5th League Match: IUFC vs Noobie

04 August 2009

Bismillah...=)

Kita bersiaran secara separa langsung dari Kedai Runcit RS Sejati Sungai Petani untuk membincangkan secara sesedap rasa mengenai perlawanan IUFC yang ke-5 bagi kategori divisyen kedua Liga MMU Melaka yang dibawakan khas oleh Kopi Janda "Kopi Peneman Malam Hari Anda".

IUFC yang berjersi Oren melangkah dengan penuh gagah dalam mencari 3 mata penuh untuk membuka lembaran sejarah bagi memperoleh kedudukan yang selesa dalam liga MMU menentang pasukan Noobie yang berjersi kuning. Cuaca pada petang itu adalah setinggi 31 darjah celcius dengan Heat Stroke dan dehidration menjadi igauan utama para pemain. Pasukan IUFC yang dibarisi oleh saudara Manaf menjadi penjaga gawang dan dibantu oleh barisan pertahanan yang dibintangi oleh saudara Mayo Sapik, Wan Najmuddin, Shahirul dan Abu. Manakala bagi barisan tengah dijana oleh saudara Obi Wan Kenobi, Ijat, Ayie, Zaidi dan Aswad. Bagi barisan penyerang, saudara Yusuf bertindak sebagai lone striker dalam mencari gol pendahuluan.

Wisel permulaan ditiup dan pasukan Noobie memulakan sepakan mula dan terus menyerang dari bahagian pertahanan kanan namun berjaya dipatahkan oleh jentera pertahanan IUFC. Pasukan IUFC terus melakar serangan dari bahagian tengah namun berjaya dikekang hebat oleh barisan pemain pasukan IUFC. Bola berlegar-legar di tengah padang tanpa rasa belas kasihan. Gol pertama perlawanan hadir pada seawal minit ke-10 melalui penyerang pasukan Noobie yang berjaya memintas hantaran pemain tengah IUFC dan membuat hantaran lintang dan disudahi dengan kemas untuk mendahului pasukan IUFC 1-0. Gol tersebut membuat pasukan IUFC tersentak dan barisan pemain mula membuat pakatan demi menerobos gawang pasukan Noobie. Pasukan IUFC mempunyai 3 peluang keemasan yang akhirnya bertukar menjadi besi karat apabila gagal menyempurnakan peluang tersebut dan separuh masa pertama berakhir dengan pasukan IUFC ketinggalan satu gol kepada pasukan Noobie.

Bagi separuh masa kedua, aksi kedua-dua pasukan bertambah sengit dengan bersulamkan terjahan keras dan rembatan kencang dalam mencari lebih banyak gol. Pasukan IUFC membuat sedikit pertukaran yang membabitkan kemasukan saudara amiroso, saeed dan Orix untuk menggantikan saudara shahirul, Yusuf dan Ijat dalam misi memburu lebih banyak jaringan. Gol kedua hadir tika kealpaan pertahanan IUFC yang gagal mengeluarkan bola dari kawasan bahaya yang menyebabkan penyerang pasukan Noobie membuat rembatan deras yang menewaskan saudara manaf. Gol tersebut sedikit sebanyak dapat memancarkan sinar-sinar kekecewaan di wajah para pemain IUFC yang penat disimbahi tiupan udara panas padang pasir sahara. Permainan diteruskan dengan pasukan IUFC membuat beberapa gerakan merbahaya namun masih gagal menewaskan penjaga gol pasukan Noobie. Beberapa insiden yang mendebarkan dapat dilihat apabila 4 kali keting saudara Aswad diterjah namun pengadil perlawanan hanya beranggapan itu hanyalah gurauan manja oleh pasukan pihak lawan. Satu lagi aksi yang mendebarkan ialah aksi saudara Mayo Sapik mengawal bola yang mempesonakan seluruh hadirin yang kekaguman mengukir senyuman terhadap beliau[Jangan ler buat lagi camtu k..sayu den nengoknye]. Sayugia wisel penamat ditiup menandakan pasukan IUFC tewas 2-0 kepada pasukan Noobie. Pada sebelah malamnya, post mortem tentang perlawanan tersebut diadakan di Restoran Times di BBU sambil aksi sedut menyedut berlangsung. Syukran Jazzilan kepada yang hadir memberi sokongan. Sokongan dan doa anda amat bermakna buat kami...=)


-From Sungai Petani...With Love-
Kasyah

Comments

One response to “5th League Match: IUFC vs Noobie”
Post a Comment | Post Comments (Atom)

Meor M. Syafiq said...

aku x mo dribble da lpas nie. jatuh terguling malu wooo

5/8/09 5:51 PM

Post a Comment

Assalamualaikum.. sila komen secara berhemah dan disukai ramai ye.. semua da besar rasenye bole paham.. TQ~