Punca Kita Boleh Jadi Lemah

23 February 2010


Assalamualaikum~


Terlebih dahulu, terima kasih berjuta-juta kepada tuan moderator Blog kerana beri kebenaran untuk saya berkongsi di sini.


Alhamdulillah... dari dulu hingga kini, IUFC telah berjaya menunjukkan peningkatan. Syukur kepada Allah SWT kerana kita sekarang telah berada dalam Liga Divisyen Dua.


Tapi, bagi sesiapa yang telah lama berada dalam IUFC, semakin hari kita juga lihat, terdapat tanda-tanda kita juga semakin menurun pencapaiannya. Memanglah diakui, ada turun naiknya dalam permainan & perlawanan malah perjalanan hidup kita sendiri. Tapi pencapaian kita tetap tidak konsisten walaupun latihan ada dibuat (tak kira latihan secara rasmi atau usaha sendiri).


Setiap kali selepas perlawanan, kita akan berbincang & lihat setiap kelemahan yang ada. Dalam pasukan kita pulak tuh ada yang hebat-hebat bermain, jadi banyak pandangan, pendapat, cadangan & sebagainya diberi untuk memperbaiki kelemahan-kelemahan. Rasanya semua rakan-rakan telah maklum apa dia kelemahan-kelemahan tu semua...


Cumanya.... sedar atau tidak? Semua kelemahan yang kita lontar dan diskusi tu hanyalah kelemahan teknikal & kemahiran. DI MANA PUNCA SEBENAR KELEMAHAN PASUKAN KITA?. Saya yakin, KELEMAHAN ITU ADA PADA DIRI KITA SENDIRI! Pernah kita terfikir begini???


Saya ingin kongsikan apa yang diterima dari seorang sahabat...:



Saya teringat kisah Saidina Umar R.A. yang lebih risaukan dosa-dosa tenteranya berbanding strategi/kekuatan pasukan mereka dan strategi/kekuatan musuh mereka. Lebih kurang begini kata-kata Saidina Umar R.A.:

"Kita dapat menang dalam pertempuran kerana pertolongan Allah, bukan kerana kekuatan kita. Kita menang kerana maksiat dan dosa yang dilakukan oleh tentera musuh. jika kita melakukan maksiat, maka lihatlah kita sama sahaja seperti mereka."



Ya! DOSA boleh menyebabkan hati kita lemah dan kekuatan kita boleh merudum dengan mendadak. Kerana apa?

Dosa kita menyebabkan kita makin jauh dengan Allah, bila kita makin jauh dengan Allah, sudah pasti pertolongan Allah SUSAH nak sampai kepada kita.

Semakin kita kurang menghindari dosa, maka lihatlah bencana bakal menimpa kita satu masa nanti. Bukan setakat tuan empunya badan yg melakukan dosa, tapi memberi kesan buruk kepada seluruh pasukan.

Contoh mudah:

Jika kita banyak lakukan dosa, maka titik hitam akan menutupi hati kita, maka semangat untuk berjuang dan bermain akan makin merudum, maka tidak lama nanti ia akan terkesan pada gerak kerja pasukan, dan lama-kelamaan jika tuan empunya badan tidak membersihkan kembali dosanya , maka ia akan terus futur.. dan merasa lemah untuk terus bekerjasama dengan rakan-rakan pasukan yang lain.. maka akan hancurlah pasukan dan segala perancangannya selepas itu..

Ini hadis nabi yang berkaitan,

Rasulullah SAW bersabda: “Seorang mukmin apabila dia melakukan dosa, akan muncullah bintik hitam di dalam jiwanya. Apabila dia bertaubat dan menghentikan dosanya serta beristighfar, maka hilanglah bintik hitam itu. Sekiranya dia meneruskan perbuatan dosanya, maka bertambahlah bintik hitam itu pada hatinya, sehingga tertutup seluruh hatinya.”


Hadith riwayat Al-Baihaqi.


Dosa itu kita tahu ada dua, kecil dan besar. Saya pasti dosa-dosa besar itu boleh kita elakkan dengan mudah kerana ianya jelas. Bagaimana dengan dosa kecil? Selalu kita lakukan sama ada sedar atau tak bukan? Mungkin ada yang berkata: “Alah... kecik je. Balik kang aku taubat la.” Senang betul mulut melontar, tapi bila balik rumah bukan taubat pun. Lupa semuanya.


Rakan-rakan sekalian, jangan dilihat dosa yang kecil itu remeh! Kita rasa ianya dosa kecil, tapi dipandangan Allah SWT, adakah kita tahu sebesar mana dosa tu? Adakah kita tahu seberat mana? Dan yang paling kita tidak tahu, sama ada dosa itu tadi diampunkan atau tidak sekiranya kita memohon keampunan??


Kalau menabung, sikit-sikit lama-lama jadi bukit. Dosa pun macam tu jugak, sikit-sikit tapi kalau banyak kali buat lama-lama jadi banyak! Dan mungkin ianya boleh membawa kita untuk buat dosa besar pulak. Nak ke jadi macam tu?? Dah tentu tak nak. Pahala nak la betul tak?


Jadi kesimpulan:

Ya, bagi saya PUNCA UTAMA PASUKAN KITA BOLEH JADI LEMAH ialah..... D...... O......... S....... A.....

DOSA

Dosa saya dan kita semua..

Apa caranya untuk memperbaiki?

1) Kita semua insyallah dirahmati Allah dan bertaubatlah dan pohon ampun pada Allah, mahu pun dosa yang kecil atau besar.
2) Tambahkan amalan kebaikan lebih daripada sebelum ni
3) Muhasabah diri dan selalu beristghfar.


p/s:

Saya juga sering lemah dan futur, tapi dengan muhasabah diri dan merenung dosa-dosa kita, insyAllah semangat akan datang kembali.. Apa yg dikata di atas cukup senang tapi susah nak beramal..tapi mari kita cuba untuk beramal..

Wallahu’alam...



"If you can't make it, it is your own FAULT"





Comments

3 Responses to “Punca Kita Boleh Jadi Lemah”
Post a Comment | Post Comments (Atom)

YusofRazli said...

*aku tlg post komen yg dorg bg kt emel*
mabrur ya akhi.. semoga peringatan ini melekat di kotak fikiran kita semua.. bukan saja dalam iufc tetapi dalam kehidupan kita sehingga akhirnya, bukan di mmu shj tetapi setalah meninggalkan mmu juga, kita bakal bekerjaya dan punya family.. manusia pasti akan mencari pelbagai fomular untuk meningkatkan kemajuan dan dalam masa sama mereka mencari jalan penyelesaian untuk segala masalah yang dihadapi.. berlegarlah diruang mana pun, sedegil mana pun kita, wajib kita akui pegangan kepada Quran dan Sunnah itulah yang bakal membawa kita kepada kesejahteraan, kemenangan dan kebahagian dunia wal akhirat.

firman Allah swt :

"Ikutilah apa yang diturunkan kepadamu dari Tuhanmu, dan janganlah kamu ikut selain Dia sebagai pemimpin. Sedikit sekali kamu mengambil pelajaran."( Al-A'raf 3)

ambilah pelajaran dari sudut lain pula jika sebelum ini kita melihat hanya pada satu jalan penyelesaian yang mungkin sementara kesannya jika pun berjaya kita laksanakan, sumbernya hanya akal manusia semata2. peperangan bukan shj penting dari segi tektik dan kehebatan skill individu, tetapi kekuatan spritual yang kuat menghadapi pihak musuh. segalanya bertitik tolak kepada hubungan kita dengan Allah swt. solat kita, yang akan mengesani amalan kita, masa yg kita menfaatkan dalam kehidupan, kebajikan untuk saudara kita dan lebih luas dari itu, akhlak dan sebagainya. dulu sahabat berpuluh tusukan pedang dibadan masih bangkit berjuang, kita hanya satu dua goal down.. lihatlah pada mereka, mesti ada sesuatu yang special menyebabkan mereka sebegitu rupa..

akhirnya, kita sentiasa berdoa kemenangan ttp kebanyakkannya tidak dimakbulkan, begitu juga dalam kehidupan kita, kita ingin kejayaan dalam waktu sama kegagalan yang menimpa atau penuh dengan masalah yang tidak putus kunjung tiba atau kejayaan yang bertimbun2 tapi tetap tidak membawa kita kepada kebahagian dan ketenangan. Muhasabahlah diri, adakah kita hambaNya yang bersyukur..

firman Allah swt:

Dan ingatlah ketika Tuhanmu memaklumkan, "Sesungguhnya jika kamu bersyukur, nascaya Aku akan menambah nikmat kepadamu, tetapi jika kamu mengingkari nikmatKu, maka pasti azabKu amat pedih".(Ibrahim: 7)

bersyukurlah jika dihitung nikmat Allah swt itu nascaya tidak terhitung.. dan menfaatkanlah nikmat yang ada itu selagi ia masih milik kita, masa lapang, harta, tenaga, muda, hidup dan etc selagi masih milik kita.. kerna segalanya pinjaman dan sementara, satu masa ia akan hilang. iufc adalah muda mudi yang hepi2 dan ceria2 sokmo, buatlah sesuatu bukan shj untuk menghepikan diri kita.. tetapi masyarakat amnya dan agama yang tercinta.. kita ada org2 yang besar dalam team kita, yang boleh mengerakkan team ini bukan shj dari segi bermain, tp kebajikan masyarakat, buat program anak yatim ke, buat bengkel akedemik ke atau bawak mereka bermain futsal yang lelaki kita buat pertandingan tertutup sesama mereka ke, pahtu setiap team kita masukkan player kita untuk meriahkan team mereka dan erat silaturahim. . pahtu mintak bajet untuk hadiah, mungkin yang hebat kita boleh bagi nama kat pihak sponser untuk digilap bakatnya ke level yang lebih tinggi.. slain dari melengkapkan tugasan individu muslim menjaga tubuh badan dengan bersukan, kita juga menghepikan anak yatim dan dalam waktu sama mengilap potensi mereka.. mana tau akan mengubah nasib mereka dan dalam waktu sama kita akan muhasabah diri kita dengan program spt ini.. ayuh kawan! jgn panjang lena, terutama abg2 yg dah nak habis tu, kena tinggalkan sstu sbelum pergi yer..hehe..; )

k sahabat, jumpe lagi..

merindui kalian
-najmuddin-

23/2/10 11:26 AM
YusofRazli said...

*aku tlg post komen yg dorg bg kt emel*
Assalamu'alaikum,

izinkan pokcik tuo mencelah di sini.
ape khabar semua ?
lama dah rasanya tak mengepost dlm y!group iufc, baca2 gitu je.
apa2 pun tulisan yg sgt best buat bro Kamel.

satu santapan pagi yg cukup mengenyangkan !

respon kpd tulisan brother kita, pembinaan fizikal amat mudah utk dibangunkan (development) .
dan ia juga sgt mudah utk diruntuhkan.
berbeda dgn pembinaan ruhiah kita .. sgt sukar utk dibangkitkan dan sgt sukar juga utk diruntuh robohkan.. contoh yg paling mudah ialah sedara mara kita di Gaza, Palestin tu.
baling batu kat tank kereta kebal bro, kalau kita, labah-labah lalu depan mata pun dah geli takut .. eheh.

apa-apa pun, pembinaan sahsiah dah fizikal itu perlu berjalan seiring.

insyaAllah pasti berjaya.

oke, ni dia formula kejayaan IUFC spt di bawah :-

1) Aqidah Sejahtera
2)Ibadah Yang Sahih
3) Akhlak Yang Mantap
4)Mampu Bekerja
5) Berpengetahuan luas
6) Tubuh Yang Cergas
7)Mujahadah (Menguasai Diri)
8)Teratur urusannya
9)Sangat Menghargai Masa
10)Bermanfaat Kpd Orang Lain

klu nk baca lebih lg sila ke sini :- http://senikehidupan.wordpress. com/tarbiyah- 10-muwasofat/

take care everyone =)
Blankurt - http://azrilhanafi.blogspot.com/

23/2/10 11:28 AM

Assalamualaikum wbt.

Perkongsian menarik dari kamel. Betul tu.

DOSA! Nampak remeh kan?? bole bertaubat. Susah ape...

Hmmm... susah untuk perkatakan tentang ini kerana diri saya sendiri punya DOSA!

Muga tulisan ini utk ingatan diri saya sebelum orang lain.

Saidina Umar Al-Khattab pernah berpesan:

"Dahulu kita adalah satu bangsa yang hina, tetapi hari ini kita dimuliakan dengan ISLAM, dan apabila kita tinggalkan ISLAM, maka kita akan kembali HINA!"

Jelas sekali pesan Amirul Mukminin. Kita tidak punya apa2, tetapi kerana nikmat ISLAM yang dipinjam kepada kita, kita jadi hebat.

ISLAM bagaimana? Lahir dlm keluarga ISLAM, pada IC tertulis ISLAM atau saya org melayu jd saya ISLAM?

ISLAM lah dlm seluruh kehidupan. Dari celik mata di subuh hari hinggalah pejam semula diwaktu malamnya, jadilan ISLAM!

Pesan utk diri saya dan rakan2 yg sudi baca.

Tahu dan Mahu itu berbeza.

Ramai org TAHU tp ramai lagi yang tak MAHU.

TAHU ia salah, tapi TAK MAHU tinggalkan.

Pinjam falsafah ustz Hasrizal.

Oke, selamat maju jaya IUFC.

ex-IUFC.

25/2/10 12:12 AM

Post a Comment

Assalamualaikum.. sila komen secara berhemah dan disukai ramai ye.. semua da besar rasenye bole paham.. TQ~