4th League Match: IUFC vs Saje Suke

25 July 2009

Bismillah...=)


Bertemu kembali kita di rancangan "Hari-Hari Bola" yang dibawakan khas oleh kopi Janda "Kopi Malam Jumaat Anda". Anda bersama saya untuk mengupas topik yang suam-suam kuku iaitu pertemuan diantara IUFC vs Saje Suke yang telah berlangsung minggu lalu yang dipancarkan khas dari Stadium Dahlia MMU Melaka.

Cuaca pada hari kejadian adalah mendung dengan salji telah dilaporkan telah berhenti turun sejurus selepas perlawanan bermula. Suhu yang dicatatkan adalah serendah 31 Darjah Celcius di bawah paras beku dan kelihatan penguin serta timun laut berkeliaran tanpa arah tuju di sekitar padang. Pihak Zoo Negara terpaksa dipanggil untuk mententeramkan keadaan yang mula kecoh dek kerna kehadiran Singa Laut yang menguap tanpa berhenti sambil mengeluarkan nafas yang harum selepas terjebak dalam aktiviti shisha di Melaka Raya.

Perlawanan dimulakan oleh pasukan Saje Suke yang berjersi Kuning air dan mula melakukan serangan terhadap pasukan IUFC yang berjersi Oren pada hari kejadian. Saudara Manaf diamanahkan sebagai penjaga gawang IUFC dan dibantu oleh barisan pertahanan yang terdiri daripada saudara Amirul, Zaidi, Orix, dan Mayo. Nadi bahagian tengah dijanakan oleh saudara Ayie, Obi Wan Kenobi, Aswad serta Saeed. Manakala bahagian serangan diterajui oleh saudara Amiroso dan dibantu oleh saudara Had dalam pengembaraan mencari gol pendahuluan. Pasukan Saje Suke yang diletakkan sebagai pilihan pada perlawanan ini mula mengorak langkah mencari gol pendahuluan dengan menyerang melalui sayap kanan namun dapat dibentes keras oleh saudara Amirul yang bertindak sebagai pertahanan kiri dan juga dibantu oleh saudara ayie sebagai penyerang sayap kiri pasukan IUFC. Pelbagai pertembungan dan bentesan keras dapat disaksikan dalam perlawanan ini kerana perbezaan saiz yang begitu ketara antara dua pasukan. Namun bak kata saudara Ayie, "size doen't matter" telah membuatkan saudara Amirul dengan perasaan tanpa was-was mengawasi pergerakan penyerang pasukan saje suke. Pasukan Saje suke membuat pelbagai taktik serangan namun masih lagi menemui jalan buntu dek kerna ketangkasan saudara Manaf dalam melayangkan badan beliau menempis bola. Selang 15 minit pertama perlawanan, gol tunggal perlawanan dijelmakan oleh pasukan saje suke yang telah mendapat suntikan semangat oleh penyokong luar. Gol tersebut terhasil apabila pertahanan IUFC gagal menanduk kemas yang menyebabkan bola tersebut dipintas oleh penyerang pasukan saje suke dan dengan penuh bergaya menerjahkan bola tersebut ke dalam jaring.

Namun begitu, Alhamdulillah pasukan IUFC dapat menerima gol tersebut sebagai cabaran untuk meneruskan perlawanan. Bagi separuh masa yang kedua, Gerakan satu dua antara saudara Ayie dan Aswad sering kali mengucarkacirkan pertahanan pihak lawan namun berjaya dibatasi dengan kelajuan dan kekemasan pertahanan saje suke. Peluang gol IUFC hadir tatkala saudara Ayie menerima umpanan kemas daripada Saudara Aswad namun bola itu hanya singgah di helaian rambut beliau sahaja. Pelbagai percubaan menarik dapat disaksikan dengan saudara Amiroso dapat meloloskan dirinya yang kurus itu daripada perangkap offside namun berjaya dihalang oleh penjaga gol pasukan saje suke akibat permukaan padang yang kurang rata. Pasukan IUFC dan Saje suke terus mengasak ke kubu lawan masing-masing untuk mendapatkan defisit gol yang lebih banyak demi keselesaan hari kemudian. Namun begitu perlawanan ditamatkan dengan pasukan IUFC tewas 1-0 kepada pasukan saje suke. Tahniah kepada kedua pasukan yang menunjukkan aksi yang memberansangkan dalam perlawanan tersebut.


Antara Pengajaran yang Dapat Diambil:

1) Kikislah perasaan mental down dalam diri setiap pemain IUFC. Kita adalah sepasukan yang terdiri daripada 11 orang pemain yang membawa imej Islam. Jika seorang dijangkiti penyakit mental down dek kerna kesilapan yang satu saja, seluruh pasukan akan mengalaminya skali. Bak kata pepatah "Cubit peha kanan, peha kiri pun turut sakit".

2) Kemenangan dan kekalahan adalah ujian daripada Allah S.W.T .Jika gagal menjaringkan gol, itu telah ditetapkan dalam ketentuan Illahi. Jika Allah nak bola itu masuk ke jaring, sepak bola tu pakai ibu jari kaki pun confirm akan masuk kerana Allah S.W.T adalah berkuasa atas segalanya. Namun Allah S.W.T telah berfirman "Kami tidak akan mengubah nasib sesuatu bangsa sehingga bangsa itu berusaha mengubah nasibnya sendiri".Jika dalam konteks IUFC, kita seharusnya lebih gigih berlatih dan bertawakal kepada Allah S.W.T.

3) Cuba kita ambil sejarah sahabat Rasulullah S.A.W, demi Islam mereka sanggup berkorban segalanya sama ada nyawa ataupun harta benda. Contoh adalah Muadz Bin Amru, beliau berperang sehinggakan tangan kiri beliau terkulai ditetak oleh pihak musuh dalam peperangan Uhud. Apabila beliau merasakan tangan kirinya mengganggu pergerakannya, beliau bertindak memijak tangan kirinya dan menariknya sehingga putus! Begitulah semangat yang harus kita contohi kawan-kawan.

4) Saya selaku pengurus pasukan pada perlawanan tersebut sangatlah berbangga atas usaha anda semua! Kita dapat menyerap tekanan dan perasaan mental down kita tatkala ketinggalan 1-0!!Tahniah kepada anda semua!!!!!!!Biar kita kalah bermaruah, usah berputus asa sebelum wisel penamat dibunyikan!


*Correct me if i had mistaken anything, Jazakallah....=)



kasyah
-Perindu Si Wangi-

Comments

One response to “4th League Match: IUFC vs Saje Suke”
Post a Comment | Post Comments (Atom)

hazri said...

salamun 'alaik..

Bro kasyah..dh ada org bangga tu..

truskn memberi peringatan..

Fastabiqul khairat!

26/7/09 9:43 PM

Post a Comment

Assalamualaikum.. sila komen secara berhemah dan disukai ramai ye.. semua da besar rasenye bole paham.. TQ~