Salam Perantauan !

21 October 2009

Assalamu'alaikum,

Salam rindu kepada rakan taulan yang telah lama tidak ketemu. Moga kalian semua sihat sejahtera di samping keluarga tercinta. Seperti mana yang kita sedar,cuti semester kita hampir di penghujungnya. Diharapkan agar semua pemain-pemain dapat mengekalkan kecergasan kerana musim liga/piala akan bermula tidak lama lagi.

Diumumkan bahawa IUFC telah dijemput untuk bermain futsal dari pasukan Rebel FC. Berikut adalah keterangan tentang jemputan tersebut :-

Tempat : Sports Planet, Cheng
Tarikh : 28 Oktober 2009 (Hari Rabu)
Masa : Di antara Pukul 10 atau 11 Malam

Bagi sesiapa yang berminat untuk bermain futsal pada malam tersebut,dengan sukarelanya memberikan nama di ruangan Komen yang terdapat di bawah ataupun menghantar SMS kepada Manager IUFC (ucop).

Sehubungan dengan itu,saya berharap agar semua pemain-pemain IUFC dapat memulakan latihan ringan seperti jogging,berenang atau berkebun.Diharapkan juga agar semua pemain-pemain yang telah membaca nukilan ini untuk menghebahkan berita ini kepada pemain-pemain yang lain.

Comments

6 Responses to “Salam Perantauan !”
Post a Comment | Post Comments (Atom)

Meor M. Syafiq said...

saya boleh bg komitmen hendaknya

21/10/09 10:33 PM
Kasyah said...

ayahanda buleh datang bg sokongan nanti..
hehehe

21/10/09 11:43 PM
[ reedjuan ] said...

mentang2 xde supp.. huhu..

22/10/09 6:11 AM
aMeL said...

jommmmmmmmmmmmmmmmm!!!!

lama dah tunggu nie.. da berkarat kaki.

22/10/09 11:52 AM
Anonymous said...

nazir : sy on jer.. hehehe

25/10/09 2:43 AM
aswad said...

Usrah FC vs Rebel FC
8 pm - 10 pm
Sportsplanet, Cheng

p/s: Ramai player lagi bagus... Atleast 2 team sudah cantek.... Arahan selanjutnya refer Manager Ucop...

26/10/09 11:50 PM

Post a Comment

Assalamualaikum.. sila komen secara berhemah dan disukai ramai ye.. semua da besar rasenye bole paham.. TQ~