Official Training

31 October 2009

Assalamualaikum kepada teman seperjuangan sekalian.

Alhamdulillah dan sekalung ucapan tahniah kepada rakan semua kerana telah bermain dengan begitu semangat dalam menempuhi sesi perlawanan persahabatan pasukan IUFC bersama pasukan "Adik-Adik Taman Bukit Beruang Utama" dengan jaringan 6-1. Tahniah sekali lagi untuk semua!

Seperti yang telah dipersetujui dalam mesyuarat pertama, dengan ini saya dengan rendah dirinya menyatakan bahawa "Official Training" bagi pasukan IUFC adalah pada petang ahad ini bersamaan 1 November 2009 bertempat di Padang Dahlia tatkala jam telah menunjukkan pukul 5.00 P.M. Kehadiran kalian semua adalah diwajibkan memandangkan pertarungan sebenar akan muncul pada minggu kelima pengajian kita. Satu lagi, sila menutup apa yang telah diwajibkan ke atas kita semua sebagai umat islam. Rakan-rakan buleh memilih untuk memakai three quater shorts, knee guard yg panjang ataupun memakai tight. Pilihlah demi kebahagiaan di sana nanti.

Jazakallah...=)


Mohamad Akashah Mohamad Suri
Seorang Hamba Yang Kerdil


Comments

No response to “Official Training”
Post a Comment | Post Comments (Atom)

Post a Comment

Assalamualaikum.. sila komen secara berhemah dan disukai ramai ye.. semua da besar rasenye bole paham.. TQ~