Hadirnya Ramadhan Al-Mubarak

23 August 2009

AHLAN WA SAHLAN YA RAMADHAN AL MUBARAK



Salman Al Farisi berkata, "Rasulullah SAW berkhutbah kepada kami di hari akhir dalam bulan Syaaban dengan sabdanya :

"Wahai manusia! Telah datang kepada kamu bulan yang hebat, bulan yang diberkati, bulan yang di dalamnya terdapat satu malam yang lebih baik dari 1000 bulan, bulan yang Allah wajibkan berpuasa disiang harinya, menjadikan solat tarawikh sebagai solat sunat dimalamnya. Sesiapa yang bertaqarrub (mendekatkan diri kepada Allah) dengan mengerjakan salah satu amalan kebaikan yang fardhu maka Allah menggandakan pahalanya sebanyak 70 kali amalan fardhu di bulan-bulan yang lain. Ramadhan adalah bulan sabar, sedang balasan bagi sabar adalah syurga. Ramadhan adalah bulan muwasah, bulan yang di dalamnya ditambah rezeki bagi orang-orang yang beriman. Sesiapa yang menjamu seseorang berbuka puasa, maka amalan itu merupakan pengampunan bagi dosa-dosanya, menyelamatkan dirinya dari api neraka dan baginya sebanyak pahala orang yang berpuasa tersebut tanpa mengurangkan sedikitpun pahala orang yang berpuasa itu.

Para sahabat bertanya, "Ya Rasulullah! Tidak semua dari kami mampu untuk memberi orang untuk berbuka puasa". Rasulullah SAW menjawab, "Allah memberi pahala tersebut (walaupun) kepada seseorang yang memberi buka puasa kepada seseorang yang berpuasa (walaupun) dengan sebijik kurma, secawan air kosong, atau setuguk susu. Sesungguhnya Ramadhan adalah bulan dimana awalnya rahmat, pertengahanya keampunan dan akhirnya selamat dari neraka. Perbanyakkanlah di dalam bulan Ramadhan 4 perkara. Dua perkara darinya menyebabkan Tuhan redha kepada kamu. Dua perkara lagi kamu sangat memerlukannya. Dua perkara yang menyebabkan Tuhanmu redha kepada kamu ialah kamu (mengucapkan) mempersaksikan bahawa tiada tuhan melainkan Allah dan kamu meminta keampunanNya. Dua perkara yang kamu memerlukannya ialah kamu memohon syurga dari Allah dan kamu memohon dariNya supaya dijauhkan dari Neraka".




Riwayat Ibnu Khuzaimah

Salam Ramadhan, berlumba-lumbalah kita kepada kebaikan di bulan ini.. Jadikanlah pesanan Rasulullah SAW ini sebagai kekuatan untuk mempertingkatkan amalan dan agar tidak kita tergolong dalam orang-orang yang mempersia-siakan Ramadhan.. Rasailah kehadirannya dan zahirkanlah, InsyaAllah moga diakhirnya kita semua peroleh kemenangan..

Ayuh teman-teman sekalian, usah dilepaskan peluang keemasan ini!bangkitlah dari tidur mu itu!Jihad yang terbesar adalah jihad melawan hawa nafsu!!!buktikan yang kita mampu melakukannya!!!!


Comments

No response to “Hadirnya Ramadhan Al-Mubarak”
Post a Comment | Post Comments (Atom)

Post a Comment

Assalamualaikum.. sila komen secara berhemah dan disukai ramai ye.. semua da besar rasenye bole paham.. TQ~