IUFC vs Noobie [Persediaan dan Coretan Harapan]

29 July 2009

Bismillah...=)

"Mengawal kubu Islam sehari semalam kerana Allah adalah lebih baik daripada berpuasa sebulan dan sembahyang pada waktu malamnya"

-Riwayat Muslim-

Salam sejahtera ke atas baginda Rasulullah S.A.W dan para sahabat. Setinggi-tinggi junjungan dan terima kasih kepada Allah S.W.T yang masih membenarkan kita yang hina ini hidup untuk satu hari lagi.

Details untuk perlawanan adalah seperti berikut:

Perlawanan: IUFC vs Noobie

Masa: 4.30 P.M

Tarikh: 30 Julai 2009

Tempat: Stadium Dahlia

Jersi: Oren tapi sile bawak jersi biru juge ye.


Sedikit peringatan buat rakan-rakan:

1) Ini adalah perlawanan yang amat penting bagi pasukan IUFC dalam usaha mengekalkan kedudukan dalam liga MMU. Diharapkan semua pemain dapat bersedia awal bagi memantapkan lagi fizikal dan juga mental dalam menghadapi pihak lawan.


2) Sila set mental anda mengikut posisi masing-masing untuk memberikan idea yang bernas dalam mencari gol-gol yang berharga.


3) Yang paling penting, JANGAN SESEKALI DOWN apabila kita ketinggalan ataupun telah dibocori sebuah gol. Ayuh kita lakukan semula gerakan-gerakan yang merbahaya daripada bawah!


4) Masa permainan adalah lebih kurang dalam setengah jam bagi setiap separuh masa. Oleh itu, kita masih banyak masa untuk merencana kembali strategi-strategi yang dapat memerangkap pihak lawan! INGAT PESANAN YANG KE-3 diatas....

5) Kita membawa imej Islam di padang. Oleh itu, dinasihati rakan-rakan semua dapat menutup bahagian yang wajib kita tutup demi kebahagiaan hari muka...=)

6) Kapten untuk perlawanan esok adalah saudara Mayo. Untuk bahagian pertahanan, Saudara Najmuddin akan bertindak sebagai ketua dan bahagian tengah akan diketuai oleh saudara Obi Wan Kenobi. To be a good leader, we must act first as a follower.

7) Ayuh tiupkan semangat jihad dalam diri setiap individu IUFC dalam mencari keredhaan Allah S.W.T.!!!

8) Sila hadirkan diri dalam pukul 4.11 P.M untuk sesi memanaskan badan.



sekian saja coretan diriku yang naif ini. Berjumpa kita di padang Dahlia k...=)

Jazakallah...



-Kasyah-

-Perindu Bidadari Putih-


Comments

One response to “IUFC vs Noobie [Persediaan dan Coretan Harapan]”
Post a Comment | Post Comments (Atom)

aswad said...

salam...peringatan untuk diri dan teman-teman sekalian..."Allah sedang berbicara dengan kita ttg erti kesabaran (kekalahan yang berturut-turut)"...justeru, satukanlah hati kita semua dan teruskan usaha (training, rehat, kesihatan, doa) untuk baki game akan datang...InsyaAllah...

31/7/09 12:08 AM

Post a Comment

Assalamualaikum.. sila komen secara berhemah dan disukai ramai ye.. semua da besar rasenye bole paham.. TQ~