Mudahnya Mengeluh, Sukarnya Bersyukur www.iluvislam.com Air Sungai mawaryangtinggi
Begitu mudah sekali melontarkan keluhan. Keluhan demi keluhan keluar dari bibir tanpa disedari. Kita mengeluh atas perkara-perkara yang remeh. Kita mengeluh atas perkara-perkara yang tidak mendatangkan faedah. Kita mengeluh dan asyik mengeluh. Andai dapat ditukar setiap bait keluhan itu kepada wang ringgit, pasti terbasmi kemiskinan di muka bumi. Namun hairan, Kita mengeluh tatkala kita ditimbuni dengan pelbagai kesenangan.
Kita mengeluh kerana makanan kegemaran tidak disediakan, sedangkan perut semakin memboyot kekenyangan. Kita mengeluh kerana kepanasan, sedangkan angin semula jadi disediakan tanpa bayaran. Kita mengeluh atas sekelumit kekurangan, sedangkan kelebihan sebanyak buih dilautan dibiarkan.
Allah s.w.t berfirman "Dan jika kamu menghitung nikmat Allah, nescaya kamu tidak dapat menentukan jumlahnya" (An-Nahl: 18). Di saat kita tenggelam dalam keluhan diri sendiri, pancaindera kita tidak lagi mampu memainkan peranannya untuk melihat, mendengar, merasai dan menghayati pemberian Allah yang tiada henti-hentinya. Lantaran itu, begitu sukar sekali untuk menyebutkan kalimat Alhamdulillah sebagai tanda kesyukuran seorang hamba kepada khaliqnya. Itulah hakikitnya. Memang manusia sentiasa leka dan lupa. Manusia mempunyai keinginan yang tiada batasan. Manusia tidak pernah puas dengan apa yang dimiliki..Kecuali orang-orang yang bersyukur.
Pada zaman Sayyidina Umar al-Khattab, ada seorang pemuda yang sering berdoa di sisi Baitullah yang maksudnya: "Ya Allah! Masukkanlah aku dalam golongan yang sedikit" Doa beliau didengar oleh Sayyidina Umar ketika beliau (Umar) sedang melakukan tawaf di Kaabah. Umar berasa hairan dengan permintaan pemuda tersebut. Selepas selesai melakukan tawaf, Sayyidina Umar memanggil pemuda berkenaan lalu bertanya: "Kenapakah engkau berdoa sedemikian rupa (Ya Allah! masukkanlah aku dalam golongan yang sedikit), apakah tiada permintaan lain yang boleh engkau mohon kepada Allah?" Pemuda berkenaan menjawab: "Ya Amirul Mukminin! Aku membaca doa berkenaan kerana aku (berasa) takut dengan penjelasan Allah seperti firman-Nya dalam surah al-A'raaf ayat 10yang bermaksud:"Sesungguhnya Kami (Allah) telah menempatkan kamu sekelian di muka bumi dan Kami adakan bagimu di muka bumi (sumber/jalan) penghidupan. (Tetapi) amat sedikitlah kamu bersyukur" Aku memohon agar Allah memasukkan aku dalam golongan yang sedikit, iaitu (lantaran) terlalu sedikit orang yang tahu bersyukur kepada Allah" jelas pemuda berkenaan. Mendengar jawapan itu, Umar al-Khattab menepuk kepalanya sambil berkata kepada dirinya sendiri: "Wahai Umar, alangkah jahilnya engkau, orang ramai lebih alim daripadamu"
SubhanaLlah. Semoga kita semua termasuk ke dalam golongan yang sedikit ini, Amin...
Jadi, sama-samalah kita membina tekad untuk membanteras keluhan dan meningkatkan kesyukuran kerana Dia telah berjanji "Dan (ingatlah juga), tatkala Tuhanmu memaklumkan: Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Kami akan menambah (nikmat) kepadamu, dan jika kamu mengingkari (nikmat-Ku), maka sesungguhnya azab-Ku sangat pedih." (Ibrahim: 7)
Pengumuman untuk pemain2 IUFC :- 1. Futsal @ sport planet Rabu,7 April 10.00-12.00 malam. Sila berkumpul di rumah Ucop pkol 9.30 mlm. Tolong datang awal!
2. Frenly match @ dahlia Jumaat, 9 April 5 petang. Sila bawa RM2 seorang untuk bayaran pengadil.
berbesar hati menjemput SEMUA pelajar Multimedia University Cyberjaya & Melaka ke program ini.
Objektif: Untuk menyatukan seluruh pelajar Islam ke arah satu aliran pemikiran yang sama yang semestinya berlandaskan syariat Islam.
Selain itu, program ini juga bertujuan mencari situasi sebenar corak kepimpinan Islam pada masa sekarang dan bagaimana untuk mengimplimentasikan ke dalam diri masing-masing.Butiran:
Pelbagai slot yang menarik menanti anda! InsyaAllah akan memberikan impak yang hebat kepada kehidupan anda sebagai seorang pelajar muslim.
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:
Nik Muhammad Amin bin Nik Muhammad Kamil (Koordinator) Tel: 013-6285901 E-mail: zuhud_life@yahoo.com
Nadiah binti Mokri (Ketua unit Pemasaran) Tel: 013-7105292 Email: bikrunsolehah_91@yahoo.com
Sekian, Terima Kasih.
p/s: Sesiapa yang takde aktiviti tu elok la pergi... Bukan selalu dapat pergi program perkongsian kepimpinan Mahasiswa Islam macam nie. Susah nak dapat wei~ InsyaAllah segala input berguna untuk diaplikasi ke dalam hidup kita. (^.^)
Maklumat tentang perlawanan yang akan datang adalah sperti berikut :-
IUFC vs UPG (B) 26 Februari 2010 (Jumaat) Pukul 5 petang Padang Dahlia
Pakai Jersey atau T-shirt berwarna MERAH. Sila bawa RM2 untuk bayaran pengadil perlawanan.
Selepas perlawanan persahabatan,akan diadakan perjumpaan IUFC berkenaan jersey baru dan tournament MMU Champions Cup.Perjumpaan tersebut :- Masjid MMU Pukul 9 malam Bagi sesiapa yang belum lagi menjelaskan bayaran jersey,diharap dapat menjelaskannya pada malam tersebut.(last)
Terlebih dahulu, terima kasih berjuta-juta kepada tuan moderator Blog kerana beri kebenaran untuk saya berkongsi di sini.
Alhamdulillah... dari dulu hingga kini, IUFC telah berjaya menunjukkan peningkatan. Syukur kepada Allah SWT kerana kita sekarang telah berada dalam Liga Divisyen Dua.
Tapi, bagi sesiapa yang telah lama berada dalam IUFC, semakin hari kita juga lihat, terdapat tanda-tanda kita juga semakin menurun pencapaiannya. Memanglah diakui, ada turun naiknya dalam permainan & perlawanan malah perjalanan hidup kita sendiri. Tapi pencapaian kita tetap tidak konsisten walaupun latihan ada dibuat (tak kira latihan secara rasmi atau usaha sendiri).
Setiap kali selepas perlawanan, kita akan berbincang & lihat setiap kelemahan yang ada. Dalam pasukan kita pulak tuh ada yang hebat-hebat bermain, jadi banyak pandangan, pendapat, cadangan & sebagainya diberi untuk memperbaiki kelemahan-kelemahan. Rasanya semua rakan-rakan telah maklum apa dia kelemahan-kelemahan tu semua...
Cumanya.... sedar atau tidak? Semua kelemahan yang kita lontar dan diskusi tu hanyalah kelemahan teknikal & kemahiran. DI MANA PUNCA SEBENAR KELEMAHAN PASUKAN KITA?. Saya yakin, KELEMAHAN ITU ADA PADA DIRI KITA SENDIRI! Pernah kita terfikir begini???
Saya ingin kongsikan apa yang diterima dari seorang sahabat...:
Saya teringat kisah Saidina Umar R.A. yang lebih risaukan dosa-dosa tenteranya berbanding strategi/kekuatan pasukan mereka dan strategi/kekuatan musuh mereka. Lebih kurang begini kata-kata Saidina Umar R.A.:
"Kita dapat menang dalam pertempuran kerana pertolongan Allah, bukan kerana kekuatan kita. Kita menang kerana maksiat dan dosa yang dilakukan oleh tentera musuh. jika kita melakukan maksiat, maka lihatlah kita sama sahaja seperti mereka."
Ya! DOSA boleh menyebabkan hati kita lemah dan kekuatan kita boleh merudum dengan mendadak. Kerana apa?
Dosa kita menyebabkan kita makin jauh dengan Allah, bila kita makin jauh dengan Allah, sudah pasti pertolongan Allah SUSAH nak sampai kepada kita.
Semakin kita kurang menghindari dosa, maka lihatlah bencana bakal menimpa kita satu masa nanti. Bukan setakat tuan empunya badan yg melakukan dosa, tapi memberi kesan buruk kepada seluruh pasukan.
Contoh mudah:
Jika kita banyak lakukan dosa, maka titik hitam akan menutupi hati kita, maka semangat untuk berjuang dan bermain akan makin merudum, maka tidak lama nanti ia akan terkesan pada gerak kerja pasukan, dan lama-kelamaan jika tuan empunya badan tidak membersihkan kembali dosanya , maka ia akan terus futur.. dan merasa lemah untuk terus bekerjasama dengan rakan-rakan pasukanyang lain.. maka akan hancurlah pasukan dan segala perancangannya selepas itu..
Ini hadis nabi yang berkaitan,
Rasulullah SAW bersabda: “Seorang mukmin apabila dia melakukan dosa, akan muncullah bintik hitam di dalam jiwanya. Apabila dia bertaubat dan menghentikan dosanya serta beristighfar, maka hilanglah bintik hitam itu. Sekiranya dia meneruskan perbuatan dosanya, maka bertambahlah bintik hitam itu pada hatinya, sehingga tertutup seluruh hatinya.”
Hadith riwayat Al-Baihaqi.
Dosa itu kita tahu ada dua, kecil dan besar. Saya pasti dosa-dosa besar itu boleh kita elakkan dengan mudah kerana ianya jelas. Bagaimana dengan dosa kecil? Selalu kita lakukan sama ada sedar atau tak bukan? Mungkin ada yang berkata: “Alah... kecik je. Balik kang aku taubat la.” Senang betul mulut melontar, tapi bila balik rumah bukan taubat pun. Lupa semuanya.
Rakan-rakan sekalian, jangan dilihat dosa yang kecil itu remeh! Kita rasa ianya dosa kecil, tapi dipandangan Allah SWT, adakah kita tahu sebesar mana dosa tu? Adakah kita tahu seberat mana? Dan yang paling kita tidak tahu, sama ada dosa itu tadi diampunkan atau tidak sekiranya kita memohon keampunan??
Kalau menabung, sikit-sikit lama-lama jadi bukit. Dosa pun macam tu jugak, sikit-sikit tapi kalau banyak kali buat lama-lama jadi banyak! Dan mungkin ianya boleh membawa kita untuk buat dosa besar pulak. Nak ke jadi macam tu?? Dah tentu tak nak. Pahala nak la betul tak?
Jadi kesimpulan:
Ya, bagi saya PUNCA UTAMA PASUKAN KITA BOLEH JADI LEMAH ialah..... D...... O......... S....... A.....
DOSA
Dosa saya dan kita semua..
Apa caranya untuk memperbaiki?
1) Kita semua insyallah dirahmati Allah dan bertaubatlah dan pohon ampun pada Allah, mahu pun dosa yang kecil atau besar.
2) Tambahkan amalan kebaikan lebih daripada sebelum ni
3) Muhasabah diri dan selalu beristghfar.
p/s:
Saya juga sering lemah dan futur, tapi dengan muhasabah diri dan merenung dosa-dosa kita, insyAllah semangat akan datang kembali.. Apa yg dikata di atas cukup senang tapi susah nak beramal..tapi mari kita cuba untuk beramal..