Showing posts with label ScoreBoard. Show all posts
Showing posts with label ScoreBoard. Show all posts

5th League Match: IUFC vs Noobie

04 August 2009

Bismillah...=)

Kita bersiaran secara separa langsung dari Kedai Runcit RS Sejati Sungai Petani untuk membincangkan secara sesedap rasa mengenai perlawanan IUFC yang ke-5 bagi kategori divisyen kedua Liga MMU Melaka yang dibawakan khas oleh Kopi Janda "Kopi Peneman Malam Hari Anda".

IUFC yang berjersi Oren melangkah dengan penuh gagah dalam mencari 3 mata penuh untuk membuka lembaran sejarah bagi memperoleh kedudukan yang selesa dalam liga MMU menentang pasukan Noobie yang berjersi kuning. Cuaca pada petang itu adalah setinggi 31 darjah celcius dengan Heat Stroke dan dehidration menjadi igauan utama para pemain. Pasukan IUFC yang dibarisi oleh saudara Manaf menjadi penjaga gawang dan dibantu oleh barisan pertahanan yang dibintangi oleh saudara Mayo Sapik, Wan Najmuddin, Shahirul dan Abu. Manakala bagi barisan tengah dijana oleh saudara Obi Wan Kenobi, Ijat, Ayie, Zaidi dan Aswad. Bagi barisan penyerang, saudara Yusuf bertindak sebagai lone striker dalam mencari gol pendahuluan.

Wisel permulaan ditiup dan pasukan Noobie memulakan sepakan mula dan terus menyerang dari bahagian pertahanan kanan namun berjaya dipatahkan oleh jentera pertahanan IUFC. Pasukan IUFC terus melakar serangan dari bahagian tengah namun berjaya dikekang hebat oleh barisan pemain pasukan IUFC. Bola berlegar-legar di tengah padang tanpa rasa belas kasihan. Gol pertama perlawanan hadir pada seawal minit ke-10 melalui penyerang pasukan Noobie yang berjaya memintas hantaran pemain tengah IUFC dan membuat hantaran lintang dan disudahi dengan kemas untuk mendahului pasukan IUFC 1-0. Gol tersebut membuat pasukan IUFC tersentak dan barisan pemain mula membuat pakatan demi menerobos gawang pasukan Noobie. Pasukan IUFC mempunyai 3 peluang keemasan yang akhirnya bertukar menjadi besi karat apabila gagal menyempurnakan peluang tersebut dan separuh masa pertama berakhir dengan pasukan IUFC ketinggalan satu gol kepada pasukan Noobie.

Bagi separuh masa kedua, aksi kedua-dua pasukan bertambah sengit dengan bersulamkan terjahan keras dan rembatan kencang dalam mencari lebih banyak gol. Pasukan IUFC membuat sedikit pertukaran yang membabitkan kemasukan saudara amiroso, saeed dan Orix untuk menggantikan saudara shahirul, Yusuf dan Ijat dalam misi memburu lebih banyak jaringan. Gol kedua hadir tika kealpaan pertahanan IUFC yang gagal mengeluarkan bola dari kawasan bahaya yang menyebabkan penyerang pasukan Noobie membuat rembatan deras yang menewaskan saudara manaf. Gol tersebut sedikit sebanyak dapat memancarkan sinar-sinar kekecewaan di wajah para pemain IUFC yang penat disimbahi tiupan udara panas padang pasir sahara. Permainan diteruskan dengan pasukan IUFC membuat beberapa gerakan merbahaya namun masih gagal menewaskan penjaga gol pasukan Noobie. Beberapa insiden yang mendebarkan dapat dilihat apabila 4 kali keting saudara Aswad diterjah namun pengadil perlawanan hanya beranggapan itu hanyalah gurauan manja oleh pasukan pihak lawan. Satu lagi aksi yang mendebarkan ialah aksi saudara Mayo Sapik mengawal bola yang mempesonakan seluruh hadirin yang kekaguman mengukir senyuman terhadap beliau[Jangan ler buat lagi camtu k..sayu den nengoknye]. Sayugia wisel penamat ditiup menandakan pasukan IUFC tewas 2-0 kepada pasukan Noobie. Pada sebelah malamnya, post mortem tentang perlawanan tersebut diadakan di Restoran Times di BBU sambil aksi sedut menyedut berlangsung. Syukran Jazzilan kepada yang hadir memberi sokongan. Sokongan dan doa anda amat bermakna buat kami...=)


-From Sungai Petani...With Love-
Kasyah

4th League Match: IUFC vs Saje Suke

25 July 2009

Bismillah...=)


Bertemu kembali kita di rancangan "Hari-Hari Bola" yang dibawakan khas oleh kopi Janda "Kopi Malam Jumaat Anda". Anda bersama saya untuk mengupas topik yang suam-suam kuku iaitu pertemuan diantara IUFC vs Saje Suke yang telah berlangsung minggu lalu yang dipancarkan khas dari Stadium Dahlia MMU Melaka.

Cuaca pada hari kejadian adalah mendung dengan salji telah dilaporkan telah berhenti turun sejurus selepas perlawanan bermula. Suhu yang dicatatkan adalah serendah 31 Darjah Celcius di bawah paras beku dan kelihatan penguin serta timun laut berkeliaran tanpa arah tuju di sekitar padang. Pihak Zoo Negara terpaksa dipanggil untuk mententeramkan keadaan yang mula kecoh dek kerna kehadiran Singa Laut yang menguap tanpa berhenti sambil mengeluarkan nafas yang harum selepas terjebak dalam aktiviti shisha di Melaka Raya.

Perlawanan dimulakan oleh pasukan Saje Suke yang berjersi Kuning air dan mula melakukan serangan terhadap pasukan IUFC yang berjersi Oren pada hari kejadian. Saudara Manaf diamanahkan sebagai penjaga gawang IUFC dan dibantu oleh barisan pertahanan yang terdiri daripada saudara Amirul, Zaidi, Orix, dan Mayo. Nadi bahagian tengah dijanakan oleh saudara Ayie, Obi Wan Kenobi, Aswad serta Saeed. Manakala bahagian serangan diterajui oleh saudara Amiroso dan dibantu oleh saudara Had dalam pengembaraan mencari gol pendahuluan. Pasukan Saje Suke yang diletakkan sebagai pilihan pada perlawanan ini mula mengorak langkah mencari gol pendahuluan dengan menyerang melalui sayap kanan namun dapat dibentes keras oleh saudara Amirul yang bertindak sebagai pertahanan kiri dan juga dibantu oleh saudara ayie sebagai penyerang sayap kiri pasukan IUFC. Pelbagai pertembungan dan bentesan keras dapat disaksikan dalam perlawanan ini kerana perbezaan saiz yang begitu ketara antara dua pasukan. Namun bak kata saudara Ayie, "size doen't matter" telah membuatkan saudara Amirul dengan perasaan tanpa was-was mengawasi pergerakan penyerang pasukan saje suke. Pasukan Saje suke membuat pelbagai taktik serangan namun masih lagi menemui jalan buntu dek kerna ketangkasan saudara Manaf dalam melayangkan badan beliau menempis bola. Selang 15 minit pertama perlawanan, gol tunggal perlawanan dijelmakan oleh pasukan saje suke yang telah mendapat suntikan semangat oleh penyokong luar. Gol tersebut terhasil apabila pertahanan IUFC gagal menanduk kemas yang menyebabkan bola tersebut dipintas oleh penyerang pasukan saje suke dan dengan penuh bergaya menerjahkan bola tersebut ke dalam jaring.

Namun begitu, Alhamdulillah pasukan IUFC dapat menerima gol tersebut sebagai cabaran untuk meneruskan perlawanan. Bagi separuh masa yang kedua, Gerakan satu dua antara saudara Ayie dan Aswad sering kali mengucarkacirkan pertahanan pihak lawan namun berjaya dibatasi dengan kelajuan dan kekemasan pertahanan saje suke. Peluang gol IUFC hadir tatkala saudara Ayie menerima umpanan kemas daripada Saudara Aswad namun bola itu hanya singgah di helaian rambut beliau sahaja. Pelbagai percubaan menarik dapat disaksikan dengan saudara Amiroso dapat meloloskan dirinya yang kurus itu daripada perangkap offside namun berjaya dihalang oleh penjaga gol pasukan saje suke akibat permukaan padang yang kurang rata. Pasukan IUFC dan Saje suke terus mengasak ke kubu lawan masing-masing untuk mendapatkan defisit gol yang lebih banyak demi keselesaan hari kemudian. Namun begitu perlawanan ditamatkan dengan pasukan IUFC tewas 1-0 kepada pasukan saje suke. Tahniah kepada kedua pasukan yang menunjukkan aksi yang memberansangkan dalam perlawanan tersebut.


Antara Pengajaran yang Dapat Diambil:

1) Kikislah perasaan mental down dalam diri setiap pemain IUFC. Kita adalah sepasukan yang terdiri daripada 11 orang pemain yang membawa imej Islam. Jika seorang dijangkiti penyakit mental down dek kerna kesilapan yang satu saja, seluruh pasukan akan mengalaminya skali. Bak kata pepatah "Cubit peha kanan, peha kiri pun turut sakit".

2) Kemenangan dan kekalahan adalah ujian daripada Allah S.W.T .Jika gagal menjaringkan gol, itu telah ditetapkan dalam ketentuan Illahi. Jika Allah nak bola itu masuk ke jaring, sepak bola tu pakai ibu jari kaki pun confirm akan masuk kerana Allah S.W.T adalah berkuasa atas segalanya. Namun Allah S.W.T telah berfirman "Kami tidak akan mengubah nasib sesuatu bangsa sehingga bangsa itu berusaha mengubah nasibnya sendiri".Jika dalam konteks IUFC, kita seharusnya lebih gigih berlatih dan bertawakal kepada Allah S.W.T.

3) Cuba kita ambil sejarah sahabat Rasulullah S.A.W, demi Islam mereka sanggup berkorban segalanya sama ada nyawa ataupun harta benda. Contoh adalah Muadz Bin Amru, beliau berperang sehinggakan tangan kiri beliau terkulai ditetak oleh pihak musuh dalam peperangan Uhud. Apabila beliau merasakan tangan kirinya mengganggu pergerakannya, beliau bertindak memijak tangan kirinya dan menariknya sehingga putus! Begitulah semangat yang harus kita contohi kawan-kawan.

4) Saya selaku pengurus pasukan pada perlawanan tersebut sangatlah berbangga atas usaha anda semua! Kita dapat menyerap tekanan dan perasaan mental down kita tatkala ketinggalan 1-0!!Tahniah kepada anda semua!!!!!!!Biar kita kalah bermaruah, usah berputus asa sebelum wisel penamat dibunyikan!


*Correct me if i had mistaken anything, Jazakallah....=)



kasyah
-Perindu Si Wangi-

2nd League Match: IUFC vs UPG FC

07 July 2009

Bismillah...=)

Tanggal 7 Julai 2009 membawa suatu lagi sejarah dalam penglibatan IUFC dalam arena bola sepak MMU yang dicintai ini. Pada tanggal itulah suatu perlawanan yang amat penting lagi important bagi pasukan IUFC yang telah turun menentang pasukan UPG FC buat kali ke-17 ratusnya.

tabik hormat ketika menyanyikan lagu rasmi IUFC, 'KERJEE SAME'


Pada perlawanan ini, banyak perubahan dari segala segi dapat dilihat dengan kejadian Mayo Sapik sebagai kapten pasukan IUFC. Beliau telah mendapat ilham dengan menyaksikan semangat seorang pakcik menyokong pasukan kesayangannya ketika segerombolan pemain IUFC ke stadium kubu pada sebelah malam sebelum perlawanan ini. Tahniah kepada Mayo Sapik kerana menjadikan pakcik itu idola anda!

captain mayo bersama manaf casillas


Perubahan seterusnya adalah saudara akashah telah diberi tanggungjawab menjana motivasi dan bimbingan ditepi padang merangkap jawatan MANAGER IUFC SEKETIKA setelah saudara ucop sibuk menguruskan kewangan rumahtangga beliau.oppss!hehehe

aksi separa manja akashah


Semua pemain IUFC bersiap sedia untuk memulakan perlawanan. Saudara Amiroso dengan selambenye menvolunteerkan diri untuk mengetuai laungan semangat "APA YANG PENTING? KERJESAME!!!!" dengan penuh berdedikasi. Setelah diberi penerangan tentang taktik dan 1st line-up oleh saudara akashah, pasukan IUFC yang berjersi OREN telah masuk ke padang untuk ditentang pasukan UPG FC yang berjersi putih.

muadz, ayie, shahirul & yusuf tekun mendengar amanat manager


Saudara Manaf telah diamanahkan untuk menjadi penjaga gawang manakala saudara amirul, mayo sapik, cik wan din serta shahirul ditugaskan dibahagian pertahanan IUFC. Untuk nadi tengah IUFC dianggotai oleh saudara ayie, ubi wan kenobi, zaidi, saeed dan juga Muadz manakala penyerang "lonely" diilhamkan oleh saudara yusuf. Untuk perlawanan ini, strategi 4-5-1 diguna pakai untuk mengekang kemaraan pasukan UPG FC yang dikenali ramai dengan kelajuan serta kelicikan membaca pergerakan lawan.

strategi baeek punyee..


Perlawanan dimulakan dengan tiupan wisel permulaan oleh pengadil perlawanan yang ditugaskan untuk menjaga keadilan demi kesejahteraan bersama. Pasukan IUFC memulakan serangan dari sebelah kiri namun pantas dikekang oleh pertahanan UPG FC yang begitu mencairkan hati.Bola berlegar-legar di kawasan tepi permainan pada 10 minit pertama dan kedua-dua pasukan begitu berhati-hati membuat sebarang serangan ke kubu lawan. Gol pertama pasukan IUFC hadir pada minit ke 12 perlawanan yang dijaringkan oleh saudara Saeed yang mendapat lorongan dan sokongan moral daripada saudara Zaidi. Dengan rembatan dari jarak lebih kurang 15 meter dari pintu gol telah berjaya menewaskan penjaga garisan gol UPG FC yang begitu kental mempertahankan kubu beliau. Gol tersebut disambut dengan penuh kesyukuran oleh saudara ayie dengan memeluk rakan sepasukannya iaitu saudara Yusuf dengan penuh kasih sayang. Perlawanan diteruskan dengan kedua-dua pasukan saling berbalas serangan namun berjaya ditapis oleh barisan pertahanan masing-masing sehingga ke wisel penamat separuh masa pertama.

saeed : 1st goal


sesi motivasi ketika half time


Setelah disuntik dengan kata-kata semangat oleh pengurus, pasukan IUFC masuk semula ke padang untuk mencari lagi gol. Kini pasukan IUFC telah membuat sedikit perubahan dalam merencanakan lagi gerakan-gerakan berbahaya dengan menggunakan taktik 4-4-2. Saudara Muadz digantikan dengan saudara Ijat,saudara zaidi ditukarkan dengan saudara Amiroso, saudara Abu dimasukkan mengganti saudara shahirul dan saudara yusuf digantikan dengan saudara Aswad bagi memantapkan lagi jentera IUFC. Gol kedua pasukan IUFC telah berjaya dijaringkan oleh saudara Amiroso setelah mendapat hantaran silang dari saudara yusuf dan menyebabkan saudara amiroso mudah menolak masuk bola ke gawang pihak lawan. Gol tersebut diraikan bersama dengan penuh senyuman dari pihak atasan IUFC.

amiroso : 2nd goal


Perlawanan diteruskan dengan UPG FC membuat serangan-serangan yang berbahaya namun berjaya dipatahkan oleh jentera pertahanan IUFC yang diketuai oleh saudara Najmuddin. Dalam usaha mengekang pihak lawan, saudara Ayie telah dianugerahkan kad kuning setelah dengan tidak sengaja menyelitkan kaki beliau di antara dua lutut pihak lawan. Tahniah kepada beliau kerna usaha beliau yang berbudi bahase tersebut.

gaya tak bersalah ayie


Gol ketiga perlawanan telah diilhamkan sekali lagi oleh saudara Amiroso tatkala mendapat lorongan bola dari saudara yusuf yang berjaya dikejar pantas oleh beliau untuk menguis masuk bola tersebut ke dalam tiang gol pihak lawan. Gol tersebut sedikit sebanyak menguatkan lagi semangat pasukan IUFC dalam usaha memburu lebih banyak gol namun masih menemui jalan buntu dek kerna kepintaran pihak lawan membuat perangkap Offside. Perlawanan ditamatkan tanpa pertumpahan darah dengan keputusan memihak kepada pasukan IUFC menang 3-0 menentang pasukan UPG FC.

aksi kemenangan


Antara pengajaran yang diperolehi:

1) Tekadkan semangat, kuatkan keazaman. Kita mampu mengubahnye!
2) Mantapkan lagi finishing bagi jentera serangan IUFC.
3) Jangan sesekali riak dengan keputusan ini. Mungkin ini adalah ujian Illahi untuk menguji kesetiaan kita terhadap perjuangan IUFC selama ini.
4) Fitness masih menghantui kita. Jom lari petang ni!!


Yang setia mencari bidadari itu,
kasyah.

1st League Match: IUFC vs End Of Line

01 July 2009

Bismillah...=)

Alhamdulillah, IUFC telah secara rasminya telah terjebak dalam kancah liga bola sepak MMU Melaka iaitu dengan menyertai Bahagian Kedua Liga Bola Sepak MMU Melaka[Sesukati je bagi nama pertandingan tu].

Pada tarikh 30 Jun 2009, IUFC telah memulakan perjuangan dalam arena Divisyen Kedua dengan menentang pasukan End Of Line[E.O.L] yang rata-rata dibarisi oleh pemain-pemain yang berpengalaman dalam arena bola sepak MMU. Perlawanan tersebut dimulakan dengan IUFC berjersi serba Biru dan E.O.L berjersi Oren pada tepat jam 5.16 P.M..Pasukan IUFC diwakili oleh Manaf bertindak sebagai penjaga gol. Shahirul,Mayo Sapik,Wan Din, Izzuan bermain dibahagian pertahanan. Obi Wan Kenobi,Ayie,Ijat dan member yusuf mengepalai bahagian tengah dan amiroso serta yusuf bertindak di barisan hadapan..

Perlawanan bermula dengan pasukan E.O.L membuat serangan demi serangan untuk mencari gol pendahuluan namun berjaya dikekang oleh barisan pertahanan IUFC yang gagah berani disukai ramai..Lebih kurang pada minit ke-7, IUFC telah berjaya menjaringkan gol melalui penyerang berbadan sasa dan tinggi iaitu amiroso yang tidak mensia-siakan peluang keemasan apabila pertahanan tengah E.O.L terbuat "miss kick" lalu bola itu diterjahkan ke jaring oleh amiroso tanpa segan silunya. kedua-dua pasukan tergamam dengan jaringan tersebut dan masing-masing cuba mengawal emosi untuk menghadapi realiti yang mendatang. perlawanan kembali seimbang dengan kedua-dua pasukan membuat serangan untuk mencari gol namun akhirnya bola berada di kawasan semak samun yang terletak berhampiran. Separuh masa pertama berkesudahan dengan kedudukan IUFC mendahului E.O.L dengan satu jaringan.

Setelah berehat selama 5 minit dan mendengar amanat-amanat daripada pengurus pasukan iaitu Tuanku Yusuf Razli, pasukan IUFC meneruskan separuh masa kedua dengan semangat yang kental. Namun kekentalan semangat IUFC cuba digugat dengan jaringan penyamaan oleh pasukan E.O.L seawal minit ke 4 separuh masa kedua bermula.Gol berpunca daripada sepakan lambung yang amat melencong dari kawasan kiri IUFC berjaya menewaskan barisan pertahanan IUFC dan disambut kemas oleh penyerang E.O.L untuk menyamakan jumlah jaringan. Perlawanan diteruskan dengan pasukan E.O.L menguasai separuh masa kedua dan jarang-jarang sekali bola diperserangkan oleh pasukan IUFC ke kubu lawan. Untuk menguatkan lagi impak barisan pejuang IUFC, beberapa pertukaran dibuat sepanjang perlawanan iaitu shahirul diganti oleh Abu Husin,Izzat ditukarkan dengan Aizul dan member yusuf diganti oleh Kamal Jepun.Pertahanan dan penjaga gol IUFC kental menahan segala asakan pihak lawan demi menjaga pintu gol IUFC dibolosi buat sekian kalinya sehingga ke akhir perlawanan. Perlawanan berkesudahan seri 1-1 antara pasukan IUFC dan pasukan End Of Line. Tahniah kepada teman-teman seangkatan atas keputusan perlawanan ini....=)

Antara pengajaran yang diperoleh:

1) Jangan anggap IUFC adalah sebuah pasukan yang selalu menang. Bola itu bulat,apa-apa benda pun buleh terjadi.
2) Jangan membuat sebarang 'tackle' yang tidak diperlukan.Kawal perasaan ketika bermain kerana matlamat kita adalah untuk menaikkan syiar Islam di padang bola.Peringatan manje buat Abu Husin dan teman-teman lain.
3) Sebelum bermain, kita perlukan strategi permainan dan perlulah mengikut strategi tersebut.Lepas ni sebelum game, kita bincang strategi apa yang kita nak pakai.[Malam sebelum tu bz tengok bola Melaka vs Kolumpo kat stadium kubu,sampai terlupa nak bincang]
4) Bola sepak adalah permainan secara berkumpulan. Maka dengan sewajarnya dipermainkan secara berkumpulan. Peringatan separa manja buat yusuf dan teman-teman lain.
5) Bahagian tengah adalah nadi setiap pasukan. Kematian bahagian tengah akan mengundang malapetaka bagi sesebuah pasukan.
6) Pemain yang belum bersedia untuk bermain adalah seharusnya tidak diturunkan kerana ini adalah perlawanan yang penting, bukannya perlawanan persahabatan.
7) Ingatlah apa objektif dan tujuan IUFC dibentuk semula. Janganlah lari daripada matlamat asal kita semua.
8) Stamina adalah aset penting bagi seseorang ahli sukan. Larilah dengan sekuat hati demi keamanan sejagat.
9) Allah S.W.T membantu sesiapa yang membantu agamaNya....=)


sebarang komentar buleh diulasi dibahagian bawah..sekian terima kasih...=)

-Karam "Syah" Walia-
-Pengulas Sukan IUFC Ternama-