaan. Siapakah yang harus didahulukan dan siapa yang dikemudiankan. Ia demi mengelakkan kebajikan yang dibuat tidak mendatangkan pahala; sebaliknya mengundang sia-sia bahkan dosa. Ia juga dapat mengelakkan sindrom ‘kera di hutan disusukan; anak di rumah mati kelaparan.’

Allah SWT menyinggung aspek ini di dalam al-Quran: “Dan berbuat baiklah kepada dua orang ibu-bapa, kaum-kerabat, anak-anak yatim, orang-orang miskin, tetangga yang dekat dan tetangga yang jauh, dan teman sejawat, ibnu sabil dan hamba sahayamu. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang sombong dan membangga-banggakan diri,” (an-Nisa’: 36)

Dalam amalan berkongsi harta, setiap orang wajar mengetahui hierarki dalam keutamaan ini. Sesungguhnya yang paling berhak disantuni ialah ahli keluarga sendiri, iaitu bagi seorang suami wajib memenuhi keperluan asasi anak dan isterinya terlebih dahulu. Seandainya ibu bapanya juga tergolong dalam orang yang memerlukan, maka wajiblah si anak mengutamakan mereka. Apabila keperluan ibu bapa, anak-anak dan isteri sudah dipenuhi, maka baharulah seseorang itu boleh mengembangkan kebajikan hartanya kepada orang lain.


Di dalam al-Quran, anak-anak dan isteri serta kedua orang ibu-bapa inilah yang dianggap manusia terdekat dan yang paling utama untuk dinafkahkan. Tiada gunanya seseorang yang membelanjakan hartanya kepada jalan-jalan kebajikan yang lain, seandainya kebajikan yang wajib di atas pundaknya ini tidak pula dilunaskan terlebih dahulu.

Hal ini sebenarnya wajar sama-sama kita renungi, justeru mutakhir ini sering dipaparkan di media massa mengenai kelalaian anak-anak sehingga mengabaikan ibu bapa. Misalnya, ada anak-anak yang sanggup menitipkan ibu-bapa ke rumah jagaan orang-orang tua dan hanya mendatangi mereka sekali-sekala sahaja. Ada yang lebih malang, apabila sanggup membiarkan ibu atau bapa yang sudah tua hidup bersendirian di kampung, atas pelbagai alasan yang direka cipta. Malah, tidak kurang yang lebih sadis sanggup membiarkan ibu atau bapa mereka merempat bagaikan pengemis jalanan, menjadikan perhentian bas sebagai persinggahan dan mendambakan ihsan manusia yang tiada pertalian darah dan nasabnya menghulurkan simpati dan juga sesuap nasi.

Sesungguhnya golongan ini pasti alpa akan pesanan Nabi Muhammad SAW: “Reda Allah bergantung pada reda dua ibu bapa dan murka Allah bergantung pada murka kedua-dua ibu bapa,” (Riwayat al-Hakim)

Di samping itu juga, bukan sedikit kisah ibu bapa yang tidak memberikan hak yang sepatutnya kepada anak-anak. Wajib diingati, bahawa hak anak-anak bukan sekadar makan dan minum; tetapi juga mendapatkan pendidikan yang baik dan hidup dalam persekitaran yang baik. Adalah zalim bagi ibu bapa jika tidak mengendahkan keperluan pendidikan anak-anak atau bersifat lepas tangan dalam memantau perkembangan pendidikan mereka dan membiarkan mereka membesar dalam kondisi yang menggugat keimanan mereka.


Saya sendiri pernah bersua dengan ibu bapa yang memandang enteng pendidikan anak-anak, khususnya pendidikan agama. Mereka memberikan alasan, kononnya sukar mencari kenderaan untuk menghantar anak-anak ke sekolah agama. Sesetengahnya pula beralasan tidak cukup wang bagi menunaikan yuran sekolah. Namun, pada masa yang sama ibu bapa berkenaan boleh pula menghabiskan wang yang banyak demi menukar rim kereta, menghias rumah dengan TV LCD berskrin 32’ dan sebagainya. Apa yang mereka ucapkan adalah kontra atau berlawanan dengan perbuatan mereka. Mereka mengatakan tidak cukup wang; tapi mereka membeli peralatan rumah yang hakikatnya memerlukan banyak wang. Ironi bukan?

Mungkinkah ada di kalangan mereka yang tidak tahu, bahawa Rasulullah SAW pernah berpesan: “Bukalah (ajarkanlah) anak-anak kamu kalimah pertama dengan la ilaaha illa Allah (mengenal Allah),” (Riwayat al-Hakim)

Atas dasar itu, maka sebagai manusia yang baik maka kita mesti tahu keutamaan dalam mengagihkan harta. Sifat kedekut dengan mereka yang sebenarnya menjadi tanggungan wajib ke atas kita, hakikatnya menyebabkan rezeki menjadi jauh dengan kita. Dalam erti kata lain, keberkatan boleh hilang dan mudarat pula yang datang.

Nabi SAW mengingatkan lagi: “Satu dinar yang engkau belanjakan pada jalan Allah, satu dinar yang engkau gunakan untuk memerdekakan hamba, satu dinar yang engkau sedekahkan kepada fakir miskin, satu dinar yang engkau nafkahkan untuk keluargamu, (maka) yang paling besar pahala ganjarannya ialah yang kamu nafkahkan kepada keluargamu,” (Riwayat Muslim)

Kesimpulannya, setiap orang wajar menghalusi kembali ke manakah harta mereka sudah dibelanjakan. Adakah ia memenuhi piawaian yang sudah ditetapkan Allah SWT atau masih lagi jauh tersasar. Jika ya, alhamdulillah maka wajar diperteguhkan. Namun jika tidak, jangan bertangguh lagi untuk kembali ke landasannya. Masa masih ada, selagi roh kita berlari-lari di pembuluh darah dan selagi nafas masih lagi mengungsi di ruang serta rongga-rongga yang ada di dada. Wallahua’lam.

Copy paste dari laman web ini

Konsert Nasyid 2010 MMU Melaka

14 October 2010

Assalamua'laikum dan salam sejahtera.


kami Institusi Usrah MMU Melaka dengan ini berbesar hati ingin menjemput semua ke



Konsert Nasyid 2010

Tema : FENOMENA AKHIR ZAMAN

menampilkan
LIVE Performance dari


DAN




Tempat : Dewan Utama, Universiti Multimedia (Kampus Melaka)
Tarikh : 30 Oktober 2010
Masa : 8.30 malam
Harga Tiket : RM 8.00


Sebarang pertanyaan dan tempahan tiket, sila hubungi :

Aidil - 017-6399925
Nadiah - 0137105292


tempahan tiket telah dibuka sekarang.
jangan lepaskan peluang ini!

hasil sumbangan tiket akan disumbangkan kepada badan-badan kebajikan yang dipilih.


truly,
Mohamad Akashah Mohamad Suri
Ex-MMUian

KURSUS PRA-PERKAHWINAN ADAM DAN HAWA 2010

06 October 2010

Assalamualaikum ,

Usrah Institution(IU) Melaka Campus will be organising pre marriage courses for muslims. The objective of the event is to give an understanding about ‘building a family’ according to Islam perspective .This course is opened to Malaysian Muslim only. The course will be conducted by Majlis Agama Islam Melaka (MAIM). Below are details of the events :

“ Membina Mahligai Cinta Ilahi “

Date : 23-24 October 2010

Venue : CLCR 0003 (B1)

Time : 8.00 a.m till 5.00 p.m

Fees:

1) MMU student= RM 50

2) MMU staff= RM70

3) Non-student/outsiders=RM 80

* Limited for 200 participants only

* Food will be provided

*Certificate from Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) will be given after completing the courses.The certificate is valid for the whole life.

*Payment should be made during the registration and please bring along a copy of your identification card(i/c) during the registration.

Registration is open now . Besides , our booth will be open soon during the early of next semester.

For further information, please contact:

Muhammad Fikri bin Mohd Zamzam

fikrizamzam_iu@yahoo.com

013-3211126


Nur Hazilah Binti Zulkaply

nurhazilah_iu@yahoo.com

013-3321220


"Biar jasa Jadi Kenangan"

Truly,
Mohamad Akashah Mohamad Suri
Penyokong Setia



Kejayaan Itu Bukan Milikmu

29 August 2010

Kejayaan Itu Bukan Milikmu
www.iluvislam.com
Dihantar Oleh: Watie_83
Editor: Isyrak

Jika hari ini kita seorang doktor yang berjaya, jurutera yang disegani mahupun ahli politik yang dihormati, namun pernahkah seketika kita merenung kembali siapakah di sebalik kejayaaan yang kita kecapi pada hari ini?

Ramai antara kita alpa dan bangga dengan kejayaan yang diraih dan merasakan bahawa kejayaan itu adalah kerana diri kita yang telah berusaha keras. Apabila lulus peperiksaan, kita rasa itu hasilnya sebab kita rajin ulangkaji, kita rasa ia hasil penat lelah kita belajar sampai larut malam. Bila dapat naik pangkat, kita yakin itu sebab kita rajin buat kerja, kita rasa boss sayang kita. Namun, hakikatnya kita lupa, “tiada daya dan upaya melainkan dengan Allah", jika Allah tidak mengizinkan, jangan kata untuk lulus dengan cemerlang dalam peperiksaan, bahkan untuk memegang pen untuk menjawab peperiksaan pun kita tidak mampu. Begitu juga usaha kita untuk naik pangkat tidak mungkin berjaya tanpa izin Allah.

Ayuh sejenak kita muhasabah diri, tanpa keredhaan Allah, tanpa izin dan perkenan Allah, siapalah kita pada hari ini? Betapa hebat mana pun kita, namun tidak mampu melawan takdirnya Allah. Betapa gigih usaha kita, namun jika Allah tidak mentakdirkan kejayaan itu untuk kita, namun tidak mampu sesiapa untuk mendapatkannya untuk kita.

Justeru, kepercayaan pada kekuasaan Allah akan sentiasa membuatkan kita ini menjadi manusia yang merendah diri kerana kita yakin bahawa setiap kejayaan kita adalah milik Allah. Hamba yang bersyukur itu menyedari bahawa setiap kejayaan yang diraih adalah sekadar pinjaman Allah. Setiap nikmat itu adalah bahagian yang menjadi amanah Allah untuk diuruskan. Natijahnya, insan yang menyedari Allah adalah penentu setiap kejayaannya akan meletakkan keredhaan Allah sebagai matlamat utama dalam setiap tindak tanduknya. Orang yang menyedari hakikat keterbatasan dirinya sebagai hamba akan menjadi insan yang sentiasa bersyukur dan merasakan keagungan Allah. Kejayaan yang digenggam tidak akan menjadikan dirinya sombong bahkan menjadikannya dirinya semakin tunduk.

Ayuh kita koreksi diri sendiri, insaflah... bahawa kejayaan ini bukan milik kita!

*Tiada apa yang lebih bermakna selain dapat bermuhasabah diri supaya dapat merenung seketika sejauh mana telah kita capai dalam kehidupan ini. Seimbangkan antara tanggungjawab sebagai hamba-NYA dan juga tanggungjawab didunia.

Di'copy-paste' daripada laman web iluvislam.com

Warkah Terakhir...

20 August 2010

Dengan Nama Allah Yg Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang...
Assalamualaikum w.b.t...

Alhamdulillah,,kita dikurniakan rezeki oleh Allah s.w.t dengan kemenangan division 2 MMU League 1st Trimester...Ditambah dengan layaknya kita ke MMU Champions Cup sem depan dan di 'promote' ke 1st division tahun depan...nikmat Allah yg tak terperi nilainya..sepatutnya kita bersyukur atas segala nikmat yg berlipat kali ganda ni..jgn sesekali kita lupa..bahawa Allah yg telah memberi rezeki pada kita...bantu kita utk capai kemenangan...=)

tahniah pada semua..kemenangan akhirnya menjadi milik kita..bukanlah pada seorang,,tapi pada 1 team...

by the way,,ni adalah post terakhir sy sebagai manager IUFC utk sem ni...setelah istikharah,,akhirnya satu kputusan muktamad telah dilakukan..dan tetap tak berganjak dgn keputusan pada meeting terakhir kita pada rabu lepas..InsyaAllah,,akan dicari pengganti secepat mungkin...bukanlah niat sengaja nk lepaskan tanggungjawab yg diberi...tapi disebabkan komitmen lain yg perlu diberi 'priority'..(study,club etc..)..atas sebab2 tu t'pkse lah quit dari manage mane2 team...

seperti biase,,sebelum nak bagi nasihat,,nk bgtau skit lah peribadi diri nih..huhu..sy seorang yg 'straight to the point',,tak nak dolak dalih..supaya kita sama2 muhasabah diri..bukan nak aibkan,,atau nk mnjatuhkan seseorg...tapi,,inilah diri sy..

sepanjang 1 sem manage team ni,,sy bersyukur,,kerana mempunyai pasukan yg mantap..walau gagal,kita tak pernah ada rasa putus asa..tak pernah ada rasa mengalah...dan dari kegagalan tu,,korang smue bangkit,..dan MENANG..! cuma,,ada beberapa perkara yg perlu ditekankan...=)
tak kira dalam permainan atau luar permainan...

sperti biasa..sbagai seorg manager yg muda..:p
bila dah manager tu sebaya\muda dgn player..paham2 lah kan...bnyk karenah..atau bahasa mudah,,'member2'...
contoh..'manager terpaksa ikut cakap player..sbb player lebih pengalaman'..
lepas tu..'manager kena buat bnyk aktiviti,,contoh aktiviti ialah bla bla bla..'
kalau tak pn..'aku tak nak maen position ni...aku tak reti maen,,kalau kalah,,jgn salahkan aku...'
lagi...'aku tak suka lah taktik ni...aku lagi prefer taktik bla bla bla...'...
dan paling kerap...'aku main position striker..kalau boleh aku tak nak main 1st half,,aku nak main 2nd half...'...

huh...letih kan nak layan karenah player2...=)
terpaksa dgr cakap smueorg...macam Alex Ferguson terpaksa ikut cakap Chicarito,,Wenger dgr cakap Eboue,,Hodgson dgr cakap Lucas n Ancelloti dgr cakap Obi Mikel...:D
Last2,,taktik bercelaru...manager t'pkse ikut cakap 11 player...sorg nak 4-4-2,,sorang nak 4-5-1..sorg nak 4-3-3...haih..mesti penat kan..??? haha..
bukannya apa...tapi inilah yg berlaku spanjang sy manage team ni...
tak salah pn sbenarnye...tapi ada baiknya kalau bagi cdgan dari 'pksa' manager tu dgr cakap n ikut taktik masing2...jadi,,bnde ni lah yg salu tension kan manager..harap sgt2,,(merayu ni)..lepas ni,,jgn buat kat manager baru korg..sian dye...

lagi.....~
dlm padang,,kdg2 member ada buat mistake...blunders bak kata org jawa...haha..tapi,,main bola ni macam kehidupan sebenarnye..manusia sentiasa buat kesilapan...sama lah macam main bola...tapi,,adakalanya,,kita harus kawal emosi..tak guna kalau marah2 pn...kdg2 buat member down..n boleh burukkan keadaan(bergaduh)...(mcm yg t'jadi kat joey barton ngan sape ntah masa kat newcastle dlu...) huhu...sebab smueorg ada emosi msing2..jagalah perasaan member...:) kita kan INSTITUSI USRAH...patut tunjuk contoh....marah2 ni sifat syaitan...=)

last but not least..sbelum mnutup tirai warkah ni..:p
nak diucapkan terima kasih pada smue..yg sntiasa bagi support,,yg telah memberi peluang pd sy utk manage team ni...(adoii,,sedih la plak)..yela..1 sem jer kan...mgkin jodoh kita tak panjang...:p
tapi,,bukannye pindah U lain pn,,ade je kat MMU ni haa..~ nak mintak tolong tu boleh jer...USRAH MEANS FAMILY kan..??? =)
jadi..ucapan smpenan Ramadhan mulia ni..bnyk2kanlah buat ibadah sunat..solat 5 waktu jgn tinggal..perbanyakkan tadarus...teruskan walau dah hbis Ramadhan...jaga mata dari melihat perkara2 maksiat,,kurg elok..kalau tak...~

Daripada Abu Hurairah r.a. katanya bahawa Nabi s.a.w. bersabda: “Sesiapa yang tidak meninggalkan percakapan bohong dan berkelakuan buruk sedangkan ia berpuasa, baginya tidak ada kelebihan (pahala) di sisi Allah selain dari lapar dan dahaga sahaja yang didapatinya.”

haaa~~ tak dapat pahala puasa...rugi2...:(
apa2pn,,kejarlah malam lailatul qadr...iaitu pada 10 malam terakhir nnt...
okay..! so,,takde ape dah nk diucapkan...
cuma,,perbanyakkan muhasabah diri...muhasabahlah...muhasabahlah..
kita telah janji pada Allah...perkara wajib kena laksanakan...
laksanakanlah...!

insyaAllah,,semoga kita berjumpa lagi...dihari yg sama,,dalam rancangan yg sama...dan pada waktu yg sama...:p
ada salah silap harap dapat diampun...~~ maaf sgt2...sob3...

Jazakallahu Khairan Katheera

Yg Merinduimu...=) <3
Ex-Manager IUFC

10 Hal Yang Mendatangkan Cinta Allah

17 August 2010

10 Hal Yang Mendatangkan Cinta Allah

Ibnul Qayyim Rahimahullah menyebutkan beberapa hal untuk menerangkan maksud perkara tersebut dalam kitab beliau Madarijus Salikin , tahap-tahap menuju wahana cinta kepada Allah adalah seperti berikut:

1) Membaca al-Qur’an dengan merenung dan memahami kandungan maknanya sesuai dengan maksudnya yang benar.

Itu tidak lain adalah renungan seorang hamba Allah yang hafal dan mampu menjelaskan al-Qur’an agar difahami maksudnya sesuai dengan kehendak Allah SWT. Al-Qur’an merupakan kemuliaan bagi manusia yang tidak boleh ditandingi dengan kemuliaan apapun. Ibnu Sholah mengatakan

“Membaca Al-Qur’an merupakan kemuliaan, dengan kemuliaan itu Allah ingin memuliakan manusia di atas makhluk lainnya. Bahkan malaikat pun tidak pernah diberi kemuliaan seperti itu, malah mereka selalu berusaha mendengarkannya dari manusia”.

Perkara ini boleh dilakukan umpama seseorang memahami sebuah buku iaitu dia menghafal dan harus mendapat penjelasan terhadap isi buku tersebut. Ini semua dilakukan untuk memahami apa yang dimaksudkan oleh si penulis buku. (Maka begitu pula yang dapat dilakukan terhadap Al Qur’an)


2)Mendekatkan diri kepada Allah dengan mengerjakan ibadah-ibadah sunat, setelah mengerjakan ibadah-ibadah wajib.

Orang yang menunaikan ibadah-ibadah fardhu dengan sempurna mereka itu adalah yang mencintai Allah. Sementara orang yang menunaikannya kemudian menambahnya dengan ibadah-ibadah sunat, mereka itu adalah orang yang dicintai Allah. Ibadah-ibadah sunnah untuk mendekatkan diri kepada Allah, diantaranya adalah solat-solat sunat, puasa-puasa sunat, sedekah sunat dan amalan-amalan sunat dalam haji dan umrah.

3)T
erus-menerus mengingat Allah (zikir) dalam setiap keadaan, baik dengan hati dan lisan atau dengan amalan dan keadaan dirinya.

Kadar kecintaan seseorang terhadap Allah bergantung kepada kadar zikirnya kepada-Nya. Zikir kepada Allah merupakan syiar bagi mereka yang mencintai Allah dan orang yang dicintai Allah. Rasulullah s.a.w. pernah bersabda:

“Sesungguhnya Allah aza wajalla berfirman :”Aku bersama hambaKu selama ia mengingatKu dan kedua bibirnya bergerak (untuk berzikir) kepadaKu”.

Ingatlah, kecintaan pada Allah akan diperoleh sekadar dengan keadaan zikir kepada-Nya.


4)Cinta kepada Allah melebihi cinta kepada diri sendiri walaupun dikuasai hawa nafsunya.

Melebihkan cinta kepada Allah daripada cinta kepada diri sendiri, meskipun dibayangi oleh hawa nafsu yang selalu mengajak lebih mencintai diri sendiri. Ertinya ia rela mencintai Allah meskipun berisiko tidak dicintai oleh makhluk dan harus menempuh berbagai kesulitan. Inilah darjat para Nabi, diatas itu darjat para Rasul dan diatasnya lagi darjat para rasul Ulul Azmi, lalu yang paling tinggi adalah darjat Rasulullah Muhammad s.a.w. sebab baginda mampu melawan kehendak dunia seisinya demi cintanya kepada Allah.

5)Merenungi, memperhatikan dan mengenal kebesaran nama dan sifat Allah.

Begitu pula hatinya selalu berusaha memikirkan nama dan sifat Allah tersebut berulang kali. Barangsiapa mengenal Allah dengan benar melalui nama, sifat dan perbuatan-Nya, maka dia pasti mencintai Allah. Oleh karena itu, mu’athilah, fir’auniyah, jahmiyah (yang kesemuanya keliru dalam memahami nama dan sifat Allah), jalan mereka dalam mengenal Allah telah terputus (kerana mereka menolak nama dan sifat Allah tersebut).

6)Memerhatikan kebaikan, nikmat dan kurnia Allah yang telah Dia berikan kepada kita, baik nikmat lahir mahupun batin akan mengantarkan kita kepada cinta hakiki kepada-Nya.

Tidak ada pemberi nikmat dan kebaikan yang hakiki selain Allah. Oleh sebab itu, tidak ada satu pun kekasih yang hakiki bagi seorang hamba yang mampu melihat dengan mata batinnya, kecuali Allah SWT. Sudah menjadi sifat manusia, ia akan mencintai orang baik, lembut dan suka menolongnya dan bahkan tidak mustahil ia akan menjadikannya sebagai kekasih. Siapa yang memberi kita semua nikmat ini? Dengan menghayati kebaikan dan kebesaran Allah secara lahir dan batin, akan mengantarkan kepada rasa cinta yang mendalam kepadaNya.

7) Menghadirkan hati secara keseluruhan (total) semasa melakukan ketaatan kepada Allah dengan merenungkan makna yang terkandung di dalamnya inilah yang disebut dengan khusyu’.

Hati yang khusyu’ tidak hanya dalam melakukan solat tetapi dalam semua aspek kehidupan ini, akan mengantarkan kepada cinta Allah yang hakiki.

8)Menyendiri dengan Allah di saat Allah turun ke langit dunia pada sepertiga malam yang terakhir.

Di saat itulah Allah SWT turun ke dunia dan di saat itulah saat yang paling berharga bagi seorang hamba untuk mendekatkan diri kepada-Nya dengan beribadah dan bermunajat kepada-Nya serta membaca kalam-Nya (Al Qur’an) dan solat malam agar mendapatkan cinta Allah. Kemudian mengakhirinya dengan istighfar dan taubat kepada-Nya.

9)Bergaul bersama orang-orang yang mencintai Allah dan bersama para siddiqin.

Kemudian memetik perkataan mereka yang seperti buah yang begitu nikmat. Kemudian dia pun tidaklah mengeluarkan kata-kata kecuali apabila jelas maslahatnya dan diketahui bahawa dengan perkataan tersebut akan menambah kemanfaatan baginya dan juga bagi orang lain.

10)Menjauhi segala sebab yang dapat menghalang komunikasi antara dirinya dan Allah SWT.

Semoga kita sentiasa mendapatkan cinta Allah, itulah yang seharusnya dicari setiap hamba dalam setiap degup jantung dan setiap nafasnya.

Ibnul Qayyim mengatakan bahawa "kunci untuk mendapatkan itu semua adalah dengan mempersiapkan jiwa (hati) dan membuka mata hati."


Rujukan: Madaarijus Saalikin, 3/ 16-17, Ibnu Qayyim Al Jauziyah, terbitan Darul Hadits Al Qohiroh

Dicopy-paste dari laman web iluvislam.com

Babai~~

28 July 2010

Assalamualaikum...

Entri ni sekadar pemberitahuan je. Esok, Khamis 29 Julai 2010, hari terakhir aku kat MMU Melaka.... mungkin. Jumaat dah pergi Cyberjaya untuk raptai konvo. Lepas tuh, terus sampai hari konvo Ahad, Isnin lapor kerja kat TM.

Apa yang aku nak sampaikan sebenarnya, aku rasa seronok, best sebab dapat jumpa dengan pelapis-pelapis IUFC. Dapat jumpa yang tua, yang muda, pemain baru... Walaupun ada yang aku tak kenal, tak tahu nama, aku rasa bertuah Allah beri rezeki untuk aku luangkan masa yang sekejap dengan korang. Minta maaf la kat En. Manager sebab tak dapat main sama-sama, tiap kali korang lawan sekadar dapat datang tengok je dari luar padang... lepak-lepak, gelak-gelak, sepak-sepak, mengumpat... opss!

Kepada pemain-pemain baru yang belum dapat merasa bermain dalam perlawanan serius, teruskan la berlatih. Buktikan kat En. Manager yang korang pun boleh isi ruang dalam padang dengan bagus! Korang mampu kawal posisi korang dengan baik, bantu kawan-kawan lain bermain untuk IUFC. Kalau ada friendly game, cakap kat En. Manager, "Aku nak main". Heheh!

Masing-masing jangan mudah putus asa... InsyaAllah kejayaan akan datang pada setiap hamba Allah yang berusaha, lambat @ cepat. Hubungan dengan Allah kena baik, kalau nak hasil yang kita dapat nanti berbaloi untuk kita banggakan, walaupun payah. Besar @ kecik hasil yang kita dapat, bukan ukuran bagi Dia, yang dilihat adalah kesungguhan kita usaha dapatkan apa yang kita nak. Kalau niat kita betul, cara kita tak bercanggah dengan Quran & Sunnah, insyaAllah dalam kita usaha dapat pahala. Cara tu pelbagai, tak semestinya bila "baik", kene "lembut". Keras pun boleh gak... pandai-pandai rancang.

Ok la... jadi panjang pulak. :P Esok aku ada exam kursus kerja aku. Nak study sikit. heh! Semoga dipermudahkan & semoga berjaya untuk segala urusan korang semua. Ada masa terluang lain kali aku datang lawat korang lagi.  

IUFC Together Forever!!

Ex-Right Back



Annual General Meeting Institusi Usrah (Muktamar Sanawi 2010)

30 June 2010

Pass it !

24 June 2010

Basic teamwork is passing,therefore here are some tips to build up passing skills and technique. Enjoy and do practice ya !











GAZA Flotilla, Di Belakang garis Musuh!

21 June 2010


31 May telah menjadi peristiwa bersejarah dan berdarah buat misi kemanusiaan lifeline4gaza yang terbesar yang telah dilalui oleh para sukarelawan antarabangsa termasuk Malaysia. Konvoi kemanusiaan ke Gaza melalui jalan laut itu diwakili hampir 50 buah negera diseluruh dunia. Kematian 20 orang relawan oleh tentera rejim Zionis Israel sekaligus telah menyebabkan kemarahan masyarakat antarabangsa terhadap perilaku tidak berperikemanusiaan rejim Zionis Israel ini.Tragedi yang telah berlaku pada misi kemanusiaan terbesar ini telah mendapat perhatian ke seluruh negara.


Oleh itu, STAD dengan kerjasama Institusi Usrah
Multimedia Universiti Melaka, menjemput semua PENDUDUK NEGERI MELAKA
khususnya ke majlis Ceramah yang akan diadakan ini.


Tajuk : GAZA Flotilla, Di Belakang garis Musuh!
Tarikh : 21 Jun 2010 (Isnin)
Masa : 8.30 Malam
Penceramah : Eksklusif Bersama Ketua Misi Kemanusiaan LifeLine4Gaza, Tuan Haji Noorazman Shamsuddin.( Bekas Tahanan Israel)

*Bertempat di Masjid MMU

Non-Muslim juga turut dijemput hadir dan diharapkan pakai pakaian yang sopan^_^

Untuk Para pelajar MMU, Saps point akan diberi!

Ayuh sama2 kita luangkan sedikit masa mendengar sedikit ucapan khas dari Wira negara kita..!

Untuk Maklumat Lanjut boleh Layari :

http://www.lifeline 4gaza.org/
(website)
http://www.facebook .com/pages/ LIFELINE- 4-GAZA-Break- The-Siege/ 358514058399
(facebook)

Atau boleh dapatkan maklumat terkini Roadshow
Relawan2 Malaysia..

http://maps. google.com/ maps/ms?f= q&source=s_q&hl=en&geocode&ie=UTF8&hq=taman+merdeka&hnear=Selama% 2C+Perak% 2C+Malaysia&msa=0&msid=10577867619135 5506364.000488a133afc931e81a4&z=7

Sebarang
Pertanyaan Boleh Contact:

HafizuddinPirus 0136512627

COUPLE ITU HARAM?

04 June 2010

Tentu ramai yang tertanya-tanya. Tidak kurang juga yang tidak berpuas hati dengan pernyataaan di atas. Ada yang kata hukumnya harus. Mungkin ada yang kata makruh. Sememangnya kenyataan ini menimbulkan banyak kontroversi, lebih-lebih lagi di kalangan muda-mudi sekarang.

Apa Itu Ber’couple’?

Ber’couple’ merupakan suatu tradisi atau budaya yang telah dibudayakan oleh masyarakat remaja kini. Bermula dengan saling berpandangan mata, kemudian turun ke hati. Kemudian mereka akan saling mengutus senyuman dan cinta mula berputik. Bila rasa dah cukup sedia, masing-masing mula ‘masuk line’. Ade yang berbalas-balas nota, bagi yang lebih ‘advance’, teknologi SMS digunakan. Akhirnya apabila dua insan berlawanan jantina ini sudah saling suka-menyukai, mereka akan mengisytiharkan ikatan percintaan mereka dan kemudian ber’couple’.
Pasangan kekasih ini akan merapatkan hubungan mereka serapat-rapatnya. Kalau di kelas, buat study group ataupun group discussion. Bagi yang kreatif, kad-kad ucapan ‘hand made’ yang pelbagai warna dan rupa akan dikirimkan. Bagi yang mengikuti peredaran semasa, teknologi SMS akan dimanfaatkan sepenuhnya. Kata ganti diri pada asalnya aku-kau ditukar kepada saya-awak, atau bagi mereka yang lebih intim, abang-sayang dan sebagainya.

Kalau diperhatikan pasangan-pasangan yang sedang asyik dilamun cinta ini,hidup mereka tidak menentu, diibaratkan ‘makan tak kenyang,tidur tak lena, mandi tak basah’. Ungkapan-ungkapan cinta seperti ‘sayang awak’, ‘love you’, ‘miss you’ dan sebagainya akan menjadi sebahagian ucapan harian mereka. Sentiasa ceria dan tersenyum gembira, mengenangkan Si Dia yang datang bertandang ke hati. Ada pasangan yang serius, sampaikan sanggup berjanji nak sehidup-semati. Sanggup bersumpah, setia hingga ke akhir hayat. Ada juga yang hanya sekadar bermain-main, untuk suka-suka, dan sebagainya. Ringkasnya, pelbagai ragam yang boleh dilihat daripada pasangan yang ber’couple’ ini. Ada yang boleh meneruskan hubungan hingga ke jinjang pelamin dan ada juga yang kecundang di pertengahan perlayaran di lautan percintaan masing-masing.



Mengapa Ber’couple’ Haram?

Ya,mengapa? Sekarang kita kembali kepada persoalan pokok. Di sinilah timbulnya kontroversi di antara kita. Bagi yang ber’couple’, sudah tentu perasaan ingin tahu mereka sangat tinggi dan pelbagai hujah ingin dikeluarkan bagi mempertahankan kesucian cinta mereka itu.

Sebagai seorang muslim, untuk menjawab persoalan ini, kita perlulah merujuk kembali kepada manual kita yang telah digarisi oleh Allah S.W.T. iaitu Al-Quran dan panduan iaitu As-Sunnah yang telah diwasiatkan kepada kita oleh junjungan besar kita Nabi Nabi Muhammad S.A.W. yang sepatutnya menjadi pegangan hidup kita.

Ada yang berkata, Allah telah menjadikan makhluk-Nya berpasang-pasangan, lelaki dan perempuan, mengapa tidak boleh bercinta atau ber’couple’? Memang tidak dinafikan,dalam Al-Quran Allah ada berfirman, seperti dalam Surah Yasin(36) ayat 36:

“Maha Suci Tuhan yang telah menciptakan pasangan-pasangan semuanya, baik dari apa yang ditumbuhkan oleh bumi dan dari diri mereka maupun dari apa yang tidak mereka ketahui.”

Dan juga firman-Nya dalam Surah Al-Hujrat(49) ayat 13:

“Hai manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kamu dari seorang laki-laki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal mengenal. Sesungguhnya orang yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertakwa di antara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal.”

Meskipun begitu, ayat-ayat ini tidak menjelaskan yang kita boleh mengadakan hubungan percintaan dan berkasih kasihan antara lelaki dan perempuan yang bukan mahram. Banyak larangan Allah dalam Al-Quran yang melarang hubungan-hubungan ini. Percintaan bermula dari mata. Firman Allah,

“Katakanlah kepada orang laki-laki yang beriman: "Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan memelihara kemaluannya; yang demikian itu adalah lebih suci bagi mereka, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang mereka perbuat."

Surah An-Nur(24) ayat 30. Dalam ayat ini, jelas Allah telah memerintahkan kita supaya kita menjaga pandangan kita daripada memandang perkara-perkara yang dilarang, termasuklah memandang wanita bukan mahram serta wajib bagi kita menjaga nafsu. Perintah ini bukan ditujukan kepada kaum Adam sahaja. Dalam ayat yang seterusnya Allah berfirman,

“Katakanlah kepada wanita yang beriman: "Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan memelihara kemaluannya,...”

Surah An-Nur(24) ayat 31. Dua ayat dari Surah An-Nur ini sebenarnya terdapat dalam sukatan matapelajaran Pendidikan Al-Quran & Sunnah tingkatan 5 di sekolah-sekolah yang mengambil aliran agama. Para pelajar tingkatan 5 sepatutnya lebih jelas akan perkara ini. Daripada ayat ini jelas Allah melarang lelaki dan perempuan bukan mahram daripada saling berpandang-pandangan dengan niat untuk suka-suka, apatah lagi untuk memuaskan hawa nafsu.

Dalil yang lebih kuat menetang hubungan percintaan ini terdapat dalam Surah Al-Israa’(17) ayat 32:

“Dan janganlah kamu mendekati zina; sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji dan suatu jalan yang buruk.”

Ayat ini memeng cukup popular di kalangan kita. Ramai yang apabila ditegur dengan ayat ini akan menjawab,
”Kami tidak berzina.
Kami berbual-bual je”

“Kami keluar makan je”
dan “Kami main SMS je.”
Dan pelbagai 1001 alasan lagi.

Para pembaca,sila teliti firman Allah tadi. Dalam ayat ini, Allah melarang kita mendekati zina. Allah menggunakan kalimah ‘walaa taqrobuu’ (jangan hampiri) dan bukannya kalimah ‘walaa ta`maluu’ (jangan melakukan). Ini menunjukkan, walaupun kita hanya mendekati zina, ia sudah pun HARAM! Mungkin ada yang tidak jelas dengan maksud menghampiri di sini. Biar kita ambil contoh, jarak kita dengan dewan adalah 50 meter. Apabila kita melangkah setapak ke arah dewan, jarak antara kita dan dewan adalah 49.8 meter. Inilah dikatakan menghampiri dewan. Jadi, bercinta sebelum kahwin dan ber’couple’ adalah menghampiri zina, dan menghampiri zina adalah HARAM.

Ini adalah dalil-dalil daripada Al-Quran. Bagaimana pula dengan hadis rasul kita, Nabi Muhammad S.A.W.? Dalam hadis, baginda rasulullah telah memperincikan jenis-jenis zina. Daripada Abu Hurairah r.a katanya, Nabi S.A.W. bersabda :

“Sesungguhnya Allah Ta’ala telah menetapkan nasib anak Adam mengenai zina. Tidak mustahil dia pernah melakukannya. Zina mata ialah memandang. Zina lidah ialah berkata. Zina hati ialah keinginan dan syahwat,sedangkan faraj (kemaluan) hanya menuruti atau tidak menuruti.”*

Hadis kedua; Daripada Abu Hurairah r.a., dari Nabi S.A.W. sabdanya :

“Nasib anak Adam mengenai zina telah ditetapkan. Tidak mustahil dia pernah melakukannya. Dua mata, zinanya memandang. Dua telinga, zinanya mendengar. Lidah, zinanya berkata. Tangan, zinanya memukul. Kaki, zinanya melangkah. Hati, zinanya ingin dan rindu, sedangkan faraj (kemaluan) hanya mengikuti atau tidak mengikuti.”**

(Dua hadis di atas adalah sahih dan diriwayatkan oleh 4 orang imam, iaitu Al-Bukhari, Muslim, Ahmad dan Ghayatul-Maram. *Sahih Muslim, hadis ke 2281. **Sahih Muslim, hadis ke 2282)

Daripada dua hadis ini, jelas rasulullah menenyenaraikan bahangian-bahagian zina. Apabila kita memandang Si Dia dengan sengaja,menatapi wajahnya, dan sebagainya, zina mata berlaku. Apabila lidah kita digunakan untuk mengeluarkan kata-kata manis serta puitis, untuk memenangi hati Si Dia, membuatkan Si Dia tertarik kepada kita, lidah berzina. Apabila kita mendengar serta menghayati kelunakkan suaranya, telinga berzina. Apabila berpegangan tangan, berjalan bersama ke arah menghampiri zina, tangan dan kaki berzina. Tetapi, yang paling bahaya ialah, apabila kita merindui Si Dia, memikirkan-mikirkan tentangnya, kecantikannya, ketampanannya, sifat penyanyangnya, betapa kecintaannya kepada kita, zina tetap berlaku. Biarpun tidak bersua dari segi pancaindera, hati boleh berzina. Tidak mungkin sesuatu hubungan percintaan itu tidak melibatkan penglihatan, percakapan, pendengaran dan perasaan. Sudah terang lagikan bersuluh, percintaan sebelum berkahwin dan ber’couple’ adalah menghampiri zina dan hukumnya adalah HARAM.



http://www.zawaj.com/wp-content/uploads/2010/03/Muslim_Couple_Lebanon_by_SDagher-resized.jpg

Apa Yang Patut Dilakukan?

Bagi yang belum terjebak, adalah dinasihatkan jangan sekali-kali menjerumuskan diri ke lembah percintaan. Susah untuk meninggalkan suatu perbuatan maksiat seperti ini setelah merasai kenikmatannya. Silap-silap boleh terlanjur dan langsung tidak dapat meninggalkannya lagi. Bagi yang sudah terjebak, sedang, ataupun yang mula berjinak-jinak dengan percintaan, sedarlah. Segeralah kita meninggalkan perbuatan maksiat yang tidak diredhai lagi dimurkai Allah ini. Tiada gunanya kita terus melakukan dosa demi meneruskan hubungan terlarang ini demi mendapatkan kebahagiaan duniawi yang sementara ini. Hanya satu jalan sahaja yang menghalalkannya iaitu melalui ikatan pernikahan.

Bagi pasangan-pasangan yang benar-benar serius, diingatkan, semakin manis hubungan sebelum berkahwin, semakin tawar hubungan selepas menjadi suami isteri nanti. Lihatlah ibu-bapa serta atuk nenek kita, keutuhan rumah tangga mereka boleh dilihat sehingga kini tanpa melalui zaman percintaan yang diimpikan remaja-remaja kini.

Setiap dari kita tentu mengidamkan pasangan hidup yang baik. Kita tidak mahu pasangan kita seorang yang tidak beriman. Seburuk-buruk perangai manusia, dia tetap menginginkan seseorang yang bain sebagai teman hidupnya. Firman Allah,

“Wanita-wanita yang keji adalah untuk laki-laki yang keji, dan laki-laki yang keji adalah buat wanita-wanita yang keji (pula), dan wanita-wanita yang baik adalah untuk laki-laki yang baik dan laki-laki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik (pula).” Surah An-Nuur(24) ayat 26.

Janji Allah, dia akan mengurniakan kepada lelaki yang baik-baik dengan perempuan yang baik-baik. Begitulah sebaliknya. Allah akan berikan yang baik, denagn syarat, kita juga berusaha menjadi baik serta meilih jalan yang baik serta diredhai-Nya. Bagaimana hendak mendapatkan sebuah keluarga yang bahagia serta diredhai Allah jika pokok pangkal permulaannya sudah pincang, tidak berlandaskan Islam serta tidak diredhai Allah? Mungkin pada mulanya kita menganggap perkara yang kita lakukan ini cukup baik, niatnya baik, caranya pun kita rasakan cukup baik.tetapi sebenarnya, ia adalah rencana syaitan yang membuatkan kita kabur memandang perbuatan yang kita lakukan itu. Firman Allah,

“Dan syaitan menjadikan mereka memandang baik perbuatan-perbuatan mereka, lalu ia menghalangi mereka dari jalan (Allah), sedangkan mereka adalah orang-orang yang berpandangan tajam.” Surah Al-‘ankabut(29), ayat 38.

Sebenarnya, dalam Islam, lelaki dan perempuan tdak dibenarkan bergaul terlalu rapat, sehingga menjadi teman karib dan sebagainya. Lelaki tidak boleh mengahampiri perempuan dan perempuan tidak boleh menghampiri lelaki sesuka hati tanpa sebab. Tetapi Islam membenarkan apabila ada keperluan dan tujuan yang benar-benar perlu. Misalnya apabila ditugaskan mengadakan perbincangan dalam kumpulan besar yang melibatkan lelaki dan perempuan atau perlu berbincang mengenai sesuatu yang penting. Untuk berbual-bual kosong atau bergurau senda tanpa tujuan tertentu adalah tidak dibenarkan. Apatah lagi untuk saling meluahkan perasaan dan sebagainya. Cukuplah kaum sejenis sendiri untuk dijadikan teman karib dan tempat berbincang masalah.

Perasaan suka dan cinta adalah dua perkara yang berbeza. Tak salah bagi seseorang lelaki untuk menyukai seseorang perempuan dan seseorang perempuan menyukai seorang lelaki. Tapi, perasaan ini tidak boleh dilayan dan difikir-fikirkan kerana ianya merupakan hasutan syaitan yang membawa kepada zina hati. Sepatutnya apabila kita terfikir mengenai perkara-perkara ini, kita hendaklah menepisnya dan berhenti terus daripada memikirkannya.

Firman Allah, “Dan jika kamu ditimpa sesuatu godaan syaitan, maka berlindunglah kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.” Surah Al-A’raf ayat 201.

Para pembaca adalah diingatkan, semua hujah-hujah yang telah diberikan adalah berdasarkan Al-Quran dan As-Sunnah, perintah Allah dan Rasul-Nya. Jika kita menolaknya, sebenarnya kita menolak perintah Allah dan Rasul. Na’uzubillah..

Firman Allah dalam Surah Al-Anfal(8), ayat 20-22,

“Hai orang-orang yang beriman, taatlah kepada Allah dan Rasul-Nya, dan janganlah kamu berpaling daripada-Nya, sedang kamu mendengar (perintah-perintah-Nya),(20) dan janganlah kamu menjadi sebagai orang-orang (munafik) yang berkata: "Kami mendengarkan, padahal mereka tidak mendengarkan.(21) Sesungguhnya makhluk bergerak yang bernyawa yang paling buruk pada sisi Allah ialah orang-orang yang pekak dan tuli (tidak mendengar dan tidak memahami kebenaran) yaitu orang-orang yang tidak mengerti.(22).

Orang yang paling buruk dalam pandangan Allah ialah mereka yang tidak mahu menuruti perintah-perintah Allah. Janganlah kita tergolong dalam golongan ini. Balasan bagi golongan ini ialah neraka jahannam seperti firman Allah dalam Surah Aj-Jaatsiyah(45) ayat 7-11 :

“Kecelakaan yang besarlah bagi tiap-tiap orang yang banyak berdusta lagi banyak berdosa,(7) dia mendengar ayat-ayat Allah dibacakan kepadanya kemudian dia tetap menyombongkan diri seakan-akan dia tidak mendengarnya. Maka beri kabar gembiralah dia dengan azab yang pedih.(8) Dan apabila dia mengetahui barang sedikit tentang ayat-ayat Kami, maka ayat-ayat itu dijadikan olok-olok. Merekalah yang memperoleh azab yang menghinakan.(9) Di hadapan mereka neraka Jahanam dan tidak akan berguna bagi mereka Sedikit pun apa yang telah mereka kerjakan, dan tidak pula berguna apa yang mereka jadikan sebagai sembahan-sembahan (mereka) dari selain Allah. Dan bagi mereka azab yang besar.(10) Ini (Al Qur'an) adalah petunjuk. Dan orang-orang yang kafir kepada ayat-ayat Tuhannya bagi mereka azab yaitu siksaan yang sangat pedih.(11)”

Akhir sekali, ambillah Islam secara syumul,bukan hanya ambil Islam pada perkara yang disukai, tetapi kita tinggalkan sebahagian yang lain yang tidak sesuai dengan kehendak kita. Firman Allah,

“Sesungguhnya orang-orang yang kafir kepada Allah dan rasu-rasul-Nya, dan bermaksud memperbedakan antara (keimanan kepada) Allah dan rasul-rasul-Nya, dengan mengatakan:Kami beriman kepada yang sebahagian dan kami kafir terhadap sebahagian (yang lain)", serta bermaksud (dengan perkataan itu) mengambil jalan (tengah) di antara yang demikian (iman atau kafir),(150) merekalah orang-orang yang kafir sebenar-benarnya. Kami telah menyediakan untuk orang-orang yang kafir itu siksaan yang menghinakan. (151). Surah An-Nisaa’(4) ayat 150-151. "

Kembalilah ke jalan yang lurus. Tinggalkanlah perkara-perkara maksiat yang telah kita lakukan sebelum ini. Bertaubatlah sementara kita masih ada kesedaran, jangan tunggu sampai kita dibiarkan sesat oleh Allah sehingga hati kita tertutup untuk menerima kebenaran, Surah Aj-Jaatsiah(45) ayat 23,

”Maka pernahkah kamu melihat orang yang menjadikan hawa nafsunya sebagai tuhannya, dan Allah membiarkannya sesat berdasarkan ilmu-Nya dan Allah telah mengunci mati pendengaran dan hatinya dan meletakkan tutupan atas penglihatannya? Maka siapakah yang akan memberinya petunjuk sesudah Allah (membiarkannya sesat). Maka mengapa kamu tidak mengambil pelajaran?”

Memang pada mulanya untuk meninggalkan maksiat-maksiat ini amat susah, tetapi,ia masih wajib kita tinggalkan. Ingatlah Allah berfirman dalam Surah Al-Baqarah(2) ayat 216,

”Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.”

Sekali lagi ditegaskan, bercinta sebelum berkahwin dan ber’couple’ adalah menghampiri zina. Ia adalah perbuatan yang dilarang dalam Islam dan hukumnya adalah " HARAM ".
Wallahua’lam..

p/s: ader bran?

Yakjuj dan Makjuj !

03 June 2010

Assalamu'alaikum,

Segala puji-pujian hanyalah untuk Allah dan Nabi Muhammad S.A.W adalah pesuruh Allah.

Di bawah merupakan dokumentari khas berkenaan yakjuj dan makjuj. Sila ambil masa untuk melihat video-video di bawah agar mendapat gambaran tentang yakjuj dan makjuj serta sejarah kaum yahudi dan bagaimana tertubuhnya negara haram Israel.









Salam Imtihan (^.^)

29 April 2010

Assalamualaikum~

Sempena minggu peperiksaan ni... aku nak ucapkan selamat menghadapinya dengan baik. MINTA dan YAKIN lah dengan pertolongan dari Allah SWT. Berusahalah kita mencari keredhaanNya semaksima mungkin dalam setiap perkara yang kita buat. Kalau ade sesiapa yang biasa ulangkaji waktu malam buta (awal pagi) tu.... amiklah masa sekejap buat solat sunat tahajud/ taubat/hajat paling kurang dua rakaat. Rezeki waktu-waktu sepertiga malam begitu rugi la kalau tak cuba manfaatkan~ insyaAllah...

WARNING: Pastikan anda mengulangkaji pelajaran anda!

Antara perkara yang boleh kita lakukan ialah:
  • Sentiasa bermunajat kepada Allah. Lakukan solat hajat dan pohon agar Allah campakkan ketenangan dan terangkan hati dalam menghadapi peperiksaan. Minta pada Allah agar apa yang dipelajari keluar dalam peperiksaan.
  • Minta restu kedua ibu bapa. Doa ibu bapa untuk anaknya sangat makbul. Jadi mintalah restu dari keduanya. Mintalah mereka mendoakan kejayaan anda.
  • Banyakkan berzikir dan membaca Al-Quran. Hati yang banyak berzikir akan memperolehi ketenangan. Hati juga lebih terang apabila anda sering membaca al-quran. Allah telah berfirman dalam surah ar-Ra'ad, ayat 36, yang mafhumnya "Sesungguhnya dengan mengingat Allah akan menjadi tenanglah semua hati".
  • Jauhi maksiat. Jauhi diri anda dari perbuatan maksiat dan dosa besar. Mereka yang bergelumang dengan maksiat mempunyai jiwa yang resah. Hidup juga tidak diberkati Allah.
  • Banyakkan berdoa. Pastikan anda berdoa mengikut adab-adab berdoa.
Doa agar dikurniakan kefahaman yang baik dan ingatan yang sempurna sewaktu mengulangkaji pelajaran:


Allahummar zuqna, Ya Rabbi fahaman nabiyyiin, wa hifzaal mursaliin, wa 'ilhaamal malaikatiil  muqarrabbin, fii 'aafiyaati, ya Arhamar raahimiin
 
Maksudnya: 
"Wahai Tuhanku, kurniakanlah kami fahaman nabi-nabi dan hafalan para rasul serta mendapat ilham dari para malaikat yang hampir denganMu, juga kurniakanlah kami kesihatan Wahai Tuhan Yang Amat Pengasih".


Doa sebelum masuk kelas/dewan peperiksaan

Wa hai yi' lanaa min amrinaa rashadaa

Maksudnya:
 Ya Tuhan kami, berikanlah rahmat kepada kami dari sisi-Mu dan sempurnakanlah bagi kami petunjuk yang lurus dalam urusan kami ini."
(Surah Al-Kahfi: 10)


~ SEMOGA DIPERMUDAHKAN DALAM SEGALA URUSAN DUNIA & AKHIRAT ~

Musafir Al-Quran

27 April 2010

Assalamu'alaikum. .

Pengumuman!!

Berita baik!!

Peluang bercuti ke Terengganu!!

I-Smart dengan kerjasama Bahagian Hal Ehwal Pelajar, MMU, Melaka akan menganjurkan program 'MUSAFIR AL-QURAN' ke Terengganu. Program berkonsepkan lawatan sambil belajar ini adalah bertujuan untuk mendedahkan kepada peserta tentang kepentingan mempelajari Al-Quran dan mengamalkan perintah-perintah yang terkandung di dalam Al-Quran ke dalam hidup kita.

~Musafir Al-Quran~

Hari: Ahad - Rabu
Tarikh: 23-26 Mei 2010
Lokasi: Institut Al-Quran, Terengganu

Yuran: RM40 per person, RM180 per group(5 persons)



Aktiviti-aktiviti menarik yang bakal mengisi slot cuti anda
:
  1. Lawatan ke IQ Terengganu.
  2. Mempelajari teknik hafazan Quran dan teknik tulisan khat(kaligrafi islam).
  3. Mengenali tajwid, makhraj bacaan dan ilmu qiraat.
  4. Berkongsi pengalaman dengan tokoh-tokoh ilmuan Islam.
  5. Kenali sejarah umat islam.
  6. Aktiviti bersama belia tempatan.
  7. Permainan team building tepi pantai.
  8. Jelajah kg, explore race.
  9. Lawatan ke rumah warga emas.
  10. Pertandingan memasak nasi dagang.
  11. Bersiar-siar di sepanjang sungai Setiu, night river cruise.

SAPS point akan diberikan!


Sebarang pertanyaan boleh diajukan kepada:

Hazri - 0136316405
Faain - 0136008992
Nawwar - 0136285010



P/S: Tempat hanya dibuka kepada 30 penyertaan terawal. Siapa cepat dia dapat. Jadi, ayuh! apa tunggu lagi!


Jumpa di sana!!

3M: Majlis Makan Malam~

14 April 2010




Assalamu'alaikum.

Apa khabar sahabat-sahabat sekalian? Semoga sentiasa dirahmati Allah S.W.T..


Dah baca emel mengenai Appreciation Dinner 2010 yang akan diadakan
Ahad malam (18 April 2010)
?

Date: 18th April 2010 (Sunday)
Time: 8pm - 11.30 pm
Venue: D'PELICAN RESTAURANT AYER KEROH ( tasek area)
Ticket: RM 5 ONLY
Attire: SMART CASUAL

InsyaAllah akan ada HADIAH untuk final year students (yang hadir sahaja).
Yang dah grad tu maaf lah ye.

Jadi, apa tunggu lagi? Cepat-cepat bagi nama pada:

Aitiqah: 013 3066197
Suhailah: 013 6431475


ataupun beri je nama kat saya.
TEMA??
Sila lihat di bawah~~